Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ISTERI SOLEHAH VS ISTERI DERHAKA

Kisah Benar Penyesalan Seorang Isteri - Iktibar Untuk Para Pengantin Remaja dan Pengajaran Untuk Semua.

Imej
Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suamiku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sungguh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga. Kehidupan yang kami tempuh akhirnya adalah suatu yang lebih baik dari kebanyakan orang lain. Ianya adalah suatu yang kami rasa sudah lebih dari cukup. Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku menyambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi malu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebalik...

MENOPOUSE - Bagaimanakah Sepatutnya Muslimah Solehah Menghadapinya?

Kehidupan adalah satu perjalanan. Justeru ianya tidaklah statik bahkan perjalanan itu merupakan pertambahan, peningkatan dan perubahan. Setiap yang hidup mesti melalui proses ini. Tuhan yang maha tahu yang merupakan 'owner' alam ini telah menetapkan ini semua untuk ditempuhi oleh setiap yang bernyawa termasuk manusia. Semuanya menuju ke suatu destinasi yang sedia dimaklumi iaitu kematian. Kematian juga bermakna bermulanya kehidupan baru di alam yang kekal abadi. Menopouse adalah gerbang kematian. Sepertilah juga usia atau uban di kepala menjadi isyarat mendekatnya masa seseorang akan kembali kepada Tuhan. Demikianlah susunan kejadian manusia yang disiapkan oleh Tuhan. Wanita muslimah yang solehah tentulah sudah bersedia menerima semua proses semula jadi ini. Cuma mungkin kelemahan iman atau keterikatan dengan dunia menjadikan sesetengah wanita payah untuk menerimanya secara tulus. Apa yang penting, wanita muslimah dan solehah janganlah menjadi seperti kebanyakan wanita biasa...

Kisah Benar - Isteri Derhaka Yang Menderita Sakit Pelik Lagi Busuk

Imej
Pak Lang paparkan juga satu kisah benar mengenai seorang isteri derhaka.... Semoga menjadi iktibar..... Kisah ini Pak Lang dapatkan dari laman http://www.fuh.my. SILA KLIK DI SINI Gambar Hiasan