Kisah Kiyai dan Pemuda - Jawapan Paling Bernas!
Oleh: Bin Muhammad - 27 October 2013 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Al kisah, seorang pemuda dan kiyai - Ada seorang pemuda yang lama belajar dan tinggal di luar negara. Satu ketika beliau kembali ke negaranya. Sekembalinya di rumah ia meminta orang tuanya untuk dicarikan seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga persoalan yang lama menghantui fikirannya. Akhirnya orang tuanya berjaya mendapatkan seorang kiyai yang sudah tua tetapi masih sihat dan sangat warak serta berilmu orangnya. Pemuda: Assalamualaikum, ayahku telah mempertemukan dengan tuan untuk menyelesaikan masalahku. Izinkan saya bertanya, tuan ini siapa?. Apakah tuan mampu menjawab persoalan yang bakal aku kemukakan nanti. Pak Kiyai: Saya ini seorang hamba Allah. Insya Allah dengan izinNya saya akan cuba menjawab segala persoalan saudara. Pemuda: Tuan yakin, sedangkan telah ramai profesor dan orang pintar di luar negara yang aku te...