Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UJIAN KEMATIAN

Mati Akan Pasti Terjadi Pada Siapa Sahaja

Imej
Sumber Blog Mantan Blogger Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Sabda Rasulullah SAW: "Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." Jelas sejelas-jelasnya. Semua yang bernyawa pasti akan mati. Kematian yang kita ingin lari darinya, pasti akan menemui kita, sebagai takdir yang tetapkan sejak azali lagi. Dan Malaikat Maut dalam menjalankan tugasnya, memerhati wajah kita sebanyak 70 kali setiap hari. Kita tidak akan terlepas. Tepat tarikh, masa dan ketikanya, kita akan mati. Tapi kenapa kita tidak bersedia? Bukan sekadar bersedia menerima kematian orang yang disayangi. Bahkan bersedia menerima kematian kita sendiri, ya...

Kematian Yang Indah Ialah Kematian Yang Berjaya

Imej
Sumber: Blog Mantan Blogger Tarikh 1 Jan 2015, sekitar jam 1.30 petang, aku kehilangan seorang kawan. Pernah kami bersama-sama sebagai satu pasukan dalam Syarikat Rufaqa Corp di Labuan, sekitar tahun 2004. Beliau yang dimaksudkan ialah YBhg Tuan Nasarrudin b Awang Al-Hafiz. Penulis atau beliau hanya mahu dikenali sebagai Penyusun buku Catatan Sejarah Rasulullah SAW. Menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Sg Buloh, Selangor. Apa yang ingin aku kongsikan ialah pesanan doktor kepada isteri Almarhum yang pertama iaitu Puan Aisyah bt Yob: "Kamu tengok suami kamu tenang sahajakan. Dia nampak ok je, tapi sebenarnya dia tenat sangat. Jadi puan bersedia untuk terima segala ketentuan Allah dan kami para doktor akan buat yang terbaik." BERSEDIA UNTUK TERIMA SEGALA KETENTUAN ALLAH. Apa yang dinasihatkan oleh doktor seperti yang dikongsikan di atas tadi, sangat kita hargai. Ia salah satu etika yang sangat baik. Dan bertamba...

Kisah Sedih Anak Kecil Yang Merindui Ibubapanya Selama 5 Tahun

Imej
Malam tadi Pak Lang ke Hospital Selayang. Khabar sedih yang Pak Lang terima dalam 'grup BB' mendorong Pak Lang berkejar ke sana. Sekurang-kurangnya dapatlah mengucap takziah kepada kawan lama Pak Lang iaitu Ustaz Mohd Dhuha suami isteri serta keluarga. Mereka kehilangan anak kecil berusia 10 tahun petang semalam. Mohd Athuf 10 tahun dijumpai mati lemas di tempat mereka berkelah di Selayang. Sebaik mendapat khabar tersebut, Pak Lang terus teringatkan keadaan Ustaz Dhuha dan isterinya Kak Su yang baru pulang hampir sebulan dari Mesir.  Pak Lang bercakap dalam hati, 'Sempat juga aruah jumpa mak ayahnya setelah 5 tahun terpisah dek tugas." Pak Lang tidak tahu bahawa yang terjadi adalah sebaliknya. Apa yang berlaku adalah perencanaan Tuhan dan itulah yang sebaik-baiknya. Kak Su beritahu memang dia sangat teringatkan Athuf dan saling ingin bertemu. Cuma kesabaran dan rasa sentiasa mahu meredhai atas apa jua kehendak Tuhan menjadikan mereka pasrah. Pertemuan dengan sia...