Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PESAWAT MAS MH17

Demi Menyara Keluarga, Isteri Kepada Pilot MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Berniaga Di Bazar Ramadan

Imej
Mariyam (dua, kiri) bersama Hana Shakirah (kiri) sedang melayan pelanggan di gerainya. PETALING JAYA: Pemergian suami yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai tahun lalu mendorong Mariyam Yusoff memerah keringat mencari rezeki demi menyara kehidupan bersama anak-anak. Apatah lagi Aidilfitri bakal menjelang kurang sebulan sahaja lagi menyebabkan isteri kepada Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin ini giat mengusahakan perniagaan biskut raya, di samping berniaga di bazar Ramadan.  Mariyam berkata, hasrat menjual biskut raya itu adalah kesinambungan perniagaan yang diusahakannya sebelum ini sepanjang Ramadan pada 2013. Bagaimanapun ibu kepada Wan Yunus Uzair, 12, dan Wan Yusuf Irfan, 10, ini memutuskan untuk berehat daripada berniaga pada Ramadan tahun lalu selepas dinasihatkan suami. “Tahun lalu sebelum kejadian (nahas MH17), arwah berpesan supaya tidak berniaga kerana kata arwah masanya tidak menentu di rumah jadi lebih b...

MH17 'Pembunuhan Beramai-ramai Yang Dirancang'

Imej
SHAH ALAM - Tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan kru disifatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airline, Sir Timothy Charles Clark sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai yang dirancang’. Oleh itu Clark berkata, beliau berharap dalang yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu di bawa ke muka pengadilan supaya mereka dikenakan hukuman sewajarnya atas tindakan itu.  “Kapal terbang tersebut ditembak jatuh. Ada yang menyatakan ia satu kemalangan, tapi saya tidak mempercayainya. Kapal terbang itu ditembak dengan pengetahuan sepenuhnya apa yang dilakukan. “Pihak Belanda menyatakan bahawa insiden ini adalah satu tindakan jenayah dan pelakunya perlu dibicarakan di mahkamah antarabangsa. "Ia memang jenayah. Saya menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang dirancang dan dalang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.” kata Clark dalam satu temu bual bersama wartawan Andreas Spaeth yang diterbitkan di Sydney Morning...

Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan - Bayangkan Jika Kita Di Tempat Mereka!!

Imej
Walaupun sudah beberapa hari berlalu, kesedihan dan kepiluan pasti masih tebal menyelubungi keluarga semua mangsa korban MH17. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bebanan perasaan tersangat berat dan sulit mahu dikendalikan, Jika orang yang beriman, yakin dan redha dengan taqdir Allah adalah sebaik-baik ubat yang boleh menenangkan jiwa.  Apa lagi yang kita boleh bantu mereka melainkan doa dan bersimpati. Nasib kita juga belum tahu. Semua kita sedang bergerak ke satu destinasi yang pasti iaitu mati. Bila dan di mana adalah ketentuan Allah tetapi yang pasti, masanya untuk kita semakin mendekat. Apakah persiapan kita sebagai bekal di negeri yang kekal abadi?  Cukuplah kematian sebagai pengajaran yang berupaya menginsafkan kita.  Hargailah masa ketika kita masih bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai. Jika mereka telah tiada, hanya tangisan dan air mata yang mencurah - mengenangi saat suka duka bersama mereka. Jika mereka masih hidup, berkas...

Penerbangan Membawa Pulang Jenazah Paling Emosi

Imej
PENERBANGAN PALING EMOSI     SEPANG : Ketua Juruterbang Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jasad tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lalu adalah 'penerbangan paling sukar' baginya sejak menyertai MAS 33 tahun lalu. Missman berkata, penerbangan selama 12 jam itu juga adalah penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah 'penumpang' istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka. "Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa," katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini. Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jasad itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat ...

Gambar Istiadat Penghormatan Dan Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17

Imej
Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat. Setiap keranda yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa ke kenderaan jenazah oleh kumpulan pengusung seramai lapan anggota ATM. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17. Bersama Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sudah sedia berada di KLIA ialah waris-waris mangsa yang menunggu ketibaan jenazah pagi i...

MH17: Kita Masih Tidak Tegas

Imej
Saturday, July 19, 2014 A Kadir Jasin The Malaysian Insider picture by Najjua Zulkefli   ORIGINAL POST TERIMA kasih kepada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia kerana peduli kes penembakan jatuh pesawat MH17 milik MAS di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu. Pada hari Jumaat Presiden Amerika, Barrack Obama menyifatkan peristiwa itu sebagai “outrage of unspeakable proportions” dan mengisytiharkannya sebagai amaran keras kepada pemimpin Eropah. Igor Girkin, bekas pegawai Tentera Rusia "mengaku" tembak MH17 Apa yang Obama tidak lakukan secara terbuka dan tersurat adalah menuduh Rusia terbabit dalam perbuatan terkutuk itu. Namun beliau berkata, pemberontak pro-Rusia di Ukraine mustahil mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh sebuah pesawat yang sedang terbang di paras 33,000 kaki tanpa bantuan atau campur tangan Rusia. Di negaranya sendiri Obama dikritik dan dikutuk kerana membuat kenyataan sambil lewa mengenai penembakan jatuh MH17 beberapa jam selepas ia berlaku...

Kubur MH370 Tidak Bertanda, Nahas MH17 Pula Menyusul

Imej
Bagaimana keadaan keluarga mangsa di hari raya?   Oleh ZAILANI AHMAD - Kredit Blog BNBBC 20 JUL: Kru Malaysia Airlines (MAS) sentiasa menghadiahkan senyuman dan khidmat terbaik kepada pelanggan biarpun hati mereka sentiasa cemas dan diulit kesedihan dengan malapetaka MH370 dan kini menjangkiti MH17. Mungkin kita tidak bertemu mereka, namun menyelami isi hati keluarga yang terpaksa meranduk episod ngeri pesawat malang, pastinya air mata kita akan mengalir sebendang. Ikuti kisah keluarga mangsa disebalik tragedi MH17 yang ditembak dan terhempas di Ukraine baru-baru ini menyebabkan 15 kru MAS dan 283 penumpang terbunuh. Dora Shahila Kassim (kiri) Kisah 1: Pramugari Dora Shahila Kassim, seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya – kapal terbang ditembak – sejak sebulan lalu. Abangnya Don Shahidan berkata, ketika mereka sekeluarga bercuti di Bali, Indonesia, Dora Shahila bertanya macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak. “Tak sa...

Tragedi Pesawat MAS Beri Kesan Mendalam

Wartawan Sinar Harian 26 Julai 2014  (Luahan hati seorang pramugari) SETIAP kali buka mata, saya akan rasa berdebar serta takut mengenangkan apa yang akan terjadi selepas saya melangkah ke tempat kerja. Bohonglah jika saya kata tidak takut dan tidak terfikir akan nasib rakan-rakan serta penumpang yang berada dalam pesawat MH370 dan MH17. Sepanjang berkhidmat lebih 12 tahun sebagai seorang pramugari kami sudah memang dilatih untuk bersedia mental dan fizikal, namun sebagai manusia biasa, sedikit sebanyak perkara yang berlaku mengganggu fikiran kami semua. Kedua-dua kejadian itu sebenarnya memberi kesan mendalam bukan sahaja dari segi emosi malah turut menggugat keyakinan diri kami. Ketika insiden MH370, saya memang terkejut kerana itu insiden pertama yang berlaku kepada krew kapal dan penumpang MAS. Saya masih belum dapat terima kenyataan sepenuhnya bahawa kesemua rakan-rakan yang dianggap sebagai keluarga sendiri hilang tanpa diketahui nasib mereka. Setiap kali, setiap w...

Mesti Baca!! Situasi Dunia Masakini - MH 17: Dunia Berkabung, Kuasa Dunia Bertembung

Imej
  Oleh DR MUJAHID YUSOF SUDAH jatuh ditimpa tangga, luka lama belum sembuh, luka baru pula muncul, demikianlah perasaan tidak terungkap walaupun dengan kiasan bahasa. Negara berkabung sebelumnya pada kehilangan MH370 yang hingga saat ini tidak muncul-muncul dan kini MH17 pula dikatakan menjadi sasaran peluru berpandu di kawasan yang menjadi rebutan. Pada saat rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia dan lain-lain yang menjadi mangsa korban berkabung, kuasa besar pula bersedia untuk bertembung. Tiada siapa yang menafikan kuasa besar sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku kepada mangsa, apa yang mereka pentingkan adalah perimbangan kuasa mereka di Eropah Timur dan meneruskan dasar ‘proxy war’ untuk terus berkuasa. Lanjutan Perang Dingin Amerika selepas Perang Dunia ke-II berhadapan dengan peperangan ideologi antara ‘komunis’ Russia dan ‘liberal’ Amerika. Dunia dibahagikan melalui tirai besi antara pengaruh komunis Russia dan liberal kapitalis Amerika. Su...

PM Belanda Gesa Presiden Rusia Tunjukkan Keikhlasan #PrayForMH17

Imej
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa Presiden Rusia, Vladimir Putin menggunakan pengaruhnya dan melakukan "apa yang patut beliau lakukan" berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh Khamis lepas. Dalam satu sidang media yang diadakan selepas menelefon Putin dari The Hague, Rutte berkata Putin "hanya ada satu peluang akhir" untuk menunjukkan beliau serius membantu pasukan penyelamat mengambil mayat mangsa nahas itu. "Suhu di sana 35 darjah selsius. Mayat-mayat itu mesti diambil segera. Saya mahu tengok hasil, akses yang tidak terhalang dan pemulangan mangsa-mangsa itu," katanya seperti dipetik oleh portal beritaDutch News. Kenyataan Rutte itu dibuat selepas ada khabar pemberontak pro-Rusia memindahkan 38 mayat dari lokasi. Kerajaan Ukraine dalam satu kenyataan mendakwa pemberontak itu, dengan dibantu oleh Rusia, cuba memusnahkan bukti. Ukraine menuduh pesawat tersebut ditembak jatuh oleh pemberont...

MH17: Tuhan Murka, Kerana Arak & Aurat?

Imej
Pemuda PAS Kedah mengaitkan tragedi MH17 dengan “unsur kemurkaan Allah” ekoran hidangan arak dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan pramugarinya yang tidak menutup aurat. “Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbangan sebuah negara umat Islam,” kata ketua penerangannya Ahmad Tarmizi Sulaiman. Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Tarmizi berkata, hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan dan aspek berpakaian terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan. Beliau juga berkata, menaiki pesawat MAS tidak menggambarkan ia dikendalikan oleh negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran, malah sentiasa menjadi johan taranum. “Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah,” kata Ahmad Tami...

Akhirnya Pembohongan Media Rusia Berkenaan Laluan Sebenar MH17 Terbongkar

Imej
Gambar menunjukkan laluan penerbangan MH17 yang didakwa diubah suai agensi berita RT Menurut laporan Open Newsroom (http://sy4m.co/GOpenNewsroom), sebuah laman perkongsian maklumat kewartawanan, Martin Walther berkata, laporan RT itu adalah sebahagian propaganda Russia dalam mengubah data sebenar dengan melaporkan data palsu kepada awam. “Gambar yang diambil dari siaran RT itu salah sama sekali. Apa yang mengejutkan, sumber RT gunakan adalah dari laman Flightaware.com manakala laman flightradar24.com menunjukkan sebaliknya. “Flightaware kekurangan data untuk Ukraine kerana mereka tidak mempunyai penerima (receiver) bagi kawasan itu (http://flightaware.com/adsb/),” katanya di ruang perkongsian terbabit. Menurutnya, RT menggunakan sumber yang tidak mencukupi dan salah sama sekali. Berpunca daripada itu, maklumat salah kemudian diterima masyarakat dunia bahawa MH17 menggunakan laluan berisiko. RT, yang sebelum ini dikenali sebagai Russia Today, adalah sebuah saluran TV berita pe...

MH17 - Allah Ada Cara Menginsafkan Kita

Imej
    Malaysia sekali lagi menangis sekalipun sebenarnya ratapan sedih pilu sejak 8 Mac lalu masih belum reda. Kali ini tragedi paling mengejutkan dunia berlaku ke atas sebuah lagi pesawat MAS - MH17. Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib malang MAS dan tempiasnya juga kena pada kita semua selaku rakyat Malaysia. Tragedi MH17 ditembak dengan peluru berpandu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sangat meruntun hati. Dalam keadaan kepiluan atas kehilangan MH370 sudah boleh kita terima hakikatnya, derita jiwa kita kembali pedih dengan kejadian terhadap MH17 ini. Jika kita sangat merasakan kesedihan, apatah lagi mereka yang kehilangan keluarga, saudara mara dan kawan rakan dalam kejadian ini.    Beratnya ujian ini untuk mereka tanggung sendirian. Justeru kita wajar saling menghormati perasaan dan kedukaan mereka. Insiden ini telah menjadikan hati rakyat Malaysia bersatu menghormati perasaan orang lain. Sekurang-kurangnya inilah hikmah yang ...

Bagaimana Dengan MAS Selepas Ini?

Imej
MAS adalah syarikat penerbangan negara. MAS dibanggakan oleh rakyat Malaysia walaupun dari beberapa sudut, banyak perkara yang perlu dibaiki terutama soal jualan arak di dalam pesawat. Hal ini sangat mengundang kemurkaan Allah. Apapun MAS telah melalui perjalanan yang sangat panjang. Sejarah MAS sendiri menunjukkan ia lahir sebagai sebuah entiti kebanggaan negara sejak penubuhan Malayan Airways Limited atau MAL pada 12 Oktober 1937.    2 April 1947, Perkhidmatan Malaysia Airlines bermula dengan  pesawat Airspeed Consul terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur . Dengan pengalaman yang begitu lama, MAS sepatutnya berterusan mengutip laba dalam pelbagai bentuk. Ianya tentu bukan sahaja dari sudut kewangan tetapi juga membina imej negara, keuntungan politik, peningkatan hubungan sosial dan antarabangasa, keselamatan dan reputasi yang terpuji. Tetapi apa yang diharapkan itu terbantut - sekurang-kurangnya buat masa ini. MAS yang sdg mengalami kemelut ke...