Sepintas Lalu Mengenai Gerakan Islam Di Turki
Turki dirempuh sekular selepas kejatuhan Ottoman. Rempuhan oleh Kamal Ataturk. Begitu hebat dan dahsyat. Hingga ranaplah syiar Islam yang sebelumnya begitu meriah dan indah. Islam dirobek-robek selama lebih 30 tahun. Perginya Ataturk masih meninggalkan luka yang dalam. Bukan mudah untuk pulih seperti sedia kala. Kalau pun sembuh semula, namun parutnya tetap ada. Tahun 70'an Islam mula menyinar ditengah-tengah hutan sekular yang tebal. Cahayanya belum menembusi dasar bumi. Hanya berupaya menyelit-nyelit di celah-celah dedahan sekular yang masih rendang dan daunan yang berlapis-lapis. Selepas 30 tahun kemudian, barulah Islam bernafas agak lega. Tapi belum mudah untuk Islam kembali meriah apatah lagi menjadi indah semula. Sejak Erdogan mengetuai kerajaan, gerakkan Islam yang dulunya mungkin menyusup dan merayap mula bangkit. Berjalan terhingsut-hingsut. Tapi ada juga yang sudah mampu berlari sekali pun tempang. Gerakan Politik Semula sedia maklum AKP adalah gerak...