Bolehkah Mengambil Anak Angkat? Apakah Hukum-Hakam Berkaitan Anak Angkat?
Amalan mengambil anak angkat telah dilakukan sejak sebelum kedatangan Islam. Pelbagai faktor menyebabkan manusia mengambil dan memelihara anak angkat. Sebelum kedatangan Islam, anak angkat dianggap seperti anak sendiri tanpa sebarang peraturan dan disiplin yang menjadi garis panduan dalam perkara ini. Kehadiran Islam tidak pernah menghalang amalan ini, tetapi telah membawa satu sistem yang sempurna bagi menjamin hak kedua-dua belah pihak dan juga menggariskan batas-batas pergaulan serta mengandungi unsur-unsur spiritual yang utuh. Oleh kerana anak angkat asalnya adalah orang asing kepada keluarga angkatnya, maka sudah pasti apabila dia dewasa, akan timbul persoalan berkenaan aurat, pergaulan sesama ahli keluarga angkat di dalam rumah, bersalaman dan sebagainya. Ketika itu hukumnya adalah seperti orang asing (ajnabi) yang lain iaitu haram mendedahkan aurat, bersentuhan dan bersunyian di dalam rumah. Bagaimanakah situasi ini dapat diharungi sedangkan per...