Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HALAL

Darah Babi Dalam Kuah Laksa - ‘Penang Famous Laksa’ Sah Tiada Sijil Halal - JAKIM

Imej
PUTRAJAYA 12 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa orang ramai berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi susulan tersebarnya laporan dalam akhbar tempatan mengenai penggunaan darah babi dalam penyediaan mi kari di Pulau Pinang dan SS2, Petaling Jaya, Selangor. Menurut Bahagian Hab Halalnya, sebagai langkah berhati-hati pengguna terutamanya umat Islam perlu memastikan premis makanan tersebut memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah supaya makanan diperoleh adalah halalan toiyiban. “Merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 2 Jun lalu, perakuan mengenai penggunaan darah babi dalam hidangan yang dijual di gerai di SS2, Petaling Jaya dibuat sendiri oleh peniaga ber­kenaan, David Tan. “Untuk makluman pengguna, gerai jualan ini tidak pernah memiliki atau diberikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya di sini hari ini. Akhbar The Star menyiarkan artikel mengenai resipi rahsia turun temurun hidangan mi kari ole...

Sucikah Halalkah Minyak Masak Yang Kita Gunakan?

OPersatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.  Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL dimana mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging Babi "Khinzir" dan di simpan sehingga banyak kemudian nya  dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah.  Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit. Awas bila menggunakan minya...

Selamatkah Ayam Yang Kita Makan?

Baru-baru ini Pak Lang bertemu dengan seorang pengusaha / penternak ayam daging. Mungkin boleh dikatakan beliau juga seorang yang mahir dalam teknologi makanan. Banyak yang dikongsikan dengan Pak Lang mengenai rahsia bahan makanan yang ramai tidak tahu.  Hal ayam pun terlalu banyak maklumat yang dia maklumkan Antaranya bagaimana ayam yang sudah mati tetapi masih di masukkan ke dalam mesin cabut bulu dan di proses potong seperti ayam yang disembelih.  Bila lihat ladang ternak ayam, baru kita tahu - ayam puluhan ribu ekor itu tidak boleh stress.  Dia akan mudah mati kalau terkejut. Maka biasanya ayam akan banyak mati ketika berbelas orang (manusia0 masuk ke rebannya dan menangkap mereka dengan rakus dan kasar.   Ayam sebanyak itu dalam masa 35 hari, hanya diuruskan oleh seorang pekerja sahaja. Semua menggunakan teknologi moden sedangkan ayam bukan barang tetapi makhluk hidup. Ayam-ayam itu akan terkejut dengan begitu ramainya manusia datang menangkap mere...

Pastikah Minyak Masak Yang Kita Gunakan Di Rumah Tidak Bercampur Dengan Minyak Goreng Khinzir?

Bila kita tahu apa yang kita makan selama ini adalah kotoran dan najis, apa perasaan kita? Apa yang kita makan dan minum akan jadi darah daging. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pernah memuntahkan makanan yang ditelannya setelah menyedari apa yang baru dimakannya adalah makanan yang bukan haknya!!  Masya Allah begitu takutnya dan berhati-hatinya mereka dalam soal makan minum. Hadis Nabi menyatakan: "Mana-mana daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak untuknya!!" Ertinya api neraka secara terus akan menyambar daging-daging yang tumbuh dari sumber yang haram!! Inilah kehidupan kita di zaman ini. Mencari yang halal dan suci itu terlalu sukar dan sulit. Payahnya hendak ditemui manusia yang sangat berhati-hati dalam soal ini. Ramainya yang ambil mudah. Tanpa selidik dan bertanya soal, Semua 'benda' di bawa balik ke rumah untuk dimakan bersama anak dan isteri. Wal-hal jika diselidiki, banyak produk yang beredar di  pasaran adalah bara...