Banjir Madinah 2013 – Jasad Para Sahabat Nabi Timbul Masih Utuh Dan Berdarah?
Pak Lang bertemu artikel berkenaan tajuk di atas. Ianya dikatakan kejadian benar yang terjadi di perkuburan Syuhada Uhud, di Madinah. Ada beberapa maklumat asas yang diperlukan dalam berita tersebut tetapi ianya tidak dinyatakan. Contohnya mengenai masa kejadian banjir yang dikatakan berlaku serta menyebabkan tubuh para syuhada' terkeluar. Tarikh kejadian tidak dinyatakan. Begitu juga tidak disebutkan tarikh pengebumian semula jasad-jasad dimaksudkan. Walaupun kita teruja untuk meyakininya, kita juga perlukan kesahihan atas apa yang dikhabarkan. Pak Lang berharap Tuan Haji Salleh Saliyan dan kawa-kawan yang sedang berada di Madinah dapat mencari kesahihan khabar ini. Di bawah ini, Pak Lang paparkan artikel berkenaan untuk tatapan semua anak cucu sekelian. Semoga ianya benar Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang syuhada'Perang Uhud itu dilanda banjir, jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana ...