Penganalisis: Kemelesetan Ekonomi Dijangka Paling Lewat 2016
Bersiap sedia dengan ekonomi meleset tahun 2015 tahun depan. Setiap yang naik akan turun, sektor hartanah akan menghadapi masalah pada tahun depan. Begitu dengan kontraktor-kontraktor. Artikel ini dari malaysiakini Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta cukai perkhidmatan dan barangan (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang. Perkara itu diramalkan penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst). Menurutnya, perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi. "Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya. Dan antara faktor utamanya ialah pec...