Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - UMNO

Muhyiddin Dedah Punca Rakyat Tolak UMNO

Imej
(Muhyiddin Dedah Berita Gempar Dalaman Umno)    Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin parti berhenti meneruskan budaya menabur kemewahan kepada pengikut. Muhyiddin menyifatkan budaya tersebut yang dibawa oleh "kepala perang" (warlord) dalam Umno tersebut menyebabkan kos politik terlalu mahal. "Kita perlu buktikan ‘warlord’ bukan sebahagian daripada budaya Umno. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut. "Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam Umno. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal," kata Muhyiddin semasa merasmikan pembukaan sayap parti tersebut malam ini. Muhyiddin mengakui terdapat ramai 'warlord' dalam Umno yang beranggapan mereka berkuasa dan mampu mengugut pemimpin atasan parti dala...