Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KESAN DADAH DAN KESAN TAKUT TUHAN

Kemahuan Yang Kuat Itu Mencetuskan Kesan Luar Biasa

Hairan sungguh dengan puak penagih dadah. Mereka termasuk manusia aneh, pelik dan 'ajaib'. Mereka sudah berubah menjadi binatang. Manusianya hanya pada tubuh badan tetapi hakikat dirinya adalah haiwan. Cuma mereka adalah 'binatang' yang tidak boleh disembelih. Sebaliknya mereka sedang 'menyembelih' diri mereka sendiri.  Penagih dadah ini, jika dibiarkan begitu sahaja, mereka akan mati beragan. Malangnya sebelum mati, mereka akan bermaharajalela dengan muncuri, merompak, membunuh, menyamun dan sebagainya demi menukarkannya dengan dadah. Inilah yang menyusahkan masyarakat dan negara. Dadah merosakkan individu dan merosakkan masyarakat. Kuasa dadah rupanya sangat dahsyat. Dengan pelbagai jenama, dadah muncul menjadi industri haram yang berupaya menjalankan urusniaganya di seluruh pelusuk dunia. Ketulan dadah berjaya diseludup melalui kontena di dalam kapal-kapal, ruang kargo di dalam kapal terbang, di dalam kotak-kotak penghantaran cepat dan sebagainya.  ...