Gejala Pengkid - Apa Benda Tu?
Tajuk ‘PengKid’ di Rancangan Selamat Pagi Malaysia Posted by: Osman Affan Pagi tadi saya dijemput menjadi tetamu undangan Selamat Pagi Malaysia bagi membicarakan isu gejala PengKid di Malaysia. Ketika saya mula-mula mendengar tajuk slot ini, saya terimbas kembali perkataan PengKid yang saya sudah dengar sejak dulu lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan dengan PengKid. Adakah PengKid ini budak-budak perempuan yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki? Apakah pula beza mereka berbanding dengan ‘Tomboy’ dan ‘Lesbian’. Menurut sedikit kajian yang saya lakukan, beza antara PengKid dan Tomboy ialah Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan. PengKid pula ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memaink...