Saksikan!! Bentuk Topeng Yang Digunakan Sebagai Hukuman Wanita Yang Kuat Membebel Pada Kurun Ke 16
Ada seorang kawan Pak Lang bercerita tentang isterinya yang kuat membebel dan berleter. Kalau kena moodnya memang isterinya boleh bercakap (baca membebel) tanpa henti 5 ke 10 jam. Memang sabarlah sangat suaminya tu. Untuk maklumat, kawan Pak Lang ini bukan ahli GISB. Ianya hanya iktibar untuk kita betapa kroniknya masalah rumah tangga umat Islam khususnya di negara kita. Kes yang Pak Lang paparkan ini agak lucu walaupun ianya sangat aib dan mendukacitakan. Kesabaran sisuami menjadikan rumah tangga mereka kekal walaupun isteri sentiasa 'menyucuh' api untuk mengharu-birukan hubungan mereka. Pernah suatu malam, si suami pulang lewat. Sudah jam 12 tengah malam. Si isteri tidak puas hati. Si suami malas menjawab 'soal selidik' si isteri. Biasalah ditanya dengan macam-macam soalan - 5W 1H!! Suami hanya diam. Buka tudung mahu makan pun tidak ada apa yang disiapkan. Akhirnya suami baring hendak tidur. Isteri yang 'gian berceramah' ini duduk di kepala suami di...