Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - PAKATAN RAKYAT

Tony Pua: Pakatan Rakyat Sememangnya Sudah Makin Jatuh..

Imej
Ketua DAP Selangor Tony Pua berkata kajian Umcedel yang menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat menjunam di Selangor, amat merisaukan bagi pemimpin parti gabungan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyuarakan kebimbangan yang serius terhadap hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang merumuskan sokongan kepada PR di Selangor merudum 35%. Ketua DAP Selangor Tony Pua mengakui sokongan terhadap PR sememangnya sudah makin jatuh, bagaimanapun dia tidak menyangka ia akan jatuh begitu teruk. "Saya sangat bimbang. Keputusan itu lebih teruk daripada jangkaan. Kami tahu sokongan berkurangan tapi yang membimbangkan adalah tahap kejatuhannya," kata Pua kepada The Malaysian Insider.   Sokongan kepada PR di Selangor itu dibandingkan dengan setahun lalu ketika ia menewaskan Barisan Nasional (BN) untuk memegang tampuk kuasa di negeri paling kaya dalam negara. Walaupun UMcedel tidak menyatakan...