Rahsia Berjaya Dalam Perniagaan Yang Anda Perlu Tahu
Dari Blog MariaFirdaus Assalamualaikum, Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan, anda kaya dan berjaya. Seminar Master Your Business (MYB) Bersama Dr Azizan Osman Program Platinum, Master Your Business Pada minggu lepas, saya telah menghadiri satu Seminar Usahawan yang sangat luar biasa iaitu Master Your Business (MYB) bersama Dr. Azizan Osman yang bertempat di Kuala Lumpur. Ia adalah program Platinum dari University of Life. Dalam seminar ini, saya diajar bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan dengan mudah. Salah satu daripada sessi pembelajaran itu ialah bagaimana kita berkomunikasi dengan pelanggan dan juga seni berurusan dalam perniagaan. Pada hari ke 4 program, saya dan rakan-rakan peserta diberikan satu tugasan. Kami perlu bergerak keluar daripada dewan seminar untuk pergi membeli-belah di sekitar bangunan tersebut. Kami diberi...