Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KUASA ALLAH - TSUNAMI

Siapa Sangka 10 Tahun Dihanyutkan Tsunami, Ditemukan Semula.

Imej
Allah maha ajaib - mencipta 1001 keajabian yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia!! JAMILIAH (kiri) mencium Raudhatu, 14. Di belakang mereka adalah ayah budak perempuan ini, Septi. Mereka dipertemukan pada 7 Ogos, selepas 10 tahun Raudhatu, dihanyut tsunami, pada 2004 (Foto kecil, Raudhatu ketika berusia 4 tahun). FOTO Reuters Banda Acheh: Satu pasangan di Indonesia yang dipertemukan semula dengan anak perempuan mereka selepas dihanyutkan tsunami yang melanda wilayah itu 10 tahun lalu, semalam. Pertemuan itu membuahkan harapan pasangan itu yang turut berharap dapat menemui anak lelaki mereka yang turut hilang dalam bencana itu. Raudhatul Jannah yang berusia empat tahun ketika hilang berpaut pada kepingan kayu bersama abangnya, Arif Pratama, 7, ketika dibadai arus Tsunami yang memusnahkan kediaman mereka pada 2004. Ibu mangsa, Jamaliah dan suaminya, Septi Rangkuti yang terselamat dalam bencana itu menyatakan mereka sudah berputus asa dalam mencari anak mereka dan tidak me...