Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PESANAN UNTUK REMAJA

Tonton Aksi Silat Remaja Yang Hebat - Belajar Silat Untuk Selamatkan Diri

Imej
Remaja perempuan yang tidak sebarang boleh diganggu buli!!

Video Ini Mendorong Anak-anak Kita Untuk Belajar Silat!!

Imej
Untuk anak-anak remaja sekelian, cari bekalan seni pertahan diri. Dunia hari ini ramai sangat yang jahat yang tidak pedulikan hati dan perasaan orang. Mereka terdidik dengan cara kasar, tiada kasih sayang dan hidup dalam persekitaran yang yang rosak.  Remaja yang siang malam hidup berseronok tanpa memikirkan masa depan akan terus di'buli' oleh persekitaran yang rosak, jijik dan menggagalkan.  Belajar silat untuk pertahanan diri yang fizikal. Mendekatkan diri dengan Tuhan - membina diri dengan pertahanan ima, taqwa dan akhlak mulia. Semoga Allah pelihara kita semua dari marabahaya dunia dan akhirat. 

Luahan hati Seorang Pensyarah Untuk Pelajar Kolej (Dan Remaja)?

Imej
Tajuk Asal:  LUAHAN HATI PENSYARAH MENGENAI GEN Y i. Selepas tiga hari bermusafir; saya masuk opis pagi ini dengan mood yang rawan. Charger laptop saya tertinggal di hotel KL. Ini kebodohan kedua teragung saya dalam sehari dua ini; selain tertinggal kapal terbang dengan cuma sisihan masa dua minit. Kalaulah saya ada kepala spare dalam peti ais di rumah; sudah kuhempuk-hempuk kepala ini ke tembok konkrit paling keras yang wujud di KK. Biar pecah berderai, bersama keterlupaan yang yang bertingkat-tingkat. Mood yang sudah rawan bertambah kelabu dan suram. Bila membaca email pelajar yang masuk berduyun-duyun sejak beberapa hari dulu. ii. Gen Y ini lahir dalam era internet. Tapi mereka ini yang paling tidak tahu tertib dan adab berkomunikasi secara maya. Hantar email pun tiada subjek. Kalau ikut hati, mau saja saya delete terus. Mana kita tahu yang mana spammer, yang mana bukan, kan? Lepas itu, ramai sangat yang guna bahasa kontot. Perkataan disingkatkan sesu...

Selamat Bercuti - Kawallah Diri Dalam Pergaulan!

Imej
Kepada anak cucu sekelian! Anak-anak GISB HOLDINGS Sdn Bhd sedang mengikuti pelbagai program 'masa cuti'. Sememangnya kami mengawal mereka untuk terus berada di dalam program pendidikan. Membiarkan mereka bercuti panjang tanpa kawalan hanya akan menjerumuskan mereka kepada kelonggaran disiplin ibadah, kerosakan akhlak dan terpengaruh dengan gejala negatif. Justeru program cuti kami tukarkan kepada 'menziarahi keluarga'. Ianya untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa, istilah cuti hanyalah perangkap untuk para remaja bebas dan mula meneroka pengalaman baru. Sedangkan para remaja - jika tidak dipimpin - mereka akan 'meneroka' pengalaman yang negatif yang sangat berleluasa di dalam komuniti remaja di negara kita. Anak cucu sekelian akan melihat dunia sedang berputar dengan laju. Persekitaran kita adalah pelbagai perkara yang mencabar iman dan taqwa sedangkan iman dan taqwa itulah yang sangat kita pertahankan selama ini. Pulang sebent...