Social Icons

Tuesday, 30 May 2017

Tangisan Imam malik Ketika Menghadap Hidangan Berbuka Puasa

Dalam sebuah riwayat Sayidinal-Imam Malik ibn Anas atau nama lengkapnya: Mฤlik ibn Anas bin Malik bin 'ฤ€mr bin AbdAllah al-Humyari al-Asbahi al-Madani, lahir di Madinah pada tahun 714M/93H, dan meninggal pada tahun 800M/179H, beliau adalah pakar ilmu fiqh dan hadits (pengarang kitab al-Muwatha') serta pengasas Mazhab Maliki.

Dalam sebuah riwayat di bulan Ramdhan pada ketika menghadap hidangan untuk berbuka puasa beliau menangis hingga bercucuran air matanya membasahi janggutnya.

Lalu salah satu muridnya bertanya.  Murid: ''Wahai guruku yang mulia, kenapakah engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?? Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih, atau hidangan ini kurang berkenan??!"

Imam Malik: ''Tidak ... tidak wahai murid-muridku. Sungguh, kamu semua adalah murid-murid terbaikku dan sangat berkhidmad padaku, bahkan hidangan ini teramat nikmat buatku."

Murid: ''Lalu kenapakah wahai guru kami yang tercinta?"

Imam Malik: ''Sungguh, aku pernah berbuka puasa dengan guruku (Sayidinal-Imam Ja'afar as-Sodiq, cucu Baginda Rasulillah saw.), dalam makanan yang nikmat seperti saat ini dan beliau (Sayidina Ja'far as-Ssodiq) berkata sambil terisak, ''Wahai ibnu Anas (Imam Malik) tahukah engkau, Rasulullah saw terkadang berbuka dengan 3 butir kurma dan air, tapi Baginda saw merasa sangat nikmat penuh syukur, bahkan seringkali Rasulullah saw hanya berbuka dengan sebutir kurma yang di bahagikan dengan Sayyidatuna Aisyah, tapi sungguh Baginda saw merasa sangatlah nikmat.  Baginda Rasulillah saw merasa cukup dengan sedikit sahur dan berbukanya, tapi sangatlah banyak ibadah dan syukurnya dalam keadaan Baginda saw selalu mendoakan kita umatnya yang selalu lalai kepada Baginda...!""

Sedangkan kita pada hari ini, di penuhi pelbagai jenis makanan nikmat dalam berbuka, tapi kita sangatlah jauh dari ibadah dan rasa syukur??" Lanjut Imam Malik, "Dan tahukah kamu semua setelah berkata itu, maka guruku - insan yang mulia (Sayidinal-ImamJa'far as-Sodiq) pengsan kerana tiada mampu menahan rasa rindu dan terkenangkan akan Rasulillah saw." 

Masya Allah Tabarakallah ... Setelah Imam Malik ibn Anas menceritakan hal itu sambil teresak-esak menangis kepada murid-muridnya, maka tiba-tiba ruangan tersebut menjadi haru dengan esak pilu kerinduan kepada Baginda Nabi saw oleh semua yang ada dalam majlis itu. 

(Allah ... Allah ... Ya Rasulallah).

Mari tataplah santapan sahur dan berbuka kita, lalu muhasabah dan koreksi lah amal ibadah kita. Bersyukurkah kita atau kufurkah kita ??? 

Wallahu A'lam.

Catatan: 
Sayidina Imam Ja'afar ini lahir pada 20hb April 702 masihi - hidup sezaman dengan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah bahkan menjadi guru kepada kedua-dua Imam Mujtahid ini. 

Kenapa Puasa Di Kaitkan Dengan Taqwa?

Assalamu'alaikum

SELAMAT BERPUASA DAN DIDOAKAN KITA DAPAT MENGHAYATI RAMADHAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. 

Hari ke Empat Ramadhan - 30hb Mei 2017 -  Selasa 
Kepada semua pelanggan RESTORAN IKHWAN DELIGHTS LABUAN****
DAN CAFE IKHWAN LABUAN

FIRMAN ALLAH: "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN KE ATAS KAMU BERPUASA SEPERTIMANA DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT YANG SEBELUM KAMU AGAR KAMU MENJADI ORANG-ORANG  BERTAQWA"

Soalannya, kenapa puasa di kaitkan dengan Taqwa?

Kerana taqwa adalah tujuan dan sasaran kita dalam beribadah. Apakah taqwa? Taqwa ialah rasa takutkan Allah dengan sebenar-benar takut. Puasa dan semua amalan ibadah di bulan Ramadhan boleh menjadikan seseorang hamba itu mempunyai rasa takut sehingga mendorong ia menghayati semua pakej ibadah yang terdapat di bulan Ramadhan. 

Bagaimana mendapatkan rasa takut itu? 

Rasa takut akan diperolehi jika kita melepasi mujahadah - melawan ajakan nafsu!!
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa,
memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan!
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa, membencikan, menjemukan, meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa,
sembahyang yang dapat dihayati, didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai
Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan
dan menajamkan rasa bertuhan

Moga Ramadhan kita kali ini - jika kita ikuti panduan ini, akan semakin hadirlah rasa takutkan Allah di dalam hati-hati kita. Moga-moga kita termasuk di kalangan hamba Allah yang bertaqwa - hanya orang bertaqwa sahajalah yang layak untuk berhari raya!!

Apapun, Buffet Ramadhan yang kami sediakan, bukanlah untuk membuka ruang berpesta nafsu makan minum!! Kami hanya mahu berkhidmat membantu menyediakan juadah berbuka puasa yang sedap, halal, suci dan dengan harga yang sangat berpatutan. Tujuannya untuk memudahkan anda sekeluarga yang tidak sempat menyediakannya di rumah. Mungkin sekali sekala anda mahu mencuba selera di Buffet Ramadhan yang kami sediakan. Inilah niat dan hajat kami!! 

Jika anda mahu meng-infak juadah berbuka puasa - berkongsi dgn golongan yang susah, anda boleh menaja jamuan berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang susah yang mahu anda sedekahkan. Beritahu kepada kami untuk menyiapkan juadah tersebut dan kami akan menghantarnya ke alamat yang anda maksudkan atau kami mencarikannya untuk anda. Semoga tangisan kesyukuran dan kegembiraan mereka akan menyelamatkan kita di akhirat!!

Menu hari ini: 
4 Ramadhan 1438h / 30.5.2017

Nasi Putih / Nnasi Mandi (Arab) / Kari Ayam / Kambing Bakar Scandinavia / Sotong Percik
Daging Goreng Halia / Ikan Bakar Sumbat Special / Udang Sambal Petai / 
Kerabu pucuk paku+kerang / Sup tulang / Telur masin / Sayur pak choi
Jelatah utara / Fresh garden salad

3 jenis kuih muih
Bubur manis / Bubur chacha / Bubur kacang

Buah-buahan
Apple Merah๐ŸŽ / Rockmelon๐Ÿˆ /  Buah Orange๐ŸŠ /  Buah Anggur๐Ÿ‡

Minuman
Milo panas / Teh Tarik / Air Sirap Lemon Ais / Jus Manggo 

SILA TEMPAH SEBELUM DATANG UNTUK HARGA PROMOSI: DEWASA: RM25.00 / ANAK-ANAK DI BAWAH 14 TAHUN: RM10.00 / ANAK BAWAH 5 TAHUN - PERCUMA!!! PROMOSI SEHINGGA 31HB MEI 2017....

HUBUNGI: 
Pn Athirah: 0195627896 
En Akashah: 0182238644 
En Sulaiman: 0136001985

****
Restoran  ikhwan Delights Labuan adalah salah sebuah dari rangkaian 125 buah Restoran GISB HOLDINGS di seluruh dunia iaitu di Malaysia, indonesia, Thailanid, Singapore, Australia (Sydney, Perth, Geraldton, Kattaning), Eropah (Manchester, Paris, Frankfurt Jerman), Istanbul Turki, Dubai Emirates, Cairo Mesir, Jordan, Saudi (Jeddah, Mekah, Madinah dan di Suriname....(Pssst: Jika anda ingin ke negara-negara di atas atau ingin ke tanah suci mengerjakan UMRAH, hubungi kami terlebih dahulu utk dapat pakej penginapan, makan minum, sewaan kenderaan dan sebagainya yang istimewa dari kami!!)

Sunday, 28 May 2017

Bolehkah Mengambil Anak Angkat? Apakah Hukum-Hakam Berkaitan Anak Angkat?


Amalan mengambil anak angkat telah dilakukan sejak sebelum kedatangan Islam. Pelbagai faktor menyebabkan manusia mengambil dan memelihara anak angkat. Sebelum kedatangan Islam, anak angkat dianggap seperti anak sendiri tanpa sebarang peraturan dan disiplin yang menjadi garis panduan dalam perkara ini.

Kehadiran Islam tidak pernah menghalang amalan ini, tetapi telah membawa satu sistem yang sempurna bagi menjamin hak kedua-dua belah pihak dan juga menggariskan batas-batas pergaulan serta mengandungi unsur-unsur spiritual yang utuh.

Oleh kerana anak angkat asalnya adalah orang asing kepada keluarga angkatnya, maka sudah pasti apabila dia dewasa, akan timbul persoalan berkenaan aurat, pergaulan sesama ahli keluarga angkat di dalam rumah, bersalaman dan sebagainya.

Ketika itu hukumnya adalah seperti orang asing (ajnabi) yang lain iaitu haram mendedahkan aurat, bersentuhan dan bersunyian di dalam rumah. Bagaimanakah situasi ini dapat diharungi sedangkan perasaan kasih sayang sebagai anggota keluarga telah lama berputik?

Setelah hidup dalam sebuah rumah selama bertahun-tahun, terlalu sukar bagi seseorang gadis apabila terpaksa menutup aurat di dalam rumah sendiri di hadapan “ayah” atau “adik-beradik” yang lain. Rasulullah SAW telah mengemukakan satu solusi iaitu amalan penyusuan. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:-

“Sesuatu yang haram disebabkan nasab, juga menjadi haram disebabkan penyusuan.”
Hadith Riwayat Muslim

Ketika mensyarahkan hadith ini, Imam an-Nawawi RH berkata:-
“Hukum anak yang menyusu telah menjadi seperti anak kepada yang menyusukannya dan haram mereka berkahwin selama-lamanya. Halal pula bagi si anak melihat aurat ibu susuannya, bersama-samanya di rumah dan bermusafir dengannya seperti ibunya sendiri.”

Setelah sempurna penyusuan, hukum anak angkat menjadi anak kepada ibu yang menyusukannya. Bagi memudahkan perbincangan, saya cuba mengemukakan contoh berikut:- Pasangan Abdullah dan Aminah mengambil anak angkat bernama Ehsan. Setelah penyusuan sempurna, Ehsan diharamkan berkahwin dengan:-

• Aminah

• Anak-anak perempuan Aminah

• Ibu dan kakak atau adik perempuan Aminah

• Anak-anak perempuan Abdullah

• Ibu dan kakak atau adik perempuan Abdullah

Anak-anak Aminah dan Abdullah telah menjadi adik-beradik susuan Ehsan, manakan adik-beradik Aminah dan Abdullah telah menjadi bapa dan ibu saudara susuan kepada Ehsan.

Hukum berkaitan aurat, bersentuhan, bermusafir dan sebagainya adalah seperti anak atau adik-beradik biasa.

Imam al-Bukhari RH dan Imam Muslim RH meriwayatkan satu peristiwa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah RA, katanya:-

“Aflah, saudara lelaki kepada Abu al-Qu’ais telah meminta izin untuk masuk ke dalam rumahku tetapi aku tidak mengizinkannya sehinga aku bertanya kepada Rasulullah SAW kerana yang menyusukan daku adalah isteri kepada Abu al-Qu’ais, bukannya Aflah.

Baginda menjawab:-
“Izinkan Aflah masuk, sesunggunya dia adalah bapa saudaramu wahai Aisyah.”

Penyusuan Yang Sempurna

Terdapat dua syarat utama yang menyebabkan penyusuan dianggap sempurna dan menjadikan hukum anak angkat seperti anak sendiri:-

1. Penyusuan berlaku sebelum bayi berumur dua tahun
Ia berdasarkan kepada hadith mauquf kepada Ibn Abbas RA yang diriwayatkan daripada al-Daruqutni:-
“Tidak dikira penyusuan melainkan sebelum bayi berumur dua tahun.”

Ibn ‘Amir al-San’ani menyatakan dalam kitabnya Subul al-Salam bahawa penyusuan tidak dianggap sempurna kecuali dalam tempoh dua tahun pertama bayi tersebut.

2. Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak lima kali kenyang
Ini berdasarkan hadith mauquf kepada Saidatina Aisyah RA yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RH katanya:-

“Pada peringkat awal penurunan al-Quran, penyusuan yang sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan. Kemudian ia dinasakhkan (dibatalkan) hukumnya kepada lima kali kenyang, sehinggalah Rasulullah SAW wafat.”

Dalam kitab Subul al-Salam juga dijelaskan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila dia kenyang. Sekiranya terhenti disebabkan bersin, terbatuk atau sendawa, kemudian menyambung penyusuannya, ia masih dikira sekali.

Ibu Angkat Tidak Mempunyai Susu

Fahamilah bahawa ini adalah salah satu bentuk ujian Allah SWT kepada anda. Ada pasangan yang diuji memliki zuriat, tetapi menghidap penyakit yang kronik. Ada yang diuji dalam bentuk anaknya yang sihat, tetapi menjadi penagih dadah apabila dewasa. 

Ada juga yang diuji dengan anak yang membesar dengan sihat dan berhaya, tetapi derhaka kepada orang tuanya. Sesungguhnya kehidupan ini adalah medan ujian Allah SWT terhadap hamba-Nya dalam musafir menuju akhirat yang kekal. Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepada-Nya.

Ibu angkat diharuskan memakan ubat yang mengeluarkan hormon bagi menghasilkan susu dengan syarat mendapat nasihat daripada doktor pakar Muslim yang amanah. Merujuk kepada contoh Abdullah dan Aminah sebelum ini, Ehsan disusukan oleh kakak atau adik perempuan Aminah supaya dia menjadi anak saudara Aminah.

Atau sekiranya anak angkat itu perempuan, maka dia disusukan oleh kakak atau adik perempuan Abdullah, supaya menjadi anak saudara susuannya. 

Anak Diambil Ketika Usia Melebihi Dua Tahun

Ketika ini, kisah kecintaan Nabi Ibrahim AS kepada anaknya mesilah dijadikan contoh utama kepada ibu bapa angkat dan anaknya. Nabi Ibrahim AS terlalu cintakan anaknya dan begitulah sebaliknya.

Walau bagaimanapun kedua-dua insan ini telah membuktikan cinta mereka kepada Allah SWT adalah lebih utama dengan melaksanakan hukum-Nya. Si ayah sanggup menyembelih anak demi ketaatan kepada Allah SWT dan si anak pasrah dengan sepenuh hatinya. 

Demikianlah ibu bapa dan anak angkatnya mestilah tunduk kepada hukum Allah SWT bahawa mereka adalah seperti orang asing walaupun telah lama hidup bersama dan kasih sayang telah tersemat erat.

Haram Binkan Anak Kepada Bapa Angkat

Seperkara lagi yang diambil remeh oleh sebahagian masyarakat kita ialah perbuatan membinkan anak kepada bapa angkat. Hukumnya adalah haram. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:-
“Panggilah mereka (anak-anak angkat) itu dengan nama bapa-bapa mereka.” 
Surah al-Ahzab 33:5

Sekiranya perkara ini telah berlaku, maka wajib diusahakan segera agar diubah kembali kepada nama ayahnya yang sebenar. Insya-Allah segala kesulitan menyelesaikan proses tersebut dinilai pahala di sisi Allah SWT.

Wallahua'lam

KREDIT SUMBER: BLOG RAUDHAH JIWA

Friday, 26 May 2017

Wasiat Buat Bangsaku Melayu!!!

Oleh: YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Masa aku kanak2 dulu aku telah menyaksikan bangsa China yang datang ke Tanah Melayu ini adalah terdiri dari apek2 Tongsan yang berpakaian seluar ‘katok’. Masih terbayang keadaan seluar mereka yang panjangnya hanya sekerat pada kadar dibawah sedikit dari lutut. Mereka seharian berbaju kain kasar yang berbutang lima sambil menghisap candu dengan menggunakan paip buluh. 

Mereka tidur bergelempangan, bermalas-malasan dek ketagih candu. Untuk tidur, cukup dengan berbantalkan kayu dan berselimut pendek berwarna merah. Itulah yang aku ingat. 

Kerja mereka di bandar-bandar pada ketika itu adalah sebagai penarik "langcha". Bukan beca roda tiga tetapi beroda dua yang merekalah penariknya. Itulah pengangkutan ’teksi’ di bandar-bandar ketika itu. 

Selain itu orang-orang Cina ini juga bekerja sebagai tukang kandar tong najis dari jamban-jamban (tandas) jenis angkut. Hiii! Najisnya yang penuh di dalam tong itulah yang mereka pikul untuk dikumpul dan dibuang di tempat pembuangan. Busuk? Tak usah ceritalah. Sekarang tugas itu diambil alih oleh Indah Water!!

Mereka juga jadi kuli-kuli dan pekerja lombong bijih timah milik orang puteh. Tinggal di berek-berek dan rumah papan ala setinggan – bersesak dan tanpa kemudahan asas. 

Dikampung-kampung pula mereka menumpang tanah orang Melayu yang terbiar bersemak-samun,. Mereka duduk percuma sambil menyangkul dan bertanam sayur. Hasil tanaman mereka, meraka kandar (pikul) - bawa berjaja keliling kampung dan ke pekan-pekan. 

Mereka bertungkus lumus mencari sesuap nasi untuk makan minum – mengalas perut mereka sekeluarga. Mereka terpaksa pandai berjimat cermat. Rezeki yang di dapat tidak dibelanjakan semua. Mereka datang sebatang kara. Tiada saudara mara yang boleh menolong ketika sesak dan sulit. 

Orang Melayu hidup manja di kelilingi keluarga dan saudara mara. Ketika susah, ada tempat untuk meminta pertolongan. Paling mudah mereka akan pandai berhutang hingga dikatakan hutang keliling pinggang. itulah salah satu kepakaran bangsaku. Sebab itu orang melayu jarang beringat dan berjimat. Lebih banyak boros dan berpesta kenduri kendara. Sanggup berhutang asal status terjaga atau dapat elak dari diumpat kata nesta jiran tetangga. 

Orang Melayu yang belajar diasuh pula dengan pemikiran makan gaji. Kalau makan gaji, walaupun gajinya kecil dan 'ciput', itu sudah jadi kebanggaan sekampung dan dibualkan dengan penuh rasa puas tercapai hajat yang sangat hebat. 

Orang Cina dalam susah dan derita air mata, mengharung hidup dengan mata menjeling peluang. Apa saja yang terleka dek orang Melayu, mereka berlumba-lumba menyambarnya. 

Tidak perlu sakit hati dengan mereka. Itulah lumrah kehidupan. Yang pemalas dan manja akan tertinggal jauh di belakang. Yang rajin berusaha dan gigih mencari peluang baru akan berpindah menapak setakah demi setakah. 

Orang Melayu kekal semakin jauh di himpit kesusahan. Orang Cina akhirnya muncul menjadi bangsa yang berada di atas, dalam kitaran ekonomi. Orang Melayu tercungap-cungap kelemasan. Aku tak tahu bilakah watak bangsa Melayu ini boleh diubah menjadi bangsa yang rajin, bangsa yang bersungguh-sungguh dan sanggup bangkit membela masa depan mereka sendiri.

Kalau dulu, orang-orang Cina datang sehelai sepinggang, hari ini ramai orang Melayu yang papa kedana dan merempat di tanah air sendiri. Bangsa yang tidak leka akan lebih peka dan berjaya. Orang-orang Cina sedang melakar sejarah mereka yang hebat di bumi tanah tumpah datuk nenek kita. 

Hari ini anak cucu mereka sudah jadi taukeh-taukeh besar membangun perniagaan di bandar-bandar yang mereka ciptakan. Tanah orang Melayu mereka beli dengan harga yang murah dan dibangunkan hartanah yang ratusan kali ganda nilai harganya!! Mereka kuasai ekonomi dalam negara ini dan orang Melayu menjadi kuli malah ada yang jadi ‘hamba pecacai’ mereka. 

Jangan sakit hati dengan mereka. Negara kita berlaku adil dengan semua bangsa yang ada. Kaum yang cerdik dan pintar akan berjaya berada di persada indah. Kaum yang lemah, penakut, berjiwa kecil, bersikap negatif akan terus hanyut di telan banjir bah arus dunia tanpa sempadan. 

Tidaklah salah jika kaum Cina merancang merebut kuasa politik yang selama ini didominasi oleh orang Melayu. Dengan wang yang ada, ramai orang Melayu yang mudah rosak dengan ganjaran wang di depan mata. Orang Melayu yang lemah dalam semua sudut ini mudah untuk menjual apa saja demi untuk makan minum sehari dua. Orang Melayu lebih serius memikirkan hal makan minum dalam jangka waktu hanya sehari dua. Bangsa lain merancang mengukuhkan pegangan dalam pelbagai sektor kehidupan. 

Inilah yang sedang berlaku di dalam negara kita. Puncanya pada orang Melayu sendiri. Kesian pada anak cucu kita yang kemungkinan akan jadi penumpang dalam negara bertuah ini seperti apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Singapura. Malah agama mereka pun turut semakin hilang. 

Orang Melayu mudah dirosakkan dengan hiburan, keseronokan mungkar dan maksiat. Kini, sudah ada sejumlah sejuta orang anak-anak muda Melayu yang kebanyakannnya berusia seawal belasan tahun sudah menjadi penagih dadah. Taukeh dadah yang kaya raya tentulah bukan orang Melayu. Yang menjadi pengedar dan yang ditangkap untuk dihukum di tali gantung pun adalah anak-anak Melayu. 

Adakah kehinaan bangsa ini, sudah sampai kemuncaknya? Terlalu ramai anak-anak melayu penagih dadah yang sedang menjadi bangkai bernyawa. Jika tidak berbuat sesuatu, mereka akan mati beragan dan bayangkan api neraka yang sedang mengaum hendak meratah tubuh badan mereka.

Percayalah wahai bangsaku, kekuatan tunggal kita bukan semangat kebangsaan lagi tetapi kekuatan iman dan taqwa. Dengan iman dan taqwa sahajalah orang Melayu akan kembali sayangkan negara tercinta ini. Dengan keyakinan terhadap kasih sayang dan rahmat Allah, orang Melayu boleh bangkit membaiki diri, keluarga dan masyarakat mereka. 

Orang Melayu yang dipimpin hati jiwanya dengan rasa takut Allah rindu Nabi saw tak akan sanggup jual syurga dan bidadarinya dengan keseronokan dunia yang mungkar dan maksiat. Mereka tak akan sanggup berzina, mengandung luar nikah dan membuang anak di merata tong sampah. 

Mereka akan kembali menjadi bangsa yang mulia, berharga, bernilai dan dihormati kawan dan lawan. Taqwalah sahaja cara bagaimana hati mereka perlu dididik. Dengan kekuatan taqwa,  Allah yang Maha Gagah Perkasa akan menjadi pembela kepada bangsa Melayu.

Insaflah wahai bangsaku!!! Cari lah ilmu agama sebagai asas kepada iman dan taqwa. Dapatkanlah bimbingan orang-orang soleh dan insan-insan bertaqwa yang masih ada. Laksanakanlah suruhan Allah dan jauhilah laranganNya. Hayatilah sembahyang yang menjadi anak kunci kepada mendapatkan taqwa. Laksanakanlah solat dengan bersungguh-sungguh tepat pada waktunya. Peliharalah mata, telinga, lidah, kaki-tangan, perut dan kemaluan dari menyentuh dosa. Jauhilah akhlak keji dan amalkanlah akhlak mulia. 

Bermodalkan iman dan taqwa bangsa Melayu akan jadi satu bangsa yang kuat dan mulia. Bangsa yang berani, berwibawa, rajin, berkasih-sayang dan berpadu. Inilah bangsa yang akan digeruni oleh musuh. Dan Allah janjikan syurga di akhirat. Lihatlah sejarah, bagai mana umat Islam dulu telah pernah menguasai tiga suku dunia selama tujuh ratus tahun dengan bermodalkan kekuatan iman dan taqwa. Inilah jalan-jalan kemenangan dan kejayaan yang Allah janjikan. Tidak ada jalan lain selain ini. 

Ya Allah! limpahkanlah kepada bangsaku Melayu akan rahmat, hidayah dan taufiqMu. Amiin ya Allah!

Thursday, 25 May 2017

Ini Dia!!! HADIAH DI BULAN RAMADHAN

Dengan rahmat Tuhan, Ramadhan tiba lagi. Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya, mahal & besar-besar dari Tuhan.

Hadiah buat orang bertaqwa, bukan untuk orang Islam. Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim & fasiq.

Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam, diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal.

Di antara hadiah-hadiah itu ialah :

▫hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa.

▫hadiah keredhaan-Nya juga mahal.

▫kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan.

▫rahmat-Nya.

▫berkat dari-Nya dunia Akhirat.

▫diberi-Nya pahala berganda-ganda.

▫hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah.

▫akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah, di antara hamba-hamba dengan Tuhan. Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja.

Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba. Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan.

Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan, maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya.

Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan. Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan.

Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan, seperti yang akan disebutkan.

Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi ada pulangannya.

Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya :

▫Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba Rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur.

▫Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat, rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan.

▫ Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan, terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insan, hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki hilang.

▫Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan mensucikan Tuhan, memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka

▫Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya.

▫Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat.

Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi, orang bertaqwa sungguh dapat manghayati Ramadhan dengan akal fikiran, hati & jiwa raganya.

Roh Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya. Roh di atas roh, jiwa di atas jiwa. Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan. Itulah orang bertaqwa.

Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar. Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan.

Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan. Sesiapa yang tidak dapat memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan seperti yang telah dinyatakan, dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan.

Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan, dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan & keletihan.

Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui, adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?

Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan setiap Ramadhan bukan?

Apakah hadiah hadiah kita itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebutkan? Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan, berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan.

Sungguh susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan, kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum & makan. Pesta borak-borak & bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang.

Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan. Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati & jiwa.

Ramadhan bukan pesta lahiriah atau pesta syariat rohnya tidak ada!!!

Thursday, 18 May 2017

CEO GISBH Antara 158 Penerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Sultan Pahang - Gambar-Gambar

Pada 15hb Mei yang lalu, PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan. 

Seramai 158 penerima dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, di sini, hari ini. Daripada jumlah itu, lima menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Pengerusi DNC Asiatic Holding Sdn Bhd, Datin Seri Feona Sim; bekas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia, Datuk Jalaluddin A Rahman; Pengarah United Panel - System (M) Sdn Bhd, Datuk Loh Cher Xiong, Tan Choon Nan dan Ee Chang Ku. 

Seramai lima menerima Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) membawa gelaran Datuk ialah kerabat diraja, Tengku Datuk Nurul Kamalia Tengku Kamil Ismail; Tengku Madihah Shahzan Tengku Kamil Ismail; Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail; Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ab Karim Ab Rahman dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Datuk Abdul Rahim Mohd Ali. 

Enam individu lain pula dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) manakala 43 lagi menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk. Antara penerima DSAP ialah Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Azhar Abdul Manaf; Panglima Wilayah 1 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Datuk Marsaleh Hassim; Asisten Ketua Staf Bahagian Perancangan Pertahanan Markas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Mohammad Salleh Osman. 

CEO GISB HOLDINGS, Datuk Lokman Hakim Pfordten adalah antara penerima DIMP  bersama Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan, Hassan Abdul Ghani; Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan; Pengarah Urusan Asia Madam Waffle Sdn Bhd, Datin Seri Linda Chen May Yen dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidroulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir Dr Azuhan Mohamed. 

Majlis pengurniaan itu disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Sebanyak tujuh individu masing-masing menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dan Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 12 penerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 34 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP). Selain itu, sembilan orang menerima Pingat Khidmat Cemerkang (PKC), 16 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 14 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

LIHAT BERITA DI SINI:



MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN 
DATUK LOKMAN HAKIM PFORDTEN 
YANG MENERIMA ANUGERAH DIMP DARIPADA SULTAN PAHANG












Bertudung merah muda berkaca mata adalah 
Puan Hajjah Kamariah Yaakob, Bonda kepada YBhg Datuk Lokman Hakim Pfordten.

Jenazah Pelajar Tahfiz Masih Elok Dan Tidak Berbau Ketika Digali Semula





SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini. 

Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

"Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.

"Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!" katanya.

Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor.

Wednesday, 17 May 2017

Saling Mencintai Kerana Allah - Gambaran Hati Yang Sayu Pilu Dan Rindu!!

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู…ُุณْู„ِู…ٍ ุงู„ْุฎَูˆْู„َุงู†ِูŠِّ ู‚َุงู„َ ุฏَุฎَู„ْุชُ ู…َุณْุฌِุฏَ ุญِู…ْุตَ ูَุฅِุฐَุง ูِูŠู‡ِ ู†َุญْูˆٌ ู…ِู†ْ ุซَู„َุงุซِูŠู†َ ูƒَู‡ْู„ًุง ู…ِู†ْ ุฃَุตْุญَุงุจِ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูَุฅِุฐَุง ูِูŠู‡ِู…ْ ุดَุงุจٌّ ุฃَูƒْุญَู„ُ ุงู„ْุนَูŠْู†َูŠْู†ِ ุจَุฑَّุงู‚ُ ุงู„ุซَّู†َุงูŠَุง ุณَุงูƒِุชٌ ูَุฅِุฐَุง ุงู…ْุชَุฑَู‰ ุงู„ْู‚َูˆْู…ُ ูِูŠ ุดَูŠْุกٍ ุฃَู‚ْุจَู„ُูˆุง ุนَู„َูŠْู‡ِ ูَุณَุฃَู„ُูˆู‡ُ ูَู‚ُู„ْุชُ ู„ِุฌَู„ِูŠุณٍ ู„ِูŠ ู…َู†ْ ู‡َุฐَุง ู‚َุงู„َ ู‡َุฐَุง ู…ُุนَุงุฐُ ุจْู†ُ ุฌَุจَู„ٍ ูَูˆَู‚َุนَ ู„َู‡ُ ูِูŠ ู†َูْุณِูŠ ุญُุจٌّ ูَูƒُู†ْุชُ ู…َุนَู‡ُู…ْ ุญَุชَّู‰ ุชَูَุฑَّู‚ُูˆุง ุซُู…َّ ู‡َุฌَّุฑْุชُ ุฅِู„َู‰ ุงู„ْู…َุณْุฌِุฏِ ูَุฅِุฐَุง ู…ُุนَุงุฐُ ุจْู†ُ ุฌَุจَู„ٍ ู‚َุงุฆِู…ٌ ูŠُุตَู„ِّูŠ ุฅِู„َู‰ ุณَุงุฑِูŠَุฉٍ ูَุณَูƒَุชَ ู„َุง ูŠُูƒَู„ِّู…ُู†ِูŠ ูَุตَู„َّูŠْุชُ ุซُู…َّ ุฌَู„َุณْุชُ ูَุงุญْุชَุจَูŠْุชُ ุจِุฑِุฏَุงุกٍ ู„ِูŠ ุซُู…َّ ุฌَู„َุณَ ูَุณَูƒَุชَ ู„َุง ูŠُูƒَู„ِّู…ُู†ِูŠ ูˆَุณَูƒَุชُّ ู„َุง ุฃُูƒَู„ِّู…ُู‡ُ ุซُู…َّ ู‚ُู„ْุชُ ูˆَุงู„ู„َّู‡ِ ุฅِู†ِّูŠ ู„َุฃُุญِุจُّูƒَ ู‚َุงู„َ ูِูŠู…َ ุชُุญِุจُّู†ِูŠ ู‚َุงู„َ ู‚ُู„ْุชُ ูِูŠ ุงู„ู„َّู‡ِ ุชَุจَุงุฑَูƒَ ูˆَุชَุนَุงู„َู‰ ูَุฃَุฎَุฐَ ุจِุญُุจْูˆَุชِูŠ ูَุฌَุฑَّู†ِูŠ ุฅِู„َูŠْู‡ِ ู‡ُู†َูŠَّุฉً ุซُู…َّ ู‚َุงู„َ ุฃَุจْุดِุฑْ ุฅِู†ْ ูƒُู†ْุชَ ุตَุงุฏِู‚ًุง ุณَู…ِุนْุชُ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุงู„ْู…ُุชَุญَุงุจُّูˆู†َ ูِูŠ ุฌَู„َุงู„ِูŠ ู„َู‡ُู…ْ ู…َู†َุงุจِุฑُ ู…ِู†ْ ู†ُูˆุฑٍ ูŠَุบْุจِุทُู‡ُู…ْ ุงู„ู†َّุจِูŠُّูˆู†َ ูˆَุงู„ุดُّู‡َุฏَุงุกُ ู‚َุงู„َ ูَุฎَุฑَุฌْุชُ ูَู„َู‚ِูŠุชُ ุนُุจَุงุฏَุฉَ ุจْู†َ ุงู„ุตَّุงู…ِุชِ ูَู‚ُู„ْุชُ ูŠَุง ุฃَุจَุง ุงู„ْูˆَู„ِูŠุฏِ ู„َุง ุฃُุญَุฏِّุซُูƒَ ุจِู…َุง ุญَุฏَّุซَู†ِูŠ ู…ُุนَุงุฐُ ุจْู†ُ ุฌَุจَู„ٍ ูِูŠ ุงู„ْู…ُุชَุญَุงุจِّูŠู†َ ู‚َุงู„َ ูَุฃَู†َุง ุฃُุญَุฏِّุซُูƒَ ุนَู†ْ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَุฑْูَุนُู‡ُ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุฑَّุจِّ ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ ู‚َุงู„َ ุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„ْู…ُุชَุญَุงุจِّูŠู†َ ูِูŠَّ ูˆَุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„ْู…ُุชَุฒَุงูˆِุฑِูŠู†َ ูِูŠَّ ูˆَุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„ْู…ُุชَุจَุงุฐِู„ِูŠู†َ ูِูŠَّ ูˆَุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„ْู…ُุชَูˆَุงุตِู„ِูŠู†َ ูِูŠَّ

Dari Abu Muslim Al Khoulani berkata; 

"Saya memasuki masjid Damaskus, Syam, disana ada sekitar tigapuluh orang sahabat Nabi SAW yang sudah tua dan diantara mereka ada seorang pemuda yang sangat putih giginya, ia diam. Bila mereka berbeza pendapat tentang sesuatu, mereka menyandarkannya pada pemuda itu dan meminta pendapatnya. Saya bertanya siapa pemuda itu, lalu ada yang menjawab; Dia adalah Muaz bin Jabal. Hatiku berkata aku mencintainya, saya bersama mereka hingga mereka bersurai kemudian saya pergi ke masjid ternyata disana ada Muaz bin Jabal yang tengah solat menghadap tiang masjid."

"Ia solat dan tidak berbicara denganku. Saya solat kemudian duduk memeluk lutut seraya menutupi dengan gamisku. Ia duduk dan tidak berbicara denganku aku pun diam dan tidak berbicara dengannya. Setelah itu aku berkata; 'Demi Allah, aku mencintaimu.' Ia bertanya; 'Kerana apa? Saya berkata; kerana Allah." 

"Kemudian ia menarik kepalaku dan menarikku mendekatinya dan berkata; 'Bergembiralah bila kau memang benar, kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Orang-orang yang saling menyintai kerana keagunganKu akan mendapatkan mimbar-mimbar dari cahaya yang menyebabkan cemburu para nabi dan syuhada`." 

"Kemudian saya keluar dan menemui Ubadah bin Shomit lalu saya berkata; Hai Abu Al Walid! Aku tidak akan menceritakan hadis yang disampaikan Muaz bin Jabal kepadaku tentang orang-orang yang saling mencintai."

"Berkata Ubadah; Aku akan bercerita kepadamu dari Nabi SAW dari Rabb Azza Wa Jalla, Ia berfirman; 'Wajiblah cintaKu untuk orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, wajiblah cintaKu untuk orang-orang yang saling berkunjung kerana Aku, wajiblah cintaKu untuk orang-orang yang saling berkorban kerana Aku dan wajiblah cintaKu untuk orang-orang yang saling bersillaturrahim kerana Aku." (HR Ahmad No: 21066) Status: Isnad Thiqah
 

Sample text

Sample Text

Sample Text