Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KENANGAN IBADAH HAJI

Pergi Haji Ertinya Membawa Hati Menuju Allah Yang Esa

Imej
Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka Pergi haji Artinya menuju Allah yang esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu’ Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba S...

Pengalaman Mengerjakan Haji - Proses Tuhan Untuk Menyedarkan Dan Menginsafkan Hamba-hambaNya

Imej
Sebaik maghrib tadi, habislah waktu Hari Tasyrik. Tidak ada lagi takbir raya ini sehinggalah Syawal akan datang. Tidak ada lagi ibadah korban untuk tahun ini. Tunggulah setahun lagi. Hari raya Aidil Adha kali ini Pak Lang sambut dengan ingatan pada pengalaman mengerjakan haji tahun lepas. Itulah pengalaman pertama dan menarik. Sebelum ini semasa di Mesir di tahun 1992, Pak Lang hanya dapat mengerjakan umrah bersama aruah isteri dan anak. Kami menaiki feri penumpang yang sarat dengan jemaah haji dari Mesir di Pelabuhan Nuwaibak, Mesir menuju ke Jeddah, Arab Saudi. 3 hari 3 malam kami menempuh ombak besar melintasi laut Merah yang penuh sejarah. Bayangkan ketika turun memijak kaki di bumi Jeddah, badan masih terasa bergoyang bagai masih di dalam feri!! Tahun ini Pak Lang agak sibuk dengan persiapan Majlis Pelupusan Bahan Menyalahi Fatwa di BCH. Jadi Pak Lang tidak sempat menyaksikan lintas langsung wuquf di Arafah tetapi kenangan setahun lalu tetap muncul di ingatan. Pak Lang coretkan...