Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RASA KEHAMBAAN

Memahami Maksud Tadharru'

Tadharru' mengandungi makna tadzallul (kerendahan dan kehinaan diri) dan istiqamah (ketundukan diri). (Jami’-ul bayan ‘an ta’wil al-Qur’an, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir ath-Thabari). Pada suatu malam di dataran Ka’bah, Thawus bin Kisan ra mendapati Ali bin Husein - yang lebih dikenal dengan Ali Zainul Abidin ra- sedang bermunajat kepada Allah SWT.  Dengan penuh pengharapan (tadharru’), terdengar ia merendahkan dan menghinakan dirinya diiringi dengan deraian air mata bermohon agar Allah SWT memberikan keampunan kepadanya. Setelah Ali bin Husein menyelesaikan munajatnya, Thawus menghampiri. Ia berkata, "Wahai cucu Rasulullah SAW, mengapa engkau menangis seperti ini, sementara engkau memiliki tiga keistimewaan yang tak dipunyai orang lain. Pertama, engkau adalah cucu Rasulullah SAW. Kedua, engkau akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. Dan ketiga, keluasan rahmat-Nya untukmu." Mendengar pernyataan Thawus itu, Ali bin Husein menjelaskan semuanya buka...

Katika Allah Uji - Sulitnya Mencari RM1.60 Untuk Bayar Tol!!

Imej
Disiar semula artikel saya yg lama dan viral dan dicopy oleh banyak pihak utk mereka yg belum membacanya. TAK CUKUP DUIT NAK BAYAR TOL Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyeluk poket mencari duit RM1.60 bayaran tol. Baru sedar tak bawa wallet. Menyelongkar dalam dashboard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhenti kereta agak jauh dari tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet belakang, namun duit 20 sen tak ditemui.  Nak telefon anak suruh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Allah moga dipermudahkan. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu. Semasa berdiri luar kereta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatak...

Betulkah Kita Wajib Mempunyai Rasa Hamba Di Hati

Rasa hamba? Macam baru dengar saja istilah ni!!  Nak rasa kat mana? Macamana nak buat rasa-rasa ni? Kenapa kena ada rasa hamba?  Kenapa hendak hinakan diri pulak? Bukankah Allah telah muliakan anak Adam? Kena hinakan diri sendiri?  Macam hamba abdi ke? Ya demikianlah persoalan bagi sebahagian orang yang jahil. Tidak tahu tapi tak mahu belajar! Tak reti tetapi sombong nak mengaku. Islam ini agama dari Allah yang disampaikan kepada kita oleh seorang Rasul yang luar biasa peribadinya. Rasul ini mengajar kita supaya kekal mempunyai rasa hati seorang hamba yang hina. Rasul tak ajar kita sombong dan ego. Rasul mengajak kita kepada merendah diri, mengaku kita bersalah dan rasakan kita hina kerana pada diri masing-masing ada tempelan dosa yang menjijikkan. Tetapi hari ini tidak ramai yang tahu nak mengajar cara menghina diri depan Allah dan merendah diri di depan sesama manusia. Hanya Rasul dan para kekasih Allah sahaja yang tahu melakukan teknik membina rasa ...