Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UMNO - FAKTOR 'WOW'

'Faktor Wow" Dalam UMNO - Siapa Pemimpin bertaraf 'Wow'?

Nampaknya isu UMNO perlukan idea-idea luar biasa agar parti itu diterima oleh majoriti rakyat sedang menarik respon menggalakkan. Sebenarnya 'Faktor 'wow' yang disebut Tan Sri Muhyiddin itu lebih kurang sama dengan 'Strategi Lautan Biru' yang dilancarkan Perdana Menteri. Kedua-duanya dicetuskan tentunya bertujuan memastikan program transformasi negara berjalan dengan berkesan iaitu berjaya menarik sokongan rakyat. Ramai pihak sedang menyatakan pro-kontra masing-masing terhadap isu yang baru dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yasin ini. Di satu segi ianya menarik kerana UMNO kelihatan terbuka mahu melakukan perubahan. Dari sudut lain, idea Tan Sri Muhyidin ini kelihatan membuka ruang untuk UMNO dipertikaikan. Sila baca DI SINI Sememangnya UMNO perlu melakukan banyak perkara untuk memenangi hati rakyat. Dengan masa hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi untuk PRU ke-14, bolehkah UMNO mencipta keajaiban pada kali ini? Adakah sudah wujud tanda-tanda UMNO sudah diterima rak...

UMNO Perlu Idea Luar Biasa Ahli

Imej
Berikut dipaparkan berita yang diambil dari Utusan Malaysia Online. Blog ini akan mengulas mengenainya nanti.   Perlu idea luar biasa ahli Oleh LUQMAN HAZIQ dan MOHAMAD FAIZAL HASHIM utusanjohor@utusan.com.my MUHYIDDIN Yassin bersalam dengan perwakilan UMNO semasa beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi, Johor, semalam. - MINGGUAN/AMIN FARIJ HASAN KOTA TINGGI 16 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar semua bahagian UMNO mengemukakan idea luar biasa (wow factor) dalam usaha memastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima semua lapisan rakyat. Timbalan Presiden UMNO yang serius dengan cabaran itu turut mengumumkan tawaran RM10,000 kepada mana-mana bahagian UMNO yang dapat memberikan idea luar biasa berkenaan. "Setiap bahagian perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea-idea yang mempunyai 'wow factor' itu. "Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di peringkat Majlis...