Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG AKUHAMBAMU

Jejak Maqam Para Auliya' di Bahnasa

Imej
Kawan-kawan yang di Mesir sedang menziarahi medan perang Bahnasa, Mesir. Abuya terlebih dahulu sampai di sini daripada kami. Menariknya di samping ada ribuan maqam sahabat, kita akan dapat melihat dengan mata kepala sendiri; objek-objek para wali kekasih Allah dalam bentuk sejengkal. Ianya muncul sebaik kita mula bertawassul. Panggillah Rasulullah saw, Saiyidi, Abuya, para sahabat utama serta seluruh kekasih Allah, pasti objek pelbagai warna ini muncul dengan bentuk manusia. Ianya terpancar dalam bentuk cahaya merah, putih/cerah, biru, hijau, kuning dan lain-lain. Meriahnya kerana bila objek ini dilihat bertongkat, berjalan, bersembahyang; sujud, rukuk, menaiki kuda dan berlari. Subhanallah. luarbiasanya kerana ianya adalah gambar para ruh yang diizinkan Tuhan bagi kita di akhir zaman melihatnya. Pak Lang  tidak ingat maqam siapa tapi bahagian atasnya iaitu bumbungnya adalah kubah bulat berwarna putih yang besar. Objek ini berdatangan ke seluruh ruangan dalam kubah terseb...