Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel EKONOMI ISLAM

Perjuangan Islam Masa Kini Adalah Perjuangan Tingkatkan Ekonomi

Imej
Paparan berikut dengan tajuk di atas bukanlah tulisan Pak Lang. Cuma Pak Lang paparkan di sini sebagai menjadi bahan perhatian kita semua. Semoga ada manfaatnya. Sila layari blognya: http://insanberdakwah.blogspot.com Apabila saya menyebut keperluan umat Islam tolong-menolong antara satu sama lain dalam soal ekonomi, ada yang menyatakan hal ini tidak patut disebutkan, nanti akan difahami oleh sesetengah pihak sebagai ‘perkauman’. Suara itu dinyatakan kepada saya kerana saya ingin menggalakkan masyarakat muslim membantu sedaya mungkin membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh saudara-saudara muslim kita. Saya katakan; saya tidak menyuruh memulaukan barangan ‘orang lain’. Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor. Antaranya; keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama di sudut sebagai kuasa pengeluaran. Sedangkan kita mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi. Juga seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam b...