Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PRIHATIN

Bantulah Ibu Tunggal Ini Bersama 7 Anaknya

PASIR PUTEH - Seorang ibu tunggal miskin buntu memikirkan nasib tujuh anaknya selepas kematian suami dua minggu lalu. Nik Asma Nik Pa, 36, berkata, suaminya, Roslan Rashid, 46, yang menghidap penyakit kencing manis selama hampir tujuh tahun, meninggal dunia akibat angin ahmar pada 20 September lalu. Menurutnya, kini mereka lapan beranak terpaksa menumpang teduh di rumah saudara untuk sementara waktu kerana bimbang keselamatan mereka sekiranya masih tinggal di kediaman lama yang usang, tanpa suami di sisi. “Sehingga hari ini saya berbelanja menggunakan duit yang disedekahkan orang ramai pada hari kematian itu, saya tidak tahu nasib kami selepas ini. “Mungkin saya akan bekerja dengan saudara kerana anak-anak masih kecil dan saya tidak boleh bekerja jauh dari rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal dekat sini, semalam. Hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya selama 19 tahun, mereka dikurniakan tujuh anak iaitu Nur Salsabila, 18, yang kini menuntut di U...