Satu Negeri Hampir 11,000 Kes Dadah Setahun - Kalau Satu Malaysia?
Menurut laporan, polis telah menangkap sejumlah 10,696 atas kegiatan berkaitan dadah, dan merampas dadah dan aset bernilai RM7.6 juta di negeri itu pada tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Helmi Aris berkata, rampasan merangkumi dadah bernilai RM3.4 juta dan aset bernilai RM4.2 juta. “Dadah yang dirampas adalah 72kg heroin, 109kg kanabis, 7.9 kg methamphetamine, 7,905 biji pil psikotropik dan 6,194kg daun ketum,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat kontinjen polis negeri semalam selepas operasi serbuan terbaru mereka, di mana dua lelaki di tahan di tempat letak kereta Taman Gemilang Ahad lalu. “ Kami merampas 2.29kg heroin dan 263gm methamphetamine dari kereta mereka,” katanya lagi dan menambah dadah yang dirampas itu bernilai kira-kira RM91,000. Helmi turut mengucapkan terima kasih kepada media kerana sentiasa membuat liputan berkenaan kejayaan serbuan dadah yang dibuat polis negeri. “Lip...