Oh! Rupanya Ada Kerjaya Berpendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Universiti
Pak Lang bertemu dengan ramai remaja yang 'jenis tidak mendengar cakap'. Mereka ada pendirian sendiri. Apa yang kita nasihatkan mereka tidak mahu dengar. Mereka lebih yakin dengan apa yang difikirkan. Ramai yang begini, akhirnya kecundang. Mereka gagal 2 kali. Kali pertama gagal dalam hendak menerima nasihat atau pandangan orang yang lebih berpengalaman. Kali kedua gagal dalam usaha yang dilakukan sedangkan awalnya diyakini boleh mendatangkan hasil. Itulah remaja. Mereka sentiasa merasa mereka betul dan benar. Orang yang telah lama hidup telah menempuhinya. Apa yang dipesan ialah agar mereka tidak terjatuh ke lubang kegagalan yang sama. Tetapi bila degil, apalah yang kita boleh buat. Menariknya kita boleh menempelak mereka agar mahu berubah menjadi tawadhuk, merendah diri untuk mendengar nasihat. Dalam mencari kerja, carilah kerja yang menguntungkan kita bukannya kerja yang menjadikan kita kuli pecacai orang lain. Banyak kerja yang boleh kita buat dalam keada...