Jom Berkorban
“Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.” (Surah al-Kauthar:2) “ .. Afdal Makan Sebahagian Daging Korban Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28) “.. Boleh Juga Diberi Kepada Orang Kaya Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”(Al-Hajj:36) Ibadah Korban juga adalah salah satu penebus dosa terhadap Allah SWT. Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah, maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban) Rasulullah Hadiahkan Korban Untuk Umatnya Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita j...