Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PESAWAT MAS TERHEMPAS

Cekal Hati Kendali Pesawat

Wartawan Sinar Harian 26 Julai 2014 (Luahan Hati Seorang Juruterbang) HATI saya sedikit gentar juga setelah dua insiden melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17 berlaku pada tahun ini. Tapi, saya cekalkan hati untuk kendalikan pesawat walaupun kemalangan udara semakin banyak terjadi. Saya perlu sentiasa berfikir, saya bukan bawa nyawa saya sahaja, malah ada ratusan nyawa yang mahukan keselamatan tanpa ada apa-apa yang berlaku. Setiap kali sebelum memulakan perjalanan, saya suka melihat wajah-wajah penumpang saya. Mereka sebenarnya nadi kekuatan saya. Dengan dua insiden yang berlaku, tambahan melibatkan kawan-kawan sekerja, siapa tidak gerun, tidak gentar, takut dan macam-macam lagi. Tapi, memandang wajah penumpang, saya tahu mereka bersandar harapan pada saya. Saya tidak boleh terlalu emosi. Itu bukan etika kami sebagai juruterbang. Saya dilatih untuk melawan rasa takut. Saya perlu berani. Kalau saya mahu selamat, mereka (penumpang) juga mahukan perkara sama. Doa dan zikir sudah...

Kehilangan Pesawat MAS MH370 - Malaysia Berdoa!!

Malaysia sedang bersedih! Dengan apa yang berlaku terjadi, suasana sedih, pilu dan simpati berlaku di mana-mana. Rakyat Malaysia kelihatan 'bersatu' dengan insiden ini. Kebanyakannya melupakan perbedaan politik, agama, bangsa dan budaya bagi melahirkan perasaan yang sama menghadapi situasi yang menyedihkan ini. Semua pihak kembali memperkatakan tentang kuasa Tuhan sahajalah yang menentukan segala-galanya. Masing-masing - tanpa disuruh - mendoakan dengan bahasa dan tatacara kepercayaan yang mereka anut. Bahkan suasana bersedih ini berlaku di mana-mana. Setiap pihak memberikan simpati dengan mengurangkan atau membatalkan aktiviti kegembiraan, bersuka ria atau berhibur.  TV3 dan Media Prima khabarnya mengubah suai kandungan siarannya agar seiring dengan suasana kesedihan yang wujud  dimana-mana. Hari Ahad khabarnya MHI berlangsung 'live' sehingga ke petang. Perbincangan dan temu ramah dengan pakar-pakar berkaitan penerbangan menjadikan rakyat Malaysia semakin ter...

MH370 'Hilang' Kerana Kuasa Tuhan

Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari kelima. Namun, sehingga kini, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut. Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini. Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid mengingatkan kita semua dengan kuasa Tuhan. Kata beliau di dalam sebuah rancangan TV,  "Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya." "Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya lagi. Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentan...

Kehilangan MH370 - Sesuaikah Dengan Teori "Mid-Air Disintegration"

Imej
Pakar-pakar penerbangan yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat  MH370  tidak menafikan bahawa teori perurian udara telah berlaku terhadap pesawat itu semasa sedang naik pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut. Teori peruraian di udara adalah kemungkinan yang berlaku terhadap pesawat itu, sebabnya jika berlaku demikian, maka adalah sukar menemukan kepingan pesawat. Keadaan inilah yang berlaku terhadap pesawat malang itu. Sehingga kini team SAR, belum menemukan atau menjumpai sebarang clue yang boleh dikaitkan dengan Boeing 777-200ER kempunyaan Sistem Penerbangan Malaysia (mas) itu. Sekiranya pesawat terhempas, sudah tentunya, badan pesawat akan pecah apabila berlakunya impak. Namun sehingga kini, tiada tanda-tanda bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew itu terhempas. Melalui Mid Air Disintegration, bukan sahaja sukar menjumpai kepingan pesawat itu, kesan minyak juga sukar dijumpai. Walaupun spekulasi bahawa pengganas mungkin terl...

Kecekapan Mengurus Insiden Hilangnya MH370 - Jangan Biarkan Negara Kita Diperlekehkan!

Imej
Pak Lang cuba himpunkan dalam blog ini maklumat terkini atau sebarang ulasan yang signifikan dengan pencarian jawapan bagi kehilangan MH370. Berikut pula satu tulisan menarik yang sesuai untuk kita baca dan renungi bersama. KLIK UNTUK SUMBER Misteri Kehilangan MH370: Sudah 60 Jam- Siapa Yang Bakal Jadi Hero Mustahil, dalam 60 jam, dengan peralatan canggih, pesawat sebesar jet B777-200ER tidak dapat dikesan. Operasi mencari dengan 40 kapal laut dan 34 pesawat dengan peralatan mengesan yang canggih, masih gagal mengesan MH370. Kalau pesawat terhempas, pasti ada bangkai atau seriphan. Kalau pesawat meletup di udara, pasti ada imej daripada satelite. Kalau pesawat dirampas, pasti ada permintaan. Namun kalau pesawat terurai di udara juga akan ditemui kepingan pesawat. Apapun yang berlaku pada pesawat itu, jika mengalami kemalangan, sudah tentunya dapat dikesan oleh pasukan pencari dan penyelamat. Namun sehingga kini, pasukan SAR masih gagal.  Teori yang mungkin tidak masuk akal...

Ke Mana Dan Di Mana Pesawat MH370? - Adakah Ia Meletup Pada Ketinggian 35,000 kaki?

Sehingga malam ini, semuanya masih belum mempunyai apa-apa pertunjuk. Dalam keadaan seluruh aset dari pelbagai negara dikerahkan berlegar di segenap ruang udara, ditambah pula dengan pencarian di lautan, keadaannya masih statik. Tidak ada maklumat baru yang muncul atau ditemui. Apa yang ada hanyalah maklumat yang sedia ada dalam pengetahuan seperti kejadian penumpang menggunakan paspot yang dicuri. Pencarian di udara dan laut terus dibuat untuk hari ketiga pagi ini ke atas kapal terbang MH370 di samping pelbagai persoalan terus menyelubungi kedudukan dan identiti sebahagian penumpang di atas pesawat Boeng 777-200ER yang hilang pagi Sabtu lalu. Pihak berkuasa Vietnam menemui suatu objek yang dipercayai pintu bahagian dalam jet yang berumur 11 tahun itu sekitar 50 batu selatan barat daya pulau Tho Chu, Vietnam. Pihak berkuasa Malaysia juga menemui tumpahan minyak kira-kira 20 batu nautika dari kedudukan terakhir MH370 sebelum ia hilang daripada skrin radar tanpa sebarang panggila...

Insiden Kehilangan MH370 - Serpihan Berhampiran Pulau Tho Chu Bukan Milik MH370 – DCA

Imej
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahyapada sidang media terkini mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 pada Ahad. -fotoBERNAMA SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu. Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura. “Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan,” katanya. - THE STAR

Malaysia Bersedih - Suasana Sayu Semasa Solat Hajat Selamatkan MH370

Imej
  Seorang wanita tidak dapat menahan air matanya ketika berdoa agar pesawat MH370 ditemui dan semua penumpangnya selamat. Gambar FAZRY ISMAIL:- Tersentuh hati melihat penyatuan jiwa rakyat Malaysia dalam meletakkan harapan supaya pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal ditemui dalam keadaan selamat. Tidak kira agama dan bangsa, masing-masing melakukan usaha terakhir iaitu berdoa kepada Tuhan supaya usaha menjejaki pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu mendatangkan hasilnya. Bagi kaum keluarga dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, tentunya menunaikan solat hajat adalah jalan paling dekat untuk menyerahkan permintaan kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk di mana sebenarnya pesawat itu dan bagaimana pula nasib para penumpang. Di Masjid Sultan Mizan, kira-kira 100 jemaah menyempurnakan solat hajat dalam suasana khusyuk sesekali sayu terutamanya apabila imam membacakan doa. Ada jemaah menitiskan air mata, tidak kurang juga yang tidak dapat menaha...

Insiden Kehilangan Pesawat MAS MH370 - Sila Baca Teori Hilangnya Adam Air.

Imej
Dipaparkan ada;adalah satu teori berkenaan kehilangan pesawat ADAM AIR pada 2007.  Pak Lang titipkan di sini sekadar menjadi bahan renungan mengenai apa yang dihujjahkan. Wallahu a'lam./// H. M. Nur Abdurrahman Message 1 of 1 , Jan 20, 2007 Expand Messages View Source BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM WAHYU DAN AKAL - IMAN DAN ILMU [Kolom Tetap Harian Fajar] 762. Teknologi Canggih dan Paranormal, Mengapa Ahli Syari'at diabaikan ? Sekitar musibah hilangnya Adam Air, ada tiga teori.   Pertama, Teori Ledakan di Udara ; Hancur Jadi Abu Ada banyak bom yg dipasang dalam pesawat, di cockpit, di cabin di ekor, bom-bom itu sangat canggih, tak dapat discan di bandara, maka setelah semua bom itu diledakkan serentak oleh seorang terrorist dengan menggunakan keypad handphonenya, maka tiada apa satu pun sisa pesawat yang tinggal, semuanya menjadi halus sehalus-halusnya menjadi abu. Teori ini tidak sesuai dengan fakta di lapangan, karena serpihan-serpihan telah ditemukan di laut. Kedu...

Apakah Punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 "Hilang"?

Imej
Berbagai agakan atau tekaan sedang berlegar di internet mengenai punca kehilangan pesawat MH370. Agakan berkenaan dikatakan sebagai kemungkinan yang dijangka berlaku kerana setiap faktor mempunyai pertanda masing-masing. Tidaklah boleh dihalang pandangan orang ramai terhadap apa yang berlaku. Masyarakat awam mempunyai pelbagai akses yang memungkinkan mereka memperolehi maklumat yang boleh dipercayai walaupun tidak diiktiraf. Sekurang-kurang mereka mempunyai keluarga atau kenalan yang bekerja di bidang berkaitan. Maklumat di dalam ruang maya juga tidaklah sedikit. Setiap orang ada hak dalam memberi pandangan. Rakyat perlukan maklumat terkini dari masa ke semasa. Insiden ini memberi ruang yang banyak untuk setiap orang mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber yang mereka mampu. Apapun yang berlaku, usaha mencari dan menyelamat mesti diteruskan. menurut Perdana Menteri, usaha ini akan dilakukan berterusan sehingga menemui kejayaan. Sama-samalah kita mendoakan!! Dipaparkan pand...

Pesawat MAS Belum Dapat Dijejaki - Syarikat Penerbangan Dunia Beri Perhatian Kepada Boeing 777-200

Imej
Gambar pesawat MAS Boeing 77-200 MH370 yang hilang.    Laporan Bernama: KUALA LUMPUR – Tumpuan dunia kini terarah kepada MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang, pesawat kerangka luas dengan enjin berkembar yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS), membawa 239 penumpang dari 15 negara berbeza. Pesawat 777-200 itu, yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia. Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang bagi jarak yang sangat jauh. Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam. Dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi 12,779 km, atau 6,900 batu nautika, dengan kapasiti tempat duduk 282 penumpang. MAS berkata hari ini penerbangan MH370, pe...

Iktibar Pesawat Mas Terhempas - Pengertian Daripada Sebuah Kecelakaan

Imej
Ramai yang mengulas tentang peristiwa kehilangan pesawat MAS yang sedang menghampiri hari ketiga. Apakah penantian ini akan berterusan beberapa hari (atau beberapa minggu?). Allah yang maha tahu. Kita bersimpati dengan keluarga yang terlibat. Insiden yang berlaku bukanlah kehilangan biasa. Ianya suatu yang belum pasti tetapi rasa kehilangan sudah sangat menderitakan.  Pak Lang paparkan di bawah ini apa yang ditulis MSO dalam blognya. Sekurang-kurangnya ada lagi blogger yang mengajak kita untuk insaf dengan apa yang berlaku. Sememangnya insiden ini sewajarnya dapat membantu kita kembali dekat dengan Tuhan!!   Bacalah:  Pengertian Daripada Sebuah Kecelakaan Sudah hampir 35 jam kehilangan dari radar pesawat B777-200 yang membawa 239 penumpang masih belum terjawab. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengesan dan mencari pesawat MH 370 berkenaan sedang bertungkus lumus untuk mendapat cerita di sebaliknya. Sudah pasti juga kepala para pemerintah diserabuti dengan pe...

Pesawat Terhempas - Kenapa MAS Berhati-hati Dalam Memberikan Maklumat Terkini?

Imej
JAWAPAN UNTUK GOLONGAN YANG GALAK MENYALAHKAN MAS DAN KERAJAAN ATAS KELEMBAPAN MEMBERIKAN MAKLUMAT MH370 Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370. 1) Penumpang Pelbagai Negara Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan. 2) Hubungan Diplomatik M...

Senarai Penuh Anak Kapal Dan Penumpang Pesawat MAS Yang Belum Dapat Dikesan.

Imej
Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. "Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu. Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Berikut senarai nama penuh anak kapal dan penumpang pesawat Malaysian Airlines MH370 yang gagal dikesan setakat ini. Media Vietnam melaporkan Ketua Tentera Laut Vietnam mengesahkan yang kapal terbang MAS MH3...

Malaysia Menangis!! - Pesawat MAS Terhempas Di Laut Cina Selatan. (Gambar Hiasan)

Imej
  Sekali lagi Malaysia menangis dengan satu lagi peristiwa besar yang mengejutkan. Terhempasnya pesawat MAS awal pagi tadi mencatat sejarah hitam dalam dunia penerbangan negara. Ianya juga kembali menjadi mimpi ngeri untuk siapa sahaja yang ingin menggunakan pesawat udara selepas ini.  Mas, Kementerian Pengangkutan, para pemimpin dan kita semua kena bermuhasabah..... Ingatlah bahawa semuanya adalah perencanaan Tuhan untuk menginsafkan kita. Perkara awal bagi kita yang mendengar dan menerima berita musibah ialah merenung diri, bermuhasabah, bertaubat dan meminta ampun dengan Allah SWT.  Renung-renunglah diri kita masing-masing terlebih dahulu sebelum kita tuding-menuding jari kepada sesiapa. Jika kita sentiasa mengkoreksi diri, kita terhindar melakukan dosa perpecahan ketika krisis. Waktu krisis, kita kena tenang dan mengingati Tuhan. Jangan emosi dan melatah.  Selesaikan persoalan kita dengan Allah terlebih dahulu baru berbincang soal teknikal m...

Inilah Gambar Pesawat Boeing 777-2H6 (ER) MAS - MH370 Yang Hilang

Imej
Berikut adalah gambar-gambar pes awat Boeing 777-2H6(ER) MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing awal pagi tadi. Pesawat berusia 11 tahun (memulakan operasi 31 Mei 2002) ini mempunyai nombor pendaftaran  9M-MRO dan kali terakhir mendarat di Kuala Lumpu r jam 5.20 petan g semalam dari Beijing.  Pesawat ini adalah salah sebuah dari 15 Boeing 777-200 yang digunakan oleh MAS dalam operasi harian. Penerbangan MH370 hilang perhubungan dengan menara kawalan Subang jam 2:41 pag i tadi dan lokasinya masih belum diketahui. Ia membawa 2 27 penumpang dan 12 orang anak kapal . Mari kita doakan mereka semua selamat 

Terkini - Pesawat MAS Terhempas Di Laut Cina Selatan

Imej
Muka Depan Astro Awani - KLIK DI SINI Malaysia tunggu pengesahan nasib MH370 daripada Vietnam Hishammuddin berkata kesahihan laporan pesawat Malaysia Airlines yang didakwa terhempas di laut belum disahkan. Maritim Malaysia tidak temui MH370 lagi, bakal sampai lokasi 4.30 petang Sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan Semua aset digerakkan bagi operasi mencari & menyelamat Laporan langsung: Boeing 777-200 hilang Ibu mertua penumpang pesawat Boeing 777-MH370 tertekan Rakyat doakan keselamatan pesawat MH370 MAS hubungi ahli keluarga penumpang MH370   [TERKINI] Pesawat MAS Yang Hilang Terhempas Di Laut China Selatan -updated Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News. Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar ...