Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASALAH REMAJA

3 Pelajar Rogol Rakan Sekelas, Bukti Dasar Pelajaran Gagal?

Imej
Tertuduh juvanil (kiri) yang mengaku salah tuduhan rogol rakan seusia. KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas tuduhan merogol rakan sekelas. Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi mohon untuk dibicarakan.  Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu. Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. Bagaimanapun, kesemua tertuduh merupakan pesalah juvenil dan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001. Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah diikat jamin RM2,000. Tertuduh yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Taiping. Sementara itu, hampir 90 peratus...

Parahnya Keadaan Remaja Hari Ini!!

Keadaan remaja dan anak-anak Melayu Islam di mana-mana pun sudah semakin merosot. Kita menyaksikan sendiri di negara kita - di sekitar kejiranan kita. Keadaannya sudah di tahap amat membimbangkan. Setiap hari adalah pertambahan masalah dan peningkatan gejala negatif di kalangan remaja. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Yang berpeleseran, merempit, merokok, menghidu gam, dadah, curi barang, curi motor, pecah rumah dan lain-lain adalah kehidupan seharian mereka. Tidak ada hentinya bagi rutin hidup sebegini. Mereka hanya tahu berseronok dan bebas. Ibu bapa sudah tidak mampu mengawal anak mereka sendiri. Hanya kekesalan, kesedihan, kehampaan dan air mata mengiringi detik nafas mereka melirik perangai anak-anak mereka sendiri. Untuk menghormati ibubapa, sudah tidak ada. Untuk meminta izin jika hendak ke mana-mana jauh sekali. Untuk menolong dan membantu meringankan bebanan ibubapa tidak ada langsung cita-cita sebegitu di dalam hati. Bahkan dalam umur SPM pun ada remaja yang masih meminta ...

ASTAGHFIRULLAH!! - Murid Darjah 6 Dicekup Bersetubuh Di Dalam Bilik Di Segamat

Imej
     Segamat - Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis. Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan. Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. “Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya. Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya. Anuar berkata, "kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya. Wanita...

Kisah Remaja Dan Rokok

Imej
Anak cucu dan remaja yang Pak Lang kasihi! Pak Lang tidak pernah merokok! Sejak kecil sangat jijik dengan rokok. Maaf! sebab guna istilah jijik. Mungkin kedengarannya agak kasar tapi itulah istilah yang tepat untuk diri Pak Lang. Masa kecil tengok orang tua-tua kat Felda hisap rokok, rasa geli kalau tersentuh. (Sanggup basuh jari yang menyentuh rokok tu!!). Pada Pak Lang ketika itu, bau asap rokok sangat busuk, itu yang tidak suka. Walaupun orang tua Pak Lang hisap rokok, kami anak-anak yang lelaki seramai 7 orang tidak merokok. Sampai sekarang sudah bercucu cicit, kami semua kekal tidak jadikan rokok sebagai teman setia. Alhamdulillah!! Harapnya anak cucu semua dapat jaga dan kawal diri dari fitnah rokok. Kami anak-anak Felda zaman 70an melihat sendiri ramainya kawan-kawan yang awalnya merokok akhirnya mengambil ganja sebagai ganti tembakau. Bayangkan itulah barang yang dihisap setiap hari. Masa dulu penguat kuasaan hal dadah ini belum begitu serius. Jadi Pak Lang boleh saks...

Kes Remaja Hamil Luar Nikah: 'Satu Kelahiran Setiap Hari'

Jika kita tinjau di internet, kita akan mudah mendapatkan fakta-fakta menyedihkan tentang situasi remaja di negara kita. Mereka sedang dihanyutkan ke jurang kemusnahan sepanjang hayat jika tidak segera disedar dan dipulihkan. Siapakah yang prihatin memikirkan masalah mereka?    Berita di bawah hanya secebis dari timbunan menggunung masalah remaja yang dimaksudkan. Pak Lang tujukan berita ini untuk pakar-pakar masyarakat agar mereka merenung semula kerja mereka setakat ini. Janganlah kita mengaku pakar itu ini, jika masalah masyarakat dan remaja yang semakin berleluasa ini, kita tidak berupaya membaikinya atau sekurang-kurangnya membendungnya.    Bayangkan sebuah hospital di bandar Klang sahaja mempunyai catatan kes mengendalikan kelahiran luar nikah seramai 12,000 orang. Bagaimana dengan ratusan buah hospital yang ada di negara kita?    Apa yang pemimpin dan para pejuang agama di negara kita lakukan? Wajarnya kita semua tunduk malu dengan Tuhan...

Ciri-ciri Pelajar Berpotensi Vs Bermasalah

Kepada semua anak cucu dan remaja sekelian! Sekolah baru dibuka. Maka kali ini Pak Lang ingin berkongsi bahan renungan bagi para pelajar menengah. Ianya merupakan bahan umum untuk memotivasikan pelajar di usia begini. Apa yang Pak Lang paparkan di sini hanya panduan semata-mata. Perlaksanaan atau keberkesanan panduan ini bergantung kepada kesungguhan dalam bertindak. Cita-cita akan kekal sebagai angan-angan jika tidak diiringi dengan berusaha sedaya upaya.  CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH VS BERPOTENSI Setap individu yang dilahirkan ke dunia adalah pilihan di antara yang terpilih. Bermula sejak di dalam kandungan ibu, manusia sudah bersaing, terlatih dengan perlumbaan menuju kecemerlangan. Manusia adalah himpunan watak yang baik dan buruk, berpotensi dan bermasalah. Manusia terdedah dengan persekitaran,pengaruh pendidikan dan kesan pengalaman yang dialami. Secara semula jadi manusia mempunyai keinginan yang positif untuk dirinya tetapi di dalam diri manusia juga ...