Rupanya Bukan Kapten Ariyanto Yang Pandu Pesawat Air Asia QZ8501 Sebelum Terhempas
Pembantu juruterbang didakwa mengambil alih kawalan pesawat QZ8501 sebelum ia terhempas ke dalam Laut Jawa pada bulan lalu, menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC), semalam. Laporan NTSC menyebut Remi-Emmanuel Plesel cuba untuk mengelakkan cuaca buruk dan tindakannya itu turut dipantau oleh Kapten Iriyanto. Ketua penyiasat agensi itu, Mardjono Siswosuwarno berkata, pesawat terbabit mengambil masa selama kira-kira tiga minit sebelum ia terjunam ke dalam laut. "Perakam data penerbangan memberi gambaran yang cukup jelas mengenai apa yang berlaku terhadap QZ8501 pada saat-saat akhir sebelum nahas itu berlaku. "Pesawat yang membawa 162 penumpang itu disahkan berada dalam keadaan baik sebelum ia berlepas dari Singapura pada 28 Disember lalu," jelasnya. Menurutnya lagi, pesawat terbabit juga terbang pada ketinggian yang stabil dan had berat dibenarkan, namun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai punca nahas ters...