Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SEJARAH WANITA PEJUANG - ISTERI NABI SAW

Ummul Mukminin Maimunah - Wanita Terakhir Menjadi Isteri Nabi SAW

Imej
Allah ﷻ berfirman, النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ "Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka." (QS: Al-Ahzab | Ayat: 6). Ayat ini menjelaskan bahawa isteri-isteri Rasulullah ﷺ adalah ibunya orang-orang yang beriman. Rasulullah ﷺ mempunyai 11 orang isteri. Semuanya disebut sebagai ibu orang-orang yang beriman (Ummahatul Mukminin). Di antara isteri beliau ﷺ adalah Ummul Mukminin Maimunah binti al-Harits radhiallahu 'anha. Allah ﷻ sebut isteri-isteri Nabi ﷺ sebagai ibu orang-orang yang beriman. Tentu ironis, ketika kita -yang mengaku sebagai orang-orang yang beriman- lebih mengenal artis dari ibu kita sendiri. Sesuatu yang wajar kita tahu siapa ibu negara. Tidak tahu dengan ibu sendiri? Hmm .. Mari sejenak mengenal ibu kita, Ummul Mukminin Maimunah binti al-Haris radhiallahu 'anha. Nasabnya ...