Social Icons

Thursday, 20 April 2017

"Kembalikan Manusia Kepada Fitrah Murninya Dengan Islam Yang Jamil, Kamil Lagi Syamil"


(Tulisan berikut adalah kiriman daripada Al-Fadhil Ayahanda Syeikh Haji Abd Rahim Pfordten. Beliau dan isteri - Ybhg Bonda Hajjah Kamariah Yaakop adalah ayah dan ibu kepada YDB Dato Lokmanul Hakim Pfordten - CEO GISB Holdings Sdn Bhd. Al-Fadhil Ayahanda Syeikh Haji Abd Rahim merupakan seorang bekas guru dan antara orang awal yang menyambut dakwah Al-Arqam di Cameron Highland ketika dikunjungi oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad di awal 70an. Keadaan kesihatan beliau sekarang tidak mengizinkan beliau bergerak aktif tetapi tidak memudarkan semangat beliau untuk terus menulis - menitipkan kata nasihat untuk kita semua. Semoga Allah SWT mengganjari beliau dengan sebaik-baik ganjaran dan diberikan kesihatan yang berterusan)

Allah swt Zat yang Maha segala2 nya itu Maha Indah lagi Maha Sempurna. Allah suka kepada kecantikan dan Allah telah mencipta alam ini dengan segala keindahan dan kesempurnaannya.

Demikian juga Allah mencipta manusia dengan fitrah murninya yang sangat suka kepada keindahan dan kecantikan. Maka Allah turunkan kepada manusia agama yang sesuai dengan fitrah murni manusia itu iaitu agama Islam yang cantik, sempurna lagi lengkap

Oleh yang demikian para pejuang Islam harus membangunkan Islam yakni sistem hidup dari Allah itu dengan penuh keindahan, sempurna serta lengkap dalam jemaah perjuangannya sehingga Islam yang dibawanya itu menarik di lihat oleh manusia, bukan saja oleh umat Islam sendiri tetapi juga pada pandangan mata orang bukan Islam. 

Maka Islam yang sempurna dan menarik itu telah dibina oleh Rasulullah saw dan para sahabat serta oleh mereka yang mengikuti jejak Baginda saw dan para sahabat. Merekalah yang mesti di jadikan contoh dan ikutan umat Islam sepanjang zaman hingga ke akhir umur dunia ini. 

Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw tu adalah Islam kasih-sayang, Islam yang berakhlak mulia, yang sopan santun, bertoleransi, pemurah, bertolong-bantu dan mengutamakan orang lain. Bersatu-padu, rajin dan kuat. Bekerjasama membina tamadun dan kemajuan yang cantik, teratur, kemas dan menarik sekali. Sudah pastilah semuanya itu bertitik tolak dari pembangunan rohani iaitu keimanan yang merasakan kebesaran Allah lalu jatuh hati dan rasa cinta serta takut padaNya. Pembangunan rohani itu juga bermaksud di dalam hati sedang wujud perasaan rindukan Rasul dan menjadikannya idola, suri teladan dan ikutan dalam semua hal. Pembangunan rohani itu juga bermakna di dalam hati ada rasa yaqin dengan kehidupan akhirat yang padanya ada pembalasan Syurga dan Neraka.

Maka dengan perjuangan yang telah dilagang oleh Abuya sejak tahun 1968 yakni 50 tahun yang lalu bermula dari gerakan dakwah dan motivasi serta majlis2 pengajian maka lahirlah satu kelompok masyarakat Islam yang telah terbangun roh mereka yang berjiwa tauhid, menjunjung tinggi syariat Allah, hidup dalam suasana berkasih-sayang, jiwa yang selari, taat pada pimpinan, boleh didisiplinkan dengan sistem kehidupan Islam, sanggup berkorban harta dan tenaga serta boleh digembeling tenaga untuk bangunkan asas kehidupan Islam secara lengkap, indah lagi sempurna. 

Hari ini, Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd sudah berkembang membina rangkaian perniagaan dan perkhidmatan yang bertunjangkan proses pembangunan rohani.   Aktiviti di bidang Pendidikan sedang melahirkan insan yang abid (berwatak hamba) yang berjuang menegakkan sistem hidup Islam. 

Dibidang Ekonomi termasuk pertanian, penternakan dan produk makanan halal. Dibidang kebudayaan yang mencakup hiburan Islam yang amat mendidik jiwa dengan nasyid-nasyid Islami, lakonan dan filem Islami yang disebarkan melalui pelbagai medium media dan TV Ikhwan . Ianya merupakan saluran hiburan alternatif bagi hiburan yang amat melalaikan dari ingatkan Tuhan malahan berunsur mungkar dan lucah. Begitu juga asas di bidang pentadbiran dan pengurusan.

Maka setakat ini GISB telah dapat membangunkan sebanyak 121 buah restoran, GH Corner dan kios jualan yang kemas, bersih, teratur, cantik dan menarik menghidangkan makanan 'halalan taiyiban' di merata tempat di Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia. Malahan ada juga diTimur Tengah, Eropah dan Australia yang dikunjungi oleh ramai pelanggan. Di samping itu lebih dari seribu rangkaian perniagaan berupa pasar raya dan kedai2 runcit untuk jualan produk makanan halal hasil buatan di kilang2 GISB sendiri dan juga produk keluaran masyarat Islam umumnya.

Dibidang pertanian dan ternakan pula GISBH memperolehi tanah2 yang diwakafkan oleh umat Islam disamping ada juga tanah yang dibeli serta yang di sewa. Di atas tanah itu dibangunkan penempatan, kompleks pendidikan dan projek-projek mengeluarkan produk makanan halal. Begitu juga disewa kawasan perumahan dan kompleks perniagaan di merata tempat yang dibangunkan pasar raya, restoran, butik, dobi, bengkel baiki kereta, bengkel besi, kedai gunting rambut, bakeri, kilang-kilang produk makanan dan sebagainya. 

Untuk pembangunan insan para staf pula, diadakan segala kemudahan untuk warga syarikat untuk menimba ilmu, mempelajari Al-Quran, mengikuti kuliah, bersembahyang jemaah dan buat berbagai-bagai kegiatan membangunkan rohani. Aktiviti sambutan hari-hari kebesaran Islam disambut meriah seperti sambutan hari raya, maulid Nabi saw, Israk Mikraj dengan dijemput para penceramah berwibawa daripada Jabatan-jabatan Agama. 

Untuk kebajikan anak-anak remaja, dari masa ke semasa diadakan majlis perkahwinan perdana iaitu kahwin beramai-ramai yang kos keseluruhannya ratusan ribu ringgit ditanggung oleh syarikat. Di sudut kesihatan pula, syarikat menanggung semua kos perubatan warga kerja GISBH sekeluarga termasuk mereka yang di bawah tanggungan warganya. Begitu juga syarikat menanggung kos rawatan bersalin  di Wisma Bersalin Ikhwan di Bandar Country Homes. 

Di sediakan pula pusat jagaan bayi dan kanak-kanak, tadika dan sekolah serta asrama penempatan anak2. Malahan segala keperluan hidup ahli ditanggung oleh syarikat  Ianya satu model masyarakat yang tersusun serba lengkap dan sangat berbaloi kerana warga syarikat tidak menghadapi tekanan kewangan sehingga terpaksa berhutang di sana sini. 

Di bangunkan penempatan staf yang tersusun dengan adanya ma'had Tahfiz, sekolah dan pusat pemulihan remaja (yang tersasar oleh pengaruh budaya lepak, merokok, dadah dan hiburan lucah) yang dilengkapkan dengan segala prasarana yang amat indah, tersusun serta menarik. Ada pula projek pertanian hydrophonik yang tersusun indah bagaikan taman rekreasi dengan tanaman timun, bendi, terung, cili, bayam, kangkong dan berbagai jenis ulam seperti ulam raja, selom, pegaga, pudina dan lain2. 

Diternak kambing, ayam kampung dan arnab dalam reban moden yang cantik lagi sentiasa di bersihkan. Kambing pun jadi macam haiwan kesayangan untuk hiburan yang boleh dipeluk2 dan disuap makan. Ada kolam ikan malah ada stabel kuda, kereta kuda serta gelanggang memanah. Pokok buah2an ditanam dalam pasu2 besar dan menjadi hiasan diperkarangan bangunan. 

Maka terjadilah tempat itu seperti taman rekreasi malahan tempat peranginan yang sangat menghiburkan untuk penghuni disitu malahan berdatangan para pelawat untuk menikmati keindahan tempat itu dengan mendapat layanan mesra dan kasih-sayang dari anak-anak dan remaja disitu. Disediakan juga pondok2 'Gazebo' untuk pengunjung-pengunjung beristirehat menikmati jualan makan-minum yang diusahakan oleh para pelajar. 

Pengunjung2 juga dapat berhibur dengan persembahan nasyid, sukan berkuda dan memanah dan yang lebih utamanya boleh bersembahyang jemaah di surau yang lengkap dengan segala kemudahan. Menjelang balik mereka membeli-belah sayur-sayuran, makanan serta produk-produk keluaran GISB yang ada dijual disitu.

Jadi para pelajar sangat terhibur tinggal disitu kerana dapat belajar ilmu serta mengembangkan bakat dan minat serta berbagai2 kemahiran hidup. Diadakan juga gelanggang sukan berkuda, memanah dan menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti  masing-masing. Ibu bapa mereka yang datang melawat mereka diberi layanan istimewa. 

Pelajar tahfiz di dalam pendidikan GISBH bukan sahaja menghafal Al-Quran tetapi turut boleh menterjemah Al-Quran dari perkataan ke perkataan dan mereka memahami tafsirannya melalui minda. Apa yang penting mereka cukup meyakini bahawa Al-Quran itu sebenarnya perlu diamalkan dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kehidupan. 

Untuk itu dalam merealisasikan tuntutan alQuran dalam kehidupan, maka di tangan anak-anak tahfiz ini diberi tugasan membangun sistem hidup Islam dalam skop yang kecil sebagai latihan untuk mereka. Mereka dikehendaki belajar dan berlatih mengendalikan projek-projek kecil bahkan sampai ke tahap mengeluarkan  produk makanan dan minuman yang halal. 

Para remaja yang dalam pemulihan kepada fitrah murni mereka, dibimbing oleh para motivator yakni murabbi dan murabbiah dengan pendekatan kasih-sayang dan rasa persaudaraan yang erat. Mereka tinggal bersama, makan minum bersama, bersembahyang jemaah dan sama2 turun padang bergiat membangun segala projek yang diadakan disitu. 

Mereka terhibur dengan mempercantikkan tempat tinggal mereka menjadikannya sebagai taman rekreasi malahan kawasan pelancungan yang berdatangan para pengunjung yang diberi layanan mesra dengan didendangkan nasyid serta tayangan video kegiatan GISB sedunia. 

Fitrah murni mereka dibangunkan dengan kisah-kisah orang soleh, cerita orang baik-baik, sirah Rasulullah saw dan sejarah kegemilangan Islam dizaman empayar Islam yang telah mentadbir dunia selama 700 tahun. Mereka dihidangkan kisah bagaimana kesan pembinaan tamadun mereka atas nama Tuhan seperti al Hambra dan bangunan2 serta kota2 yang tersergam indah masih kekal hingga kini di Sepanyol dan lain-lain. Masjid Biru di Istambul serta lain2 bangunan semuanya menjadi daya penarik yang sentiasa dikunjungi pelancung Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. 

Inilah apa yang mereka perolehi semasa berada di sekolah yang sebegini. Bila mereka dapat sentuhan pendidikan yang sehebat ini, mereka akan jatuh cinta dengan Islam yang penuh dengan kegemilangan sejarahnya. Moga-moga terdoronglah dalam hati mereka yang mereka sendiri, perlu pula mencipta sejarah Islam di zaman mereka ini!! 

Apakah Tujuan Pendidikan Yang Sebenarnya?

Kita selalu mendengar pertanyaan mengenai 'masa depan' seseorang pelajar. Ramai yang bertanya sejauh mana sesuatu sistem pendidikan itu memberi jaminan pekerjaan yang terbaik. Jika kerjaya yang sesuai dengan kelayakan tidak diperolehi bolehlah dikira sistem pendidikan itu adalah sistem yang gagal?

Hakikatnya peluang tetaplah sama. Setiap pelajar dalam apa jua aliran - di mana-mana pun - mempunyai potensi untuk berjaya di masa depan asalkan mereka berdisiplin dan bersunguh-sungguh. Cuma, di dalam Islam, pendidikan sebenarnya bukan semata-mata mengenai kerjaya di masa depan. Apa yang penting (dan inilah asas utama dalam pendidikan) ialah menyiapkan jati diri seseorang pelajar. 

Jati diri yang dimaksudkan ialah nilai dirinya di sisi Allah SWT sebagai hamba dan khalifahNya. Jika seseorang pelajar itu nilainya kosong dari sudut ini di sisi Tuhan, apakah lagi yang hendak kita banggakan? Sudah terbukti, ramai orang berjawatan tinggi tidak bersembahyang. Sudah termaklum, ramai yang bergelar VIP tetapi masih melakukan dosa dan mungkar. Puncanya kerana keutamaan penyiapan dirinya hanya semata-mata akademik. Soal ibadah, akhlak, kefahaman agama, kecintaan kepada Allah dan Rasul dengan mudah dikesampingkan. 

Kita yakin semua yang berhati lurus dengan Allah akan setuju dengan apa yang dinyatakan ini. Ianya satu persoalan yang asas dan utama. Meminggirkan usaha membina hati yang kuat dengan Allah akan menjadikan orang pandai itu penipu yang licik. Kalaupun dia baik, baiknya itu sekadar biasa-biasa. Ianya bukanlah kebaikan yang bertunjang dari rasa mahu membesarkan Allah dan Rasul dalam hidupnya. 

Sebab itu kita perlu terus memperjuangkan pendidikan yang berteraskan "awal agama itu mengenal Allah". Keutamaan pendidikan ialah pada permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW iaitu Iqra'. Iqra' yang bermakna bacalah bukanlah semata-mata membaca tetapi "Bacalah dengan nama Tuhanmu!!" Inilah pendidikan. Membaca tanpa ditunjangi hubungan hati dengan Tuhan adalah sia-sia. Bahkan usaha belajar itu berpotensi dirosakkan nafsu dan syaitan. Berapa ramai orang pandai yang menjadi sombong dan bongkak?

Hubungan hati dengan Allah dan merindui Rasulullah SAW adalah anak kunci kejayaan kita dalam apa jua bidang terutama dalam hal pendidikan. Bimbangilah keadaan anak-anak kita yang terpisah dengan Tuhan di awal usianya. Berusahalah sehabis daya untuk pastikan mereka mendapat Allah dan Rasul di dalam hati mereka kerana itulah hakikat tanggung jawab kita. Ini semua akan disoal Tuhan di akhirat. 

Janganlah kita menipu diri sendiri - menekankan sangat soal pencapaian akademik dengan hujjah, dunia pun perlu dipastikan berjaya. Ya betul! hidup di dunia tidak boleh merempat - mengemis di sana sini. Tetapi usahakanlah terlebih dahulu pendidikan yang menjadikan mereka orang bertaqwa. Inilah maksud pendidikan yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.

Setiap sekolah sepatutnya memfokuskan melahirkan generasi bertaqwa. Jika setiap guru gigih mengusahakan ini sama seperti kegigihan mereka mengusahakan pencapaian 'A' yang maksimum, pastilah ada hasil yang menakjubkan di semua sekolah di negara kita. 

Nanti kita akan dapat melihat munculnya peribadi pelajar yang ajaib. Ianya akan terjadi jika kita bersungguh-sungguh mengusahakannya. Pelajar yang hatinya sudah ada rasa takut dengan Allah akan berbudi pekerti yang tinggi, berakhlak mulia, bersopan santun malah berwibawa. Mereka tahu untuk menjaga hubungan mereka dengan Tuhan dan hubungan mereka dengan sesama manusia. 

Mereka akan menjaga solat mereka di mana sahaja mereka berada. Mereka takut berbuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka orang yang sentiasa bertaubat dan bersyukur. Mereka akan tahu menghormati, menyayangi dan mencintai ibubapa, kaum keluarga dan orang-orang yang berjasa pada mereka. 

Jadi, bagaimana dengan kehidupan mereka di dunia? Ya, di sinilah titik persoalan yang tidak mudah dijawab oleh siapa sahaja sekalipun ulamak!! Berapa ramai yang terperangkap dalam menanggapi persoalan ini hingga akhirnya mereka kembali memandang serius semata-mata pada pencapaian akademik. 

Mereka tutup mata tentang betapa pentingnya pendidikan membawa pelajar kepada Allah dan Rasul. Pada mereka soal Tuhan dan masa depan akhirat boleh dikompromi. Manakala soal hidup di dunia lebih penting dan utama. Ketepikan dulu akhirat demi mendapatkan ijazah dan kedudukan serta pekerjaan yang menjamin kesenangan hidup. Justeru, para ulamak pun berlumba-lumba menghantar anak ke sekolah yang dapat menjamin peluang mendapat pekerjaan bergaji tinggi. 

Di sisi Allah, akhirat itu 'lebih utama dan lebih kekal'. Hanya orang bodoh sahaja yang mengusahakan yang tidak utama dan mengutamakan sesuatu yang akan binasa. Sepatutnya akhirat yang kekal itulah keutamaan kita kerana kita akan menanggung segala-galanya sampai bila-bila. Sepatutnya kehidupan dunia hanya digunakan sebagai jambatan menyampaikan ke akhirat, Sepatutnya usaha-usaha kehidupan di dunia hanya sekadar dunia tempat persinggahan sementara yang ianya akan pasti binasa. 

Orang bertaqwa itu ialah orang yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Masa hidup seharian mereka lebih banyak mempunyai rasa hati yang takutkan Allah daripada yang lain. Orang sebegini adalah orang pilihan. Mereka sudah benar-benar menjadi hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi. Tentulah Allah yang menjadi pemilik dan owner alam ini tersangat tahu untuk membela, membalasi dan mengganjari mereka.

Sebab itu mereka dikatakan golongan yang tidak mempunyai sebarang rasa takut dan bimbang dengan kehidupan dunia. Mereka tidak bersedih hati kalau berdepan dengan sebarang kesusahan dunia. Mereka menganggapnya sebagai lumrah kebiasaan yang mesti dihadapi dengan jiwa yang positif - menyerahkan segala-galanya pada Allah. 

Tuhan adalah pembela bagi hamba-hambaNya. Dialah yang memberi makan, memberi pakaian, menyediakan tempat tinggal, mengubat kesakitan, memberi kenderaan, kerehatan, kesenangan dan kebahagiaan. Tidak ada satu zarrah pun yang kita miliki yang terpisah dari Tuhan. Bahkan Tuhanlah yang mengurniakan segala-galanya kepada kita. 

Kalau begitu kenapa kita tidak usahakan menjadi orang bertaqwa? Kenapa kita tidak serius mendidik anak bangsa kita menjadi generasi bertaqwa yang mana kesenangan dunia akhirat mereka dijamin Allah SWT?

Pendidikan sebegini akan berjaya satu masa nanti - dengan berkat Rasulullah SAW. Percayalah!!

Inilah sebabnya yahudi sangat berusaha merosakkan sistem pendidikan yang mengajak manusia mentaati Allah dan Rasul. Ini adalah kerana kesan menjadi orang yang takut Allah dan rindukan nabi itu sangat luar biasa. Mereka yang bertaqwa ini digeruni yahudi. Jika individu dan generasi sebegini dapat kita lahirkan, yahudi tidak akan dapat sewenang-wenangnya menyembelih umat Islam!!

Sebab itu bila kita melagang sistem pendidikan, janganlah difikirkan sangat soal kehidupan dunia. Ianya wajar dilihat 'simple' dan mudah. Jadikan kehidupan dunia sebagai suatu yang mudah kerana keutamaan kita ialah mendapatkan hati yang khusyuk dengan Tuhan dan merindui Baginda Nabi SAW. Setiap ruang yang ada - dalam apa jua mata pelajaran sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah difokuskan mengajak pelajar ke arah mendapat dua rasa yang utama ini. 

Pelajar yang sudah 'mendapat' Allah dan Rasul akan menjadi pelajar yang cerdik dan pintar. Saksikanlah ini semua nanti. Ianya pasti berlaku kerana ketika itu Allahlah yang menjadi guru mereka. Banyak yang tersirat dapat mereka kuasai dari setiap ilmu yang dipelajari. Inilah yang dikatakan keberkatan ilmu. Bukan mudah tetapi sejarah membuktikan ianya bukanlah suatu yang mustahil!!

Allah Itu "Owner", Allah Itu Pemilik Kerajaan Dunia Akhirat

Di dalam kehidupan kita seharian, kita semua termasuk orang yang lebih mementingkan dunia dan kesenangannya. Dunia dan nafsu menjadi fokus dalam segenap hal dan keadaan. Semakin hari semakin tamak dengan dunia. Aktiviti mengejar dunia berlaku secara serius dan sepenuh hati. 

Di sisi Allah, akhirat itu 'lebih utama dan lebih kekal'. Hanya orang bodoh sahaja yang mengusahakan yang tidak utama dan mengutamakan sesuatu yang akan binasa. Sepatutnya akhirat yang kekal itulah keutamaan kita kerana kita akan menanggung segala-galanya sampai bila-bila. Sepatutnya kehidupan dunia hanya digunakan sebagai jambatan menyampaikan ke akhirat, Sepatutnya usaha-usaha kehidupan di dunia hanya sekadar dunia tempat persinggahan sementara yang ianya akan pasti binasa. 

Orang bertaqwa itu ialah orang yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Masa hidup seharian mereka lebih banyak mempunyai rasa hati yang takutkan Allah daripada yang lain. Orang sebegini adalah orang pilihan. Mereka sudah benar-benar menjadi hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi. Tentulah Allah yang menjadi pemilik dan owner alam ini tersangat tahu untuk membela, membalasi dan mengganjari mereka.

Sebab itu mereka dikatakan golongan yang tidak mempunyai sebarang rasa takut dan bimbang dengan kehidupan dunia. Mereka tidak bersedih hati kalau berdepan dengan sebarang kesusahan dunia. Mereka menganggapnya sebagai lumrah kebiasaan yang mesti dihadapi dengan jiwa yang positif - menyerahkan segala-galanya pada Allah. 

Jika wakil mana-mana kerajaan dunia pun mendapat kemudahan dan keistimewaan apatah lagi wakil kerajaan Tuhan. Lebih-lebih lagilah mereka dicukupkan Tuhan, dibela, dibantu, dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Adakah kita juga mendakwa Allah itu miskin untuk membela hamba-hambaNya yang bertaqwa seperti yang dijanjikanNya?

Kalau kita masih beranggapan sedemikian, jelaslah kita bukan orang beriman. Tuhan adalah pembela orang-orang bertaqwa. Tuhan itu maha kaya raya. Dia owner, pemilik bahkan 'CEO' kita semua. Dia yang akan memberi 'gaji' kepada semua hamba sahaya yang bekerja untukNya. 

Jika mata hati kita celik, kita akan 'melihat; wang ringgit dari Tuhan berterbangan diberikan kepada kita untuk kita meneruskan hidup. Contohnya, jika setiap sedutan nafas kita mendapatkan oksijen, kita perlu membayarnya RM1.00 ertinya JUTAAN ringgit yang Tuhan bayarkan untuk kita. Itu belum dikira nikmat Allah yang lain yang tidak terkira untuk kelangsungan hidup kita seharian!! 

Adakah kita mahu melihat Allah memasukkan wang ringgit yang banyak ke dalam akaun kita untuk kita keluarkannya melalui mesin ATM, baru kita mahu percaya pada kekayaan Tuhan? Jika hati kita masih berdetik sedemikian, jelaslah kita belum lagi beriman. Atau iman kita masih boleh dipersoalkan. 

Allah adalah pembela bagi hamba-hambaNya. Dialah yang memberi makan, memberi pakaian, menyediakan tempat tinggal, mengubat kesakitan, memberi kenderaan, kerehatan, kesenangan dan kebahagiaan. Tidak ada satu zarrah pun yang kita miliki yang terpisah dari Tuhan. Bahkan Tuhanlah yang mengurniakan segala-galanya kepada kita. 

Kalau begitu kenapa kita tidak usahakan menjadi orang bertaqwa? Kenapa kita tidak serius mendidik anak bangsa kita menjadi generasi bertaqwa yang mana kesenangan dunia akhirat mereka dijamin Allah SWT?

Sukarnya untuk orang yang cintakan dunia melihat ini semua sebagai suatu yang realiti dan boleh terjadi. Payahnya orang-orang yang tidak yakin rezeki manusia di tangan Tuhan untuk menerima hakikat ini dan merealisasikannya. 

Janganlah tidak percaya bahawa semua ini boleh terjadi dengan izin Allah jika kita sepakat bersatu hati menjayakannya. Ranjaunya memang banyak tetapi lakukanlah yang terbaik. Selebihnya berserahlah kepada Tuhan. Dia maha tahu membantu setiap usaha yang kita laksanakan.

Wednesday, 19 April 2017

Kenapa Tassawuf Dan Tareqat Diigeruni Wahabi, Dajjal Dan Kuncu-Kuncunya?

Persoalan yang sentiasa muncul: "Kenapa WAHABI, dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???"

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah. Apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka barulah berlaku bantuan dan pertolongan Allah. Inilah yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata dalam perang Badar. 

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf". Ianya juga disebut dengan "aqidah yang sahih" iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah Wahabi untuk menyesatkan benua arab, jemaah Qadiani untuk menyesatkan benua India dan jemaah Baha'iyyah untuk sesatkan benua Asia. Ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah Bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, Dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman Wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergik dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah Bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah Wahabi dan budak-budak Wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan soleh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah Wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, Dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dikeronyok dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan soleh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". 

Maka pertolongan Allah ke atas para kekasihNya pun tak berlaku. 

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya. Sebaliknya dalam  hati mereka penuh dengan kebesaran Allah SWT dan merekalah yang akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith. Itulah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika Dajjal datang dan hanya pengikut Dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti Dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti Dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Harus diingat seutama-utama zikir ialah mendirikan solat dengan penuh rasa hamba yang hina di depan kebesaran Allah. Mengingati Allah di dalam solat adalah satu keutamaan. Ingat Allah bermaksud ingat dalam keadaan ada rasa takut setakut-takutnya kepada Allah dan ada rasa rindu serindu-rindunya dengan Baginda Nabi saw.

Sebab itu perjuangan apa pun jika mahu berjaya dan mendapat bantuan Allah mesti bermula dengan mendirikan sembahyang yang penuh rasa hamba di dalam hati. Zikir dan amalan hati ini berlaku secara hebat di dalam solat dan dibawa bersama rasa-rasa hamba ini di luar waktu solat. 

Kemudian yang lebih penting dari itu ialah sepanjang waktu di luar solat itu, mereka membangunkan sistem hidup islam yang sangat digeruni oleh musuh Islam. Janganlah sekadar berzikir sedangkan kehidupan seharian masih menumpang dengan sistem yahudi dan orang bukan Islam. 

Inilah kehebatan didikan sufi yang diwarisi dari Baginda Nabi saw dan para sahabat yang berjaya memperlihatkan Islam sebagai model sistem kehidupan yang selamat lagi menyelamatkan yang semua bangsa mahu bersandar menumpang kekuatan mereka. Inilah yang perlu diusahakan di kalangan umat Islam di akhir zaman. 

Kisah Seorang Remaja Yang Insaf Setelah Menjalani Pemulihan Di Pusat Pemulihan Remaja GISB Holdings

Di suatu malam bulan purnama, di sebuah pusat pemulihan remaja GISB HOLDINGS. Setelah semua lampu dipadamkan, mereka dibawa duduk di perkarangan asrama. Mereka diajak menyaksikan keindahan alam di bawah sinaran cahaya bulan sambil mendengar rayuan suara punggok mendayu2 berzikir memuji Allah tanpa penat. 

Dengan suara perlahan yang terbit dari hati yang sangat menghayati kebesaran Allah, Simurabbi berkata  kepada mereka; "Lihatlah betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan. Lihatlah deretan banjaran bukit bukau begitu indah disirami cahaya bulan purnama. Rasakan kedinginan udara malam dan lihatlah lambaian daun tumbuh-tumbuhan dipuput bayu. Lihatlah kambing dikandang, arnab dan ayam direban sudah bertiduran. Air kolam yang tenang, sampan kayak mengapung di permukaannya. Nun di sana terdapat aliran anak sungai yang jernih airnya. Ini semua Allah ciptakan untuk menghiburkan hati hamba-hambanya dan agar hambaNya terasa Kebesaran Allah. Maha Baik Nya Allah, Maha PenciptaNya Allah".

"Kita bukan sendirian datang ke muka bumi ini tetapi kita dihantar oleh Allah sebagai hambaNya dan dutaNya supaya kita menyembahNya, membesar serta mengagungkanNya. Dan selaku khalifahNya supaya kita bina kehidupan diatas muka bumi ini mengikut peraturan dan sistem dariNya. Oleh itu taati lah Allah agar kita dikasihiNya dan kelak akan dihadiahkan kepada kita SyurgaNya. Janganlah kita menderhakaiNya, nanti dimurkai Nya dan kelak dihumbankan kita ke dalam NerakaNya".

"Yakinlah bahawa Syurga Allah yang ditawarkan kepada kita itu umpama suatu tempat peranginan yang Maha Hebat. Panoramanya yang terbentang indah, dengan deretan bukit bukau dan aliran anak2 sungainya. Pohon buah2an yang sentiasa berbuah dan masak ranum untuk dipetik. Burung2 warna-warni berterbangan yang daging burung itu adalah antara hidangan istimewa bagi penghuni Syurga. Mahligai yang tersergam indah, lengkap dengan perabut dan tilam empuk tempat bergolek gelantang suami-isteri dengan pasangan yang cantik rupawan, penuh cinta. Udaranya sentiasa nyaman. Berkumandang muzik syurga yang lemak merdu tak jemu telinga mendengarnya. Penghuni syurga kekal muda belia, bertenaga selama2nya. Tidak ada lagi kesusahan dan penderitaan walau sebesar zarrah". 

"Tidakkah anda semua merindui syurga itu? Ianya ditawarkan buat hamba yang mentaati Allah. Hamba-hambaNya yang baik. Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Sebaik2 manusia adalah manusia yang paling baik akhlaknya." Dan sabdanya lagi, "Sebaik2 manusia adalah orang yang berbuat baik pada orang lain." Simurabbi mengakhiri butiran katanya dengan sendu tangis. Dia berbicara untuk dirinya sendiri. Dia yang lebih terkesan.

Para remaja itu mendengar segala bicara dengan penuh rasa syahdu. Kemudian mereka diminta mengulas mengenai apa yang di perkatakan olah simurabbi itu. Maka salah seorang diantara mereka yang terkenal sebagai 'Hard core' bangun berucap. 

"Terima kasih Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang sentiasa melimpahkan segala nikmatNya kepada hamba2Nya. Selawat dan salam kehadhrat Nabi Muhammad saw utusan Tuhan. Terima kasih kepada pimpinan syarikat GISB. Terima kasih para penasihat hati yang bersungguh-sungguh melahirkan sistem model dalam pelbagai bidang kehidupan. Baru kami faham dan sedar, betapa indahnya Islam itu bila ianya wujud dalam bentuk praktikal. Ianya adalah kebenaran yang dilaksanakan bersama-sama dengan penuh kasih sayang. Terima kasih para murabbi yang membimbing kami ke jalan kebenaran  ini".

"Izinkan saya mengucapkan sesuatu dalam majlis yang penuh berkat ini. Sebenarnya saya dihantar ke pusat ini untuk dipulihkan kemanusiaan saya yang telah rosak malah telah ranap menyembah bumi".

"Jujur saya nyatakan di sini bahawa ketika saya diberi tahu akan dihantar menjadi penghuni pusat pemulihan ini saya merasakan bahawa saya akan di masukkan ke neraka dunia dimana akan dikongkong segala kebebasan hidup saya malahan akan didera fizikal dan mental serta emosi saya. Saya rasa pada waktu, saya tak akan sanggup menempuh semua itu. Dan dalam diam, saya telah merancang akan lari keluar meninggalkan tempat ini". 

"Demi Allah setelah masa berlalu perasaan saya telah beransur berubah. Disinilah baru saya belajar erti kasih-sayang, erti kebaikan, erti harga diri dan erti hidup di dunia ini yang sebenar-benarnya, yang diluar sana saya tidak kenal itu semua. Yang saya tahu hanya mahu bebas berbuat sesuka hati saya untuk berseronok-seronok, untuk memuaskan keinginan nafsu tanpa memikirkan risiko yang akan saya tanggung di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Itulah saya dahulu yang hanya mementingkan diri saya sendiri tanpa memperdulikan perasaan orang lain termasuk perasaan ibubapa saya". 

"Terima kasih kepada para murabbi semua yang saya sedar mereka sangat menginginkan saya menjadi insan terbaik. Saya tahu para murabbi sangat mendoakan saya yang jahat ini. Betapa hati saya tersentuh dengan pendekatan kasih sayang yang terbit dari lubuk hati mereka. Memang saya juga dimarahi dan dihukum tetapi saya tetap merasakan jauh di sudut hati mereka tidak lain melainkan mahu membentuk dan memulihkan saya. Mereka sangat sayangkan saya lebih dari yang saya sangkakan. Mereka sanggup bersama tidur baring dengan saya. Ke mana saja saya pergi mereka pasti akan bersama saya. Mungkin mereka ingin mengawal saya tetapi jiwa saya rasa terisi kerana mereka sentiasa berbicara, bercerita dan menghiburkan saya. Saya jadi lunak dengan kisah-kisah Baginda Nabi saw dan para sahabat yang mereka sampaikan secara bersahaja".

"Alhamdulillah! di pusat pemulihan ini rupanya saya dikembalikan kepada fitrah semula jadi saya yang inginkan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan. Saya berasa sangat selesa dan bahagia!! Saya ditugaskan dalam berbagai aktiviti di sini. Ada penternakan kambing, ayam, itik dan arnab. Saya belajar tentang perangai kambing yang sangat kuat kehidupan 'berjemaah'nya. Jika seekor sakit, yang lain akan turut bersama memerhati yang sakit. Saya juga jatuh cinta dengan kuda.  Rupanya inilah binatang yang digunakan Rasulullah saw dan para sahabat bahkan oleh para pejuang kebenaran untuk bergelanggang di medan perang. Tidak terbayang oleh saya ribuan kuda di gunakan di medan perang pada waktu itu. Itulah ingatan saya setiap kali saya ditugaskan menyelenggarakan semua hal berkaitan kuda".

"Jadi, seperti apa yang para murabbi pesankan, yang penting ialah istiqamah dalam membuat perubahan dan peningkatan diri. Saya ingin nyatakan di sini, dengan hati yang  penuh dengan rasa harapkan keampunan Allah, saya mohon diizinkan saya terus berada di pusat pemulihan ini. Saya berjanji akan taat dan patuh serta bersungguh-sungguh mengikut peraturan dan disiplin yang dilaksanakan di sini. Saya memilih untuk terus tinggal di sini kerana  saya sudah dapat apa yang saya cari selama ini di sini. Saya tak mahu kehilangan Tuhan lagi. Jika tempat ini berjaya buatkan saya kembali kepada Allah, kenapa saya mahu meninggalkan tempat ini? Saya mohon izinkanlah  saya turut memberi saham memperjuangkan cita-cita Islam sebagai cara hidup di tempat ini".

"Akhir sekali saya mohon ribuan kemaafan di atas segala perangai dan sikap saya yang banyak menyusahkan malahan menyakiti hati para murabbi terutama di peringkat awal saya berada disini". 

Moga-moga kami penghuni pusat ini akan kembali menjadi manusia yang terdidik dan berjaya dipulihkan kepada fitrah murni kami, demi untuk keselamatan kami dunia akhirat.

Sekian, ampun maaf, wabillah hil hidayah wattaufiq wassalamu alaikum warohmatullah hi wabarokatuh.

(Kisah ini adalah nukilan Al-Fadhil Ayahanda Ustaz Haji Abdul Rahim Pfordten yang antara kata-kata beliau; "Sesungguhnya manusia perlu di didik dengan kasih-sayang kerana ianya adalah keinginan fitrah").

Sakitnya Mati!!!



Di-riwayatkan bahwa apabila setitik kepedihan mati ditetes-kan pada bukit-bukit di dunia, niscaya akan hancur bukit-bukit itu. 

Saat ajal Nabi Ibrahim As tiba, Allah Ta’ala berfirman kepada beliau, “Wahai khalil-Ku, bagaimana engkau merasai mati?” Beliau menjawab, “Seperti kait-besi panas yang berulangkali dimasukkan dan ditarik pada kain yang basah.” Allah Ta’ala berfirman, “Sebenarnya Aku telah memudahkan kematian bagimu.”

Dikisahkan mengenai Nabi Musa As bahwa ketika nyawanya dibawa ke hadapan Allah Azza wa Jalla, Dia bertanya kepada Musa, “Wahai Musa, apa yang kau-rasakan ketika mati (sakaratul-maut)?”

Jawab Musa As, “Aku rasakan hidupku laksana seekor pipit. Ketika ia dibakar (digoreng) di atas pembakarán (penggorengan), ia tak mampu terbang dan juga tak selamat dari rasa sakit saat mati. Aku merasakan rasa sakit yang luar biasa saat sakaratul-maut seperti yang dialaminya.”

Ada suatu riwayat yang mengisahkan bahwa pada saat ajal menjemput Nabi Saw, di dekat beliau terdapat sewadah air. Beliau mencelupkan tangannya ke dalam wadah lalu membasuh mukanya dengan air tersebut seraya berkata, “Ya Allah Tuhanku, mudahkan aku menghadapi sakaratul-maut.” Sayidah Fathimah Ra berkata saat itu, “Wahai ayahku, betapa hebat rasa sakit yang kaurasakan!” Kemudian baginda bersabda, “Tetapi tak akan ada lagi kesusahan atas ayahmu setelah ini.”

Pada suatu hari, Sayidina `Umar bin al-Khaththab berkata kepada Ka’ab al-Ahbar, “Wahai Ka’ab, terangkan kepadaku tentang mati.” Maka Ka’ab pun menjelaskan, “Wahai Amirul Mukminin, mati adalah seperti sebuah ranting yang penuh dengan duri lalu dimasukkan ke dalam perut. Setiap duri tertancap pada urat yang ada. Setelah itu seorang laki-laki kuat menariknya dengan paksa, maka terambillah darinya apa yang dapat diambil dan tertinggallah padanya apa yang tidak dapat diambil.

Ya Allah Tolonglah kami dengan keberkatan para kekasihMu!!

Monday, 17 April 2017

Makna Bacaan Dalam Solat



















Alangkah pelik serta rugi seorang yang solat tapi tidak faham maksud atau makna apa yang diucapkannya ketika solat. Solat adalah tiang agama, jadi sewajarnyalah kita mengambil berat tentang solat, bermula dengan memahami makna setiap bacaan dalam solat.

Berikut dikongsikan setiap bacaan dalam solat dengan teks bahasa Arab dan juga maksud/terjemahan dalam Bahasa Melayu.


Bacaan Semasa Takbiratul Ihram

اَللّٰهُ أَكْبَر

Maksud Takbiratul Ihram: "Allah Maha Besar"


Bacaan Doa Iftitah
الله اكبر كبيرا والحمد لله كثيرا
 وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.  وجهت وجهي للذي  فَطَرَالسَّمَوَاتِ وَاْلآَرْضَ حَنِيِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمْحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ 

Maksud doa Iftitah

Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji yang sebanyak-banyaknya bagi Allah SWT. Maha Suci Allah pada pagi dan petang. Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan dan kepasrahan diri, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan aku diperintahkan untuk tidak menyekutukan-Nya dan aku adalah termasuk orang-orang yang berserah diri.



Bacaan Surah Al-Fatihah 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿١﴾ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿٢﴾ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ﴿٧﴾ـ

Maksud Surah Al-Fatihah

(1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir semesta alam. (3) Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (4) Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). (5) Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Bacaan Semasa Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Maksud bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan segala puji untuk-Nya.



Bacaan Semasa I'tidal

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Maksud bacaan ketika i'tidal

Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkaulah segala pujian.



Doa Qunut 




Bacaan Ketika Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maksud bacaan ketika sujud

Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi dan segala puji untuk-Nya.



Bacaan Ketika Duduk Di antara Dua Sujud

رَبِ ّاِغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

Maksud bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah! ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tinggikanlah darjatku, cukupkanlah segala kekuranganku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berilah kesihatan kepadaku dan berilah keampunan kepadaku.



Bacaan Tahiyyat Awal

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ 
السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ .
 أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد

Maksud bacaan Tahiyyat Awal

Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعلى آلِ مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد. 

Maksud bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)

Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad serta keluarganya. Sebagaimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim serta keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad serta keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim serta keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia di seluruh alam ini.



Bacaan Salam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

Maksud bacaan salam

Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.


Semoga perkongsian makna atau maksud bacaan-bacaan dalam solat / sembahyang ini dapat membantu anda memahami setiap bacaan semasa solat, seterusnya membantu kita menjiwai dan lebih khusyuk dalam solat.

Saturday, 15 April 2017

Kisah Sahabat Nabi: Hudzaifah Ibnul Yaman, Pemegang Rahsia Rasulullah SAW

Hudzaifah Ibnul Yaman lahir dalam keluarga Muslim, dipelihara dan dibesarkan dalam pangkuan kedua orang tuanya yang telah memeluk agama Allah, sebagai rombongan pertama. 

Oleh sebab itu, Hudzaifah telah Islam sebelum dia bertemu muka dengan Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, Hudzaifah selalu mendampingi beliau bagaikan seorang kekasih. Hudzaifah turut bersama-sama dalam setiap peperangan yang dipimpinnya, kecuali dalam Perang Badar. 

Dalam Perang Uhud, Hudzaifah ikut memerangi kaum kafir bersama dengan ayahnya, Al-Yaman. Dalam perang itu, Hudzaifah mendapat cobaan besar. Dia pulang dengan selamat, tetapi bapanya syahid oleh pedang kaum Muslimin sendiri, bukan kaum musyrikin. Kaum Muslimin tidak mengetahui jika Al-Yaman adalah sebahagian dari mereka, sehingga mereka membunuhnya dalam perang.

Rasulullah SAW menilai dalam peribadi Hudzaifah Ibnul Yaman terdapat tiga keistimewaan yang menonjol. 

Pertama, cerdas, sehingga dia dapat meloloskan diri dalam situasi yang serba sulit. 

Kedua, cepat tanggap, berfikir cepat, tepat dan jitu, yang dapat dilakukannya setiap kali diperlukan. 

Ketiga, sangat teguh menyimpan rahsia dan berdisiplin tinggi, sehingga tidak seorang pun dapat mengorek yang dirahsiakannya.

Kesulitan terbesar yang dihadapi kaum Muslimin di Madinah ialah kehadiran kaum Yahudi munafik dan sekutu mereka, yang selalu membuat isu-isu dan muslihat jahat. Untuk menghadapi kesulitan ini, Rasulullah SAW mempercayai suatu yang sangat rahsia kepada Hudzaifah Ibnul Yaman —dengan memberikan daftar nama orang munafik itu kepadanya. Itulah suatu rahsia yang tidak pernah bocor kepada siapa pun hingga sekarang. 

Dengan memberi kepercayaan dalam hal yang sangat rahsia itu, Rasulullah SAW menugaskan Hudzaifah memantau setiap gerak-geri dan kegiatan mereka, untuk mencegah bahaya yang mungkin dilakukan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin. Kerana inilah, Hudzaifah Ibnul Yaman digelari oleh para sahabat dengan "Sohibu Sirri Rasulullah SAW (Pemegang Rahsia Rasulullah SAW).

Pada puncak Perang Khandaq, Rasulullah SAW memerintahkan Hudzaifah melaksanakan suatu tugas yang amat merbahaya. Beliau mengutus Hudzaifah ke jantung pertahanan musuh, dalam kegelapan malam yang hitam pekat bahkan pada ketika tengah malam dimusim sejuk yang sangat mencengkam.

"Ada beberapa peristiwa yang dialami musuh. Pergilah engkau ke sana dengan sembunyi-sembunyi untuk mendapatkan maklumat yang pasti. Dan lapurkan kepadaku dengan seberapa segera!" perintah Baginda SAW.

Hudzaifah pun bangun dan berangkat dengan rasa takut sambil menahan kesejukan dek cuaca dingin yang sangat menusuk ke tulang sumsum. Maka, ketika itu Rasulullah SAW berdoa, "Ya Allah, lindungilah dia, dari depan, dari belakang, kanan, kiri, atas, dan dari bawah."

"Demi Allah, sesudah Rasulullah selesai berdoa, ketakutan yang menghantui dalam dadaku dan kedinginan yang menusuk-nusuk tubuhku hilang sekelip mata sehingga aku merasa segar, kuat dan selesa," tutur Hudzaifah.

Tatkala ia memalingkan diri dari Rasulullah SAW, Baginda SAW memanggilnya sambil berkata, "Hai Hudzaifah, sekali-kali jangan melakukan sesuatu tindakan yang mencurigakan mereka sampai tugasmu selesai dan kembali kepadaku!"

"Saya siap, ya Rasulullah SAW," jawab Hudzaifah dengan penuh taat.

Hudzaifah pun pergi dengan sembunyi-sembunyi dan dalam keadaan sangat berhati-hati . Perlahan-lahan dia menyelinap dalam kegelapan malam yang hitam kelam. Ia berhasil menyusup ke jantung pertahanan musuh dengan berlagak seolah-olah sebahagian dari anggota pasukan mereka. Belum lama berada di tengah-tengah mereka, tiba-tiba terdengar suara Abu Sufyan memberi arahan.

"Hai, pasukan Quraisy, dengarkan aku berbicara kepada kamu sekelian. Sebelum itu, aku sangat bimbang, hendaknya pembicaraanku ini jangan sampai terdengar oleh Muhammad. Kerana itu, telitilah lebih dahulu setiap orang yang berada di sebelah kamu semua!"

Mendengar ucapan Abu Sufyan, Hudzaifah segera memegang tangan orang yang di sampingnya seraya bertanya, "Siapa kamu?" 

Jawabnya, "Aku si Fulan, anak si Fulan."

Sesudah dirasanya aman, Abu Sufyan melanjutkan bicaranya, "Hai, pasukan Quraisy! Demi Tuhan, sesungguhnya kita tidak dapat bertahan di sini lebih lama lagi. Haiwan-haiwan tunggangan kita telah banyak yang mati. Sesungguhnya Bani Quraidzah telah khianat. Mereka telah meninggalkan kita. Sekarang pula angin taufan menyerang kita dengan ganas seperti kamu semua rasakan. Kerana itu, berangkatlah kamu sekarang dan tinggalkan tempat ini. Sesungguhnya aku sendiri akan berangkat."

Selesai berkata demikian, Abu Sufyan pun mendekati untanya, melepaskan tali penambat, lalu dinaiki dan dipukulnya. Unta itu bangun dan Abu Sufyan terus bergerak meninggalkan perkhemahan mereka. Pasukannya pun segera mengikutinya. Hudzaifah menyaksikan pergerakan Abu Sufian yang sudah agak terpisah dari gerombolannya kerana mengikut jalan pulang ke Mekah. Seandainya Rasulullah tidak melarangnya melakukan suatu tindakan di luar perintah sebelum datang melapur kepada Baginda SAW, tentu Hudzaifah akan membunuh Abu Sufyan dengan pedangnya.

Hudzaifah Ibnul Yaman sangat berhati-hati dan teguh memegang segala rahsia mengenai orang-orang munafik selama hidupnya. Tidak ada siapa pun yang berupaya memujuknya agar dibocorkan rahsia amanah Rasulullah SAW itu walaupun kepada khalifah. Bahkan Khalifah Umar bin Khattab, jika ada orang Islam yang meninggal, dia akan bertanya, "Apakah Hudzaifah turut menyembahyangkan jenazah orang itu?" Jika mereka menjawab, "Ada," maka Umar pun turut menyembahyangkannya.

Suatu ketika, Khalifah Umar pernah bertanya kepada Hudzaifah dengan cerdik, "Adakah di antara pegawai-pegawaiku orang munafik?"

"Ada seorang," jawab Hudzaifah.

"Tolong tunjukkan kepadaku siapa?" kata Umar.

Hudzaifah menjawab, "Maaf Khalifah, saya dilarang memberitahu siapa orangnya oleh Rasulullah SAW walau kepada sesiapapun”.

Walau demikian, amat sedikit orang yang mengetahui bahawa Hudzaifah Ibnul Yaman sesungguhnya adalah pahlawan penakluk Nahawand, Dainawar, Hamadzan, dan Rai. Dia membebaskan kota-kota tersebut bagi kaum Muslimin dari genggaman kekuasaan Parsi. Hudzaifah juga termasuk tokoh yang mentashihkan keseragaman mushaf Alquran, sesudah kitabullah itu beraneka ragam coraknya di tangan kaum Muslimin. 

Ketika Hudzaifah sakit kuat menjelang ajalnya tiba, beberapa orang sahabat datang mengunjunginya pada tengah malam. Hudzaifah bertanya kepada mereka, "Pukul berapa sekarang?"

Mereka menjawab, "Sudah dekat Subuh."

Hudzaifah berkata, "Aku berlindung kepada Allah dari Subuh yang menyebabkan aku masuk neraka."

Ia bertanya kembali, "Adakah kamu semua membawa kafan?"

Mereka menjawab, "Ada."

Hudzaifah berkata, "Tidak perlu kafan yang mahal. Jika diriku baik dalam penilaian Allah, Dia akan menggantinya untukku dengan kafan yang lebih baik. Dan jika aku tidak baik dalam pandangan Allah, Dia akan menanggalkan kafan itu dari tubuhku." 

Sesudah itu dia berdoa kepada Allah, "Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu, aku lebih suka fakir daripada kaya, aku lebih suka sederhana daripada mewah, aku lebih suka mati daripada hidup."

Sesudah berdoa demikian, ruhnya pun pergi menghadap Ilahi. Seorang kekasih Allah kembali kepada Allah dalam kerinduan. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya.

Sunday, 9 April 2017

Dunia Adalah Penjara Mukmin, Syurga Orang Kafir


:عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
« الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ » رواه مسلم 

Dari Abu Hurairah -semoga Allah meridhainya- dia berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: ((Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir)) H.R. Muslim.Faedah-faedah dari hadits yang mulia ini diantaranya:

1. Hadits ini memiliki dua tafsiran:

Dimisalkan dunia seperti penjara bagi mukmin iaitu seorang mukmin, keimanannya mengikat dirinya dari hal-hal yang terlarang adapun orang kafir berbuat apa saja yang ia kehendaki.

Makna kedua: seorang mukmin walaupun ia orang yang paling nikmat hidupnya di dunia jika dibandingkan apa yang Allah janjikan baginya di surga, maka dunia itu seperti penjara. Dan orang kafir kebalikannya. Sesungguhnya ia walaupun ketika di dunia adalah orang yang paling sengsara, itu jika dibandingkan dengan siksa neraka maka dunia itu surga baginya.

2. Dunia menjadi penjara bagi orang mukmin yang meninggalkan kelezatan dunia dan syahwatnya. Adapun yang tidak meninggalkan kelezatan syahwat yang diharamkan dan bersenang-senang dengannya maka dunia itu penjara apa baginya? 

3. Dunia menjadi penjara mukmin itu bertingkat-tingkat sesuai dengan keadaan seseorang dalam menjalani kewajiban-kewajiban dan meninggalkan keharaman-keharaman di dalamnya. 

4. Hikmah dari hadits ini: agar seorang mukmin tidak condong kepada jalan orang-orang kafir yang bebas lepas dalam menjalani kehidupan dunia sehingga tidak ada halal-haram bagi mereka. 

5. Dunia hakekatnya adalah negeri ujian bagi orang-orang mukmin. Orang-orang yang berlomba-lomba dalam kebaikan, merekalah yang memahami hakekat dunia dan hakekat keberadaannya di dunia.

6. Jika telah jelas bagi seorang mukmin bahwa dunia adalah negeri cobaan maka hendaknya seorang mukmin bersabar atas hukum Allah dan ridha terhadap takdir dan ketentuan-Nya.

7. Wajib atas seorang mukmin untuk menjadikan kehidupannya di dunia seperti orang yang di penjara yang penuh dengan peraturan dan batasan-batasan yaitu syariat-syariat Allah.

8. Adanya anjuran bagi seorang mukmin untuk berpaling dari kecintaan kepada dunia dan untuk tidak tenggelam dalam gemerlap dunia. Dan terkandung di dalamnya anjuran untuk merindukan akhirat.

9. Seorang kafir hanya mendapat kebaikan di kehidupan dunia.(Lihat: Syarh Muslim An-Nawawiy, Badai'ul Fawaid Ibnul Qayyim, Jami'ul Ulum wal Hikam Ibnu Rajab, Qa'idah fil Mahabbah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Mirqatul Mafatih Mula Ali Al-Qariy, Bahjatun Nazhirin Al-Hilaly)

Sahabat Yang Dipercayai Rasulullah SAW Sebagai "Rasuli Rasulillah SAW"


Tatkala Rasulullah mengambil baiat dari orang-orang Anshar pada perjanjian Aqabah yang kedua, diantara para utusan yang terdiri atas 70 orang itu terdapat seorang anak muda dengan wajah berseri, pandangan menarik dan gigi putih berkilat serta memikat. Perhatian dengan sikap dan ketenangannya. Dan jika bicara maka orang yang melihat akan tambah terpesona karenanya. Nah, itulah dia Mu'adz bin Jabal RA.

Dengan demikian, ia adalah seorang tokoh dari kalangan Anshar yang ikut baiat pada Perjanjian Aqabah kedua, hingga termasuk Ash-Shabiqul Awwalun—golongan yang pertama masuk Islam. Dan orang yang lebih dulu masuk Islam dengan keimanan serta keyakinannya seperti demikian, mustahil tidak akan turut bersama Rasulullah dalam setiap perjuangan. 

Maka demikianlah halnya Mu'adz. Tetapi kelebihannya yang paling menonjol dan keitstimewaannnya yang utama ialah fiqih atau keahliannya dalam soal hukum. Keahliannya dalam fiqih dan ilmu pengetahuan ini mencapai taraf yang menyebabkannya berhak menerima pujian dari Rasulullah SAW dengan sabdanya: "Umatku yang paling tahu akan yang halal dan yang haram ialah Mu'adz bin Jabal."

Dalam kecerdasan otak dan keberaniannya mengemukakan pendapat, Mu'adz hampir sama dengan Umar bin Khathab. Ketika Rasulullah SAW hendak mengirimnya ke Yaman, lebih dulu ditanyainya, "Apa yang menjadi pedomanmu dalam mengadili sesuatu, hai Mu'adz?" 

"Kitabullah," jawab Mu'adz. 

"Bagaimana jika kamu tidak jumpai dalam Kitabullah?", tanya Rasulullah pula. 

"Saya putuskan dengan Sunnah Rasul." 

"Jika tidak kamu temui dalam Sunnah Rasulullah?" 

"Saya pergunakan pikiranku untuk berijtihad, dan saya takkan berlaku sia-sia," jawab Muadz.

Maka berseri-serilah wajah Rasulullah. "Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah sebagai yang diridhai oleh Rasulullah," sabda beliau.

Dan mungkin kemampuan untuk berijtihad dan keberanian menggunakan otak dan kecerdasan inilah yang menyebabkan Mu'adz berhasil mencapai kekayaan dalam ilmu fiqih, mengatasi teman dan saudara-saudaranya hingga dinyatakan oleh Rasulullah sebagai "orang yang paling tahu tentang yang halal dan yang haram". 

Suatu hari, pada masa pemerintahan Khalifah Umar, A'idzullah bin Abdillah masuk masjid bersama beberapa orang sahabat. Maka ia pun duduk pada suatu majelis yang dihadiri oleh tiga puluh orang lebih. Masing-masing menyebutkan sebuah hadits yang mereka terima dari Rasulullah SAW. 

Pada halaqah atau lingkaran itu ada seorang anak muda yang amat tampan, hitam manis warna kulitnya, bersih, baik tutur katanya dan termuda usianya di antara mereka. Jika pada mereka terdapat keraguan tentang suatu hadits, mereka tanyakan kepada anak muda itu yang segera memberikan fatwanya. 

"Dan ia tak berbicara kecuali bila diminta. Dan tatkala majelis itu berakhir, saya dekati anak muda itu dan saya tanyakan siapa namanya, ia menjawab, saya adalah Mu'adz bin Jabal," tutur A'idzullah.

Shahar bin Hausyab tidak ketinggalan memberikan ulasan, katanya, "Bila para sahabat berbicara, sedang di antara mereka hadir Mu'adz bin Jabal, tentulah mereka akan sama-sama meminta pendapatnya karena kewibawaannya."

Dan Amirul Mukminin Umar bin Khatab RA sendiri sering meminta pendapat dan buah pikirannya. Bahkan dalam salah satu peristiwa di mana ia memanfaatkan pendapat dan keahliannya dalam hukum, Umar pernah berkata, "Kalau tidaklah berkat Mu'adz bin Jabal, akan celakalah Umar!" 

Ia seorang pendiam, tak hendak bicara kecuali atas permintaan hadirin. Dan jika mereka berbeda pendapat dalam suatu hal, mereka pulangkan kepada Mu'adz untuk memutuskannya. Maka jika ia telah buka suara, adalah ia sebagaimana dilukiskan oleh salah seorang yang mengenalnya: "Seolah-olah dari mulutnya keluar cahaya dan mutiara." 

Dan kedudukan yang tinggi di bidang pengetahuan ini, serta penghormatan kaum Muslimin kepadanya, baik selagi Rasulullah masih hidup maupun setelah beliau wafat, dicapai Mu'adz sewaktu ia masih muda. Ia meninggal dunia di masa pemerintahan Umar, sedang usianya belum 33 tahun!

Mu'adz adalah seorang yang murah tangan, lapang hati dan tinggi budi. Tidak sesuatu pun yang diminta kepadanya, kecuali akan diberinya secara berlimpah dan dengan hati yang ikhlas. Sungguh kemurahan Mu'adz telah menghabiskan semua hartanya.

Ketika Rasulullah SAW wafat, Mu'adz masih berada di Yaman, yakni semenjak ia dikirim Nabi ke sana untuk membimbing kaum Muslimin dan mengajari mereka tentang seluk-seluk Agama. 

Di masa pemerintahan Abu Bakar, Mu'adz kembali ke Yaman. Umar tahu bahwa Mu'adz telah menjadi seorang yang kaya raya, maka ia mengusulkan kepada Khalifah Abu Bakar agar kekayaan Mu'adz itu dibagi dua. Tanpa menunggu jawaban Abu Bakar, Umar segera pergi ke rumah Mu'adz dan mengemukakan masalah tersebut.

Mu'adz adalah seorang yang bersih tangan dan suci hati. Dan seandainya sekarang ia telah menjadi kaya raya, maka kekayaan itu diperolehnya secara halal, tidak pernah diperolehnya dengan berbuat dosa. Bahkan juga tak hendak menerima barang yang syubhat. 

Oleh sebab itu, usul Umar ditolaknya dan alasan yang dikemukakannya dipatahkannya dengan alasan pula. Umar berpaling meninggalkannya. Pagi-pagi keesokan harinya Mu'adz pergi ke rumah Umar. Ketika sampai di sana, Mu'adz merangkul dan memeluk Umar, sementara air mata mengalir mendahului kata-katanya. "Malam tadi saya bermimpi masuk kolam yang penuh dengan air, hingga saya cemas akan tenggelam. Untunglah anda datang, hai Umar, dan menyelamatkan saya!"

Kemudian bersama-sama mereka datang kepada Abu Bakar, dan Mu'adz meminta kepada khalifah untuk mengambil seperdua hartanya. "Tidak satu pun yang akan kuambil darimu," ujar Abu Bakar. 

"Sekarang harta itu telah halal dan jadi harta yang baik," kata Umar menghadapkan pembicaraannya kepada Mu'adz. 

Andai diketahuinya bahwa Mu'adz memperoleh harta itu dari jalan yang tidak sah, maka tidak satu dirham pun Abu Bakar yang saleh itu akan menyisakan baginya. Namun Umar tidak pula berbuat salah dengan melemparkan tuduhan atau menaruh dugaan yang bukan-bukan terhadap Mu'adz. 

Hanya saja masa itu adalah masa gemilang, penuh dengan tokoh-tokoh utama yang berpacu mencapai puncak keutamaan. Di antara mereka ada yang berjalan secara santai, tak ubah bagi burung yang terbang berputar-putar, ada yang berlari cepat, dan ada pula yang berlari lambat, namun semua berada dalam kafilah yang sama menuju kepada kebaikan.

Mu'adz pindah ke Syria (Suriah), di mana ia tinggal bersama penduduk dan orang yang berkunjung ke sana sebagi guru dan ahli hukum. Dan tatkala Abu Ubaidah bin Jarrah—amir atau gubernur militer di sana serta shahabat karib Mu'adz—meninggal dunia, ia diangkat oleh Amirul Mukminin Umar sebagai penggantinya di Syria. 

Tetapi hanya beberapa bulan saja ia memegang jabatan itu, Mu'adz dipanggil Allah untuk menghadap-Nya dalam keadaan tunduk dan menyerahkan diri.
  
Pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda, "Hai Mu'adz! Demi Allah, aku sungguh sayang kepadamu. Maka jangan lupa setiap habis shalat mengucapkan: 'Ya Allah, bantulah aku untuk selalu ingat dan syukur serta beribadat dengan ikhlas kepada-Mu."

Mu'adz mengerti dan memahami ajaran tersebut dan telah menerapkannya secara tepat.

Pada suatu pagi Rasulullah bertemu dengan Mu'adz, maka beliau bertanya, "Bagaimana keadaanmu di pagi hari ini, hai Mu'adz?"

"Di pagi hari ini aku benar-benar telah beriman, ya Rasulullah," jawabnya. 

"Setiap kebenaran ada hakikatnya," kata Nabi pula, "maka apakah hakikat keimananmu?"

"Setiap berada di pagi hari, aku menyangka tidak akan menemui lagi waktu sore. Dan setiap berada di waktu sore, aku menyangka tidak akan mencapai lagi waktu pagi. Dan tiada satu langkah pun yang kulangkahkan, kecuali aku menyangka tiada akan diiringi dengan langkah lainnya. Dan seolah-olah kesaksian setiap umat jatuh berlutut, dipanggil melihat buku catatannya. Dan seolah-olah kusaksikan penduduk surga menikmati kesenangan surga. Sedang penduduk neraka menderita siksa dalam neraka."

Maka sabda Rasulullah SAW, "Memang, kamu mengetahuinya, maka pegang teguhlah jangan dilepaskan!"

Menjelang akhir hayatnya, Mu'adz berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya selama ini aku takut kepada-Mu, tetapi hari ini aku mengharapkan-Mu. Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa aku tidaklah mencintai dunia demi untuk mengalirkan air sungai atau menanam kayu-kayuan, tetapi hanyalah untuk menutup haus di kala panas, dan menghadapi saat-saat yang gawat, serta untuk menambah ilmu pengetahuan, keimanan dan ketaatan."

Lalu diulurkanlah tangannya seolah-olah hendak bersalaman dengan maut, dan dalam keberangkatannya ke alam gaib, ia masih sempat berujar, "Selamat datang wahai maut. Kekasih tiba di saat diperlukan..." Dan nyawa Mu'adz pun melayanglah menghadap Allah.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text