Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SEJARAH WANITA PEJUANG

Al-Khansa Binti Amru - Ibu Para Syuhadak

Al-Khansa terkenal dengan julukan; lbu para syuhada. Al-Khansa terlahir pada zaman jahiliyah dan tumbuh besar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, yaitu Bani Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa. la adalah seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, pemberani, tegas, tidak kenal pura-pura, suka terus terang.  Dan selain keutamaan itu, ia pun pandai bersyair. la terkenal dengan syair-syairnya yang berisi kenangan kepada orang-orang yang dikasihinya yang telah tiada mendahuluin ke alam baka. Terutama kepada kedua saudara lelakinya, yaitu Mu'awiyah dan Sakhr yang telah meninggal dunia. Diriwayatkan bahwa ketika Adi bin Hatim dan saudarinya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka berkata, "Ya Rasuluilah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda."  Rasuluilah SAW bersabda, 'Siapakah mereka itu...

Wahai Para Remaja Puteri! Jadilah Seperti Ummu Salamah!!

Kisah ini adalah berkaitan HIJRAH UMMU SALAMAH KE HABSYAH. Selamat membaca mudah-mudahan kita semua akan mendapat manfaat.  ETHIOPIA YANG DULUNYA HABSYAH.  Dilahirkan sebagai Hind binti Huhayfah ibn al-Mugheerah al-Makhzoomi, berasal daripada kabilah yang mulia dan terkenal iaitu Makhzoom, Ummu Salamah mengahwini ‘Abdullah ibn ‘Abdul-Asad juga dikenali sebagai Abu Salamah.  Pasangan bahagia ini adalah antara kumpulan pertama memeluk Islam dan dikatakan wanita yang pertama berhijrah ke Habsyah. Apabila penentangan ke atas kaum Muslimin di Makkah meningkat, Rasulullah SAW mengizinkan sahabat-sahabat baginda berhijrah ke Habsyah agar keimanan mereka tidak terus-menerus diasak.  Peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-5 kenabian. Kumpulan ini terdiri daripada 12 orang lelaki dan 4 orang wanita. Mereka diketuai oleh `Uthman bin `Affan. Ruqayyah, puteri Rasulullah SAW dan Ummu Salamah turut bersama di dalam kumpulan ini.  Di Habsyah, mer...

Kisah Ummu ‘Umarah - Pejuang Wanita Sejati

Imej
  Tinta sejarah menjadi saksi, bahawa tidak sedikit wanita mukminah yang terjun ke medan pertempuran, jihad fii sabilillah. Mereka menyelinap di antara lemparan-lemparan lembing, kilatan-kilatan pedang dan jatuhan anak-anak panah.  Mereka menyampaikan makanan, minuman dan ubat-ubatan bagi perajurit mukmin yang berjuang mempertahankan Islam. Bahkan jika keadaan memintanya untuk menghunus pedang, mereka tidak gentar justeru makin berkobar semangatnya. Diantara wanita-wanita pejuang itu adalah Nusaibah binti Ka’af Al-Ansariyah yang terkenal dengan Ummu ‘Umarah.  Sesungguhnya Ummu ‘Umarah merupakan salah satu contoh keberanian dan ketegaran. Ia merupakan sosok kepahlawanan yang tidak pernah gagal dalam melaksanakan kewajiban bilamana seruan jihad memanggilnya. Ia adalah sahabiyah Nabi yang utama ….. Ia termasuk salah satu dari dua wanita yang bergabung dengan tujuh laki-laki Ansar yang berbai’ah kepada Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam pada bai’at Aqabah kedu...