Baka-baka Kuda Yang Paling terkenal Di Dunia
Untuk sementara waktu, bacalah maklumat tentang kuda seperti di bawah. Semoga akan ada manfaatnya untuk kita semua. Kuda Arab Kuda Arab adalah sejenis kuda yang berasal dari semenanjung Arab. Ia memiliki bentuk kepala yang unik dan ekor yang ternaik, Kuda arab adalah salah satu spesis kuda yang paling mudah dikenali. Kuda Arab juga merupakan salah satu baka kuda tertua melalui penemuan bukti arkeologi yang dipercayai berusia 4.500 tahun. Sepanjang perkembangan sejarah manusia, kuda Arab telah tersebar di seluruh bahagian dunia melalui peristiwa peperangan dan perdagangan. Selain itu juga kuda Arab turut digunakan untuk memperbaiki baka-baka kuda lain. Kuda yang terhasil dari campuran baka kuda Arab akan membolehkan anak kuda mewarisi kelajuan, kekuatan, ketahanan, dan kelasakan kuda Arab. Hari ini, keturunan kuda Arab boleh ditemui di hampir semua jenis baka kuda moden. Kuda Arab berkembang dalam iklim gurun dan sangat dihargai oleh orang-orang Badwi. Hubungan erat antara kuda Arab...