Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - MENTERI

Alangkah Bahagianya Rakyat Malaysia Jika Semua Menterinya Hidup Begini

Imej
Syarat utama menjadi pemimpin ialah bertanggung jawab dengan amanah yang dipikulkan. Malangnya ramai yang menjadi pemimpin dengan niat mengaut kekayaan, keuntungan dan laba berganda. Menggunakan kedudukan untuk mengumpul kemewahan menjadi agenda utama golongan sebegini.  Tidak ramai yang insaf dengan amanah kepimpinan mereka sebab itu kita mudah berjumpa rakyat susah menderita di mana-mana. Ramai pemimpin tidak buat kerja membela rakyat.  Dalam keadaan segolongan pemimpin berebut-rebut mengkayakan diri dan kroni, kita rasa bahagia melihat ada menteri yang masih kekal merendah diri dan beralah. Biarlah orang lain hendak berlumba-lumba mempamerkan kemewahan 'macam nak rak'.  Bagi orang baik sebegini, cukuplah sekadarnya. Yang penting tunaikan amanah dengan penuh rasa tanggung jawab. Tidak perlu berebut habuan yang bukan hak kita. Allah yang menentukan rezeki kita. Kalau ada rezeki lebih dari sumber halal dan berkat, banyakkan bersedekah, berzakat, buat wakaf untuk b...

Surat Terbuka Yang Wajar Dibaca Oleh Semua Menteri Di Malaysia

DATO’ SRI HASAN BIN MALEK MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN ARAS 13 (MENARA) NO 13 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 12 62623 PUTRAJAYA. 26.JUN.2014 PER: CADANGAN RASIONALISASI SUBSIDI BAHAN API Assalamualaikum WBT Dato’ Sri, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’Sri kerana masih dikekalkan dalam Kabinet Malaysia walaupun sebelum ini terdapat banyak khabar angin yang menyatakan Dato’ Sri akan digugurkan. Pengekalan Dato’ Sri dalam kabinet membuktikan Perdana Menteri mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Dato’ Sri dalam menjalankan tugas-tugas sebagai menteri yang berkenaan. Dato’ Sri, tujuan saya menulis surat ini bukannya mempunyai agenda yang tersurat atau tersirat, sebaliknya menyambut permintaan Dato’ Sri yang meminta pihak-pihak yang mempunyai cadangan berhubung program rasionalisasi subsidi minyak. Sebagai seorang ahli UMNO yang bergiat aktif di media cyber saya merasa terpanggil untuk mengemukakan cadangan saya tanpa melibatka...