Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - PEMILIHAN UMNO

Akhirnya Mahathir Mulai Menyerang, Apakah Najib Bakal Tersungkur?

Sebagaimana yang diduga banyak pihak bahawa kekalahan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir merebut jawatan Naib Presiden UMNO pasti akan menyebabkan rasa tidak senang bapanya, akhirnya menjadi kenyataan juga. Hari ini bekas PM selama 22 tahun mendakwa politik wang masih wujud dalam UMNO sehingga menyebabkan mereka yang tidak layak berjaya menang dalam pemilihan baru-baru ini. Walaupun tanpa menyebut siapa yang tidak layak tetapi mengamalkan politik wang itu, tetapi kenyataan Mahathir itu jelas menggambarkan kekecewaan terhadap kekalahan anaknya itu. Sebelum pemilihan dan sepanjang kempen, Mukhriz dilihat calon paling popular untuk memenangi salah satu jawatan Naib Presiden UMNO. Ke mana-mana beliau pergi, sambutan yang diberikan cukup hangat. Dengan kemenangan tipis dalam PRU 13 serta kejayaan merampas kembali Kedah daripada pas dan terlihat adanya keperluan terhadap pemimpin muda untuk meniup angin segar dalam UMNO, Mukhriz dilihat antara pemimpin yang memenuhi kriteria itu. Ma...

Kisah Benar Dalam Politik - Kesian Ali Rustam, Dulu Cina Kencing Dia, Sekarang UMNO Melaka Pula...

Bacalah dan renungilah bagaimana politik demokrasi melayan semua pendukungnya. Siapa saja akan menemui giliran menempuh kekecewaan yang sama.......Lihatlah realitinya apa yang berlaku pada tokoh yang diperkatakan oleh blogger shahbudin dot com ini:   Bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mungkin antara ahli politik paling bernasib malang di negara ini. Walaupun bintang politiknya pernah menyinar, berjaya memimpin negeri Melaka selama 13 tahun dan cerita-cerita kejayaannya membangunkan negeri itu sering menjadi sebutan, tetapi kebelakangan ini bintangnya sering saja diselaputi kabus tebal. Ini menjadikan laluannya untuk terus mendaki ke puncak seakan-akan sudah tersekat, meskipun semangat dan keghairahannya dalam usia 64 tahun sekarang ini tidak pernah padam. Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden UMNO baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terba...

Pemilihan Naib Presiden UMNO - Analisa Terkini Siapa Yang Akan Menang

Mungkinkah Ali Rustam Dan Isa Samad Dikambinghitamkan Untuk Memenangkan Pilihan Najib? Bahang perebutan jawatan Naib Presiden UMNO semakin meninggi suhunya. Bukan saja calon yang makin sibuk mengatur strategi saat-saat akhir, bahkan para perwakilan juga tidak menang tangan memenuhi pelbagai jemputan bertemu dengan calon dan juga dengan ejen calon-calon yang bertanding. Semakin dekat hari pengundian pada Sabtu ini, warna sebenar mengenai siapa yang bakal menang dan siapa yang bakal sudah mula dapat dirasakan. Jika sebelum ini Zahid Hamidi dianggap calon paling popular manakala Mukhriz Mahathir di tempat kedua dan tempat ketiga masih terbuka antara Hishammuddin, Shafie Apdal dan Ali Rustam tetapi kelebihan dilihat memihak kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu, namun perkembangan di saat-saat akhir ini memperlihatkan semuanya bakal berubah. Seorang lagi calon, Isa Samad bagaimanapun kekal dilihat tidak mempunyai peluang dalam pemilihan kali ini. Hanya tinggal tidak sampai dua hari ...

Kod Etika Pemilihan UMNO Hanya Menguntungkan Pemegang Jawatan Kerajaan

Imej
Pemilihan UMNO kali ini bukan saja menyaksikan perubahan dari segi penyertaan mereka yang diberi hak memilih tetapi juga beberapa peraturan baru berkaitan pertandingan turut diperkenalkan. Antara yang menjadi perbahasan hangat ialah mengenai peraturan kempen dan ruang untuk berjumpa dengan perwakilan. Tidak seperti sebelum ini, dalam pemilihan kali ini mereka yang bertanding di peringkat pusat hanya dibenarkan berjumpa dengan perwakilan dalam program yang akan diaturkan oleh Badan Perhubungan Negeri saja. Menurut laporan, majlis seumpama itu akan disusun selepas 7 Oktober depan iaitu selepas senarai calon-calon yang disahkan bertanding dikeluarkan. Semua calon khabarnya akan diberitahu tarikh dan masa majlis-majlis yang akan diiadakan itu dan hanya disitulah mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan perwakilan dari setiap negeri. Kempen secara persendirian atau menemui perwakilan secara sembunyi-sembunyi tidak lagi dibenarkan dan jika didapati berbuat demikian, boleh dib...

Pemilihan Naib Presiden UMNO - Antara Restu Najib Dan Restu Mahathir

Kehadiran ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal secara bersama dan serentak di hari penamaan calon pemilihan MT UMNO hari ini, tidak diragui lagi merupakan isyarat yang jelas bahawa mereka ini akan berpakat dan saling bergandingan tangan antara satu sama lain. Walaupun tindakan berpakat itu cuba dinafikan tetapi ia terlihat sukar untuk disembunyikan. "Kami sebagai penyandang secara bersungguh-sungguh akan mengekalkan jawatan untuk mendokong parti. Kami ada keserasian dan saling mengenali antara satu sama lain," demikian kata Shafie Apdal. Zahid pula berkata, ketiga-tiga mereka mempunyai keyakinan untuk terus mempertahankan jawatan dan menyifatkan kehadiran Mukhriz sebagai pencabar yang disifatkan mewakili kehendak golongan muda bukanlah suatu masalah dan biarlah perwakilan yang menentukannya. "Pasal Mukhriz, kami berfikiran terbuka dan berlapang dada. Sebagai penyandang, kami pasrah," kata Zahid lagi. H...

Tidak Mustahil Akramsyah Buat Kejutan Keatas KJ

Bahang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang pada mulanya dirasa sejuk kerana Khairy Jamaluddin dijangka akan menang tanpa bertanding, tiba-tiba bertukar menjadi panas berikutan munculnya seorang bekas pemimpin belia, Akramsyah Sanusi yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut. Kini, orangramai mula bercakap mengenai pertembungan antara KJ, menantu Pak Lah dengan Akramsyah, anak kepada Sanusi Junid, bekas pemimpin kanan UMNO yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir sejak dari dulu lagi. Walaupun diatas kertas, KJ yang memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, dilihat lebih menonjol dan mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan perwakilan Pemuda UMNO seluruh negara, tetapi kemunculan Akramsyah setidak-tidaknya menunjukkan masih ada anak muda berhati waja yang sudi tampil memeriahkan lagi demokrasi dalam UMNO. Daripada sekian ramai pemimpin muda, termasuk yang tidak henti-henti kurang bersetuju dan bercakap di belakang tetapi tidak berani mempertaruhkan diri ...

Musim Pemimpin UMNO Berlumba-lumba Menunjuk Baik

Dalam ribut-ribut orang bercakap mengenai harga minyak dan langkah kerajaan menaikkan harganya yang dilihat hanya membebankan rakyat, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengejutkan banyak pihak apabila memberi reaksi cukup pantas terhadap cadangan pemotongan elaun minyak untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan. Idea pemotongan elaun itu pada mulanya dicadangkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebagai menunjukkan para menteri turut menghayati langkah berjimat cermat kerajaan. Ia kemudian turut disokong oleh Perkasa dan pelbagai pihak lain turut juga menyambut baik cadangan itu. Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO merupakan menteri pertama dan satu-satunya anggota kabinet Najib yang memberi reaksi positif terhadap cadangan itu setakat ini. "Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya", demikian lebih kurang kata-kata yang diucapkan oleh Hishammuddin. Baik betul ada pemimpin...

Analisa Calon Berpotensi Menang Dalam Merebut Naib Presiden UMNO

Pemilihan saf kepimnpinan UMNO Oktober akan datang merupakan pertunjuk kepada kecenderungan ahli akar undi terhadap wajah pemimpin masa depan mereka. Semua yang berhak mengundi nanti pastinya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk membuat keputusan siapakah pemimpin yang berupaya membawa UMNO ke era yang lebih mencabar selepas ini. Sememangnya survival politik orang Melayu masih dikuasai UMNO - selagi BN masih dipercayakan menjadi parti yang menguasai pentadbiran negara. Kita akan lihat pemilihan nanti akan menjunamkan masa depan ramai tokoh lama UMNO. Apa boleh buat, masa sudah berubah. Gaya dan sikap ahli akar umbi sudah semakin matang. Pemimpin muda UMNO yang berkeliber akan dipercayakan pada kali ini.  Ikutilah satu ulasan dan analisa menarik bagi topik di atas dari persepsi saudara Shahbudin dalam blog beliau. KLIK UNTUK SUMBER   Naib Presiden UMNO: Zahid Paling Popular Tapi Belum Tentu Menang Bergaya Jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa u...

Satu Demi Satu Mahathir Menyanggah Najib, Tapi Kesudahannya Apa?

Apabila Mahathir terus menunjukkan sikap perkaumannya, dengan terbaru menyatakan mengenai dilema orang Cina sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu secara jelasnya menunnjukkan beliau semakin berbeza dengan Najib. Najib yang memperkenallan 1Malaysia untuk mendapatkan undi kaum Cina, setelah ditolak oleh mereka pun tetap dengan sikap toleransi dan merintih terhadap sokongan kaum itu. Berbeza dengan Mahathir, bermula dengan buku Dilema Melayu yang memperlihatkan sikap ultra Melayunya, kemudian 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan dan kini menjadi pesara paling berkuasa, sikapnya terhadap Melayu tidak banyak berubah. Walaupun memperjuangkan Melayu tetapi semasa menjadi Perdana Menteri, beliau sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai kaum termasuk Cina. Tulisan terbaru Mahathir mengenai dilema kaum Cina negara ini yang telah menguasai ekonomi dan perniagaan dan kini berada dalam dilema sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa daripa...

Memilih Kepimpinan Wanita UMNO - Jangan Keliru!!

Banyak episod menarik dalam pemilihan UMNO pada tahun ini. Situasi dalaman UMNO sekarang sedang menempuh arus kempen yang semakin membuak mengocak permukaan. Senarai calon di semua posisi rebutan semakin bertambah ramai. Wanita UMNO sekali lagi menjadi tumpuan ramai bila mana dua wanita 'besi' tampil menawarkan diri. Lihatlah situasi percaturan politik wanita UMNO yang semakin mendebarkan para penyokong pihak yang bertanding. Siapa yang akan 'sangkut' menjadi Ketua Wanita UMNO? Bacalah paparan menarik dari blog shahbudin.com:     Azalina Dan Shahrizat: Pilih Satu Atau Tolak Kedua-duanya? Menjelang pemilihan UMNO hujung tahun ini, setakat ini jawatan tertinggi yang bakal menyaksikan pertandingan hanyalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO bilamana bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said mengumumkan kesediaannya untuk mencabar kedudukan Shahrizat Jalil bagi jawatan itu. Bagi jawatan penting lain seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ke...

Dunia Politik - Apa Yang Difokuskan?

Kepada semua anak cucu dan remaja sekelian! Belajarlah sedikit tentang cara berfikir dan bertindak di kalangan orang-orang politik. Apapun yang dibuat difokuskan mendapat kelabaan kedudukan pangkat dan jawatan. Alangkah berharganya diri kita, jika kita bersungguh-sungguh berfikir dan berbuat demi untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan. Itulah laba keuntungan yang tidak ternilai. Itulah payungan keselamatan yang kekal abadi. Untuk anak-anak GISB, bacalah untuk melihat dunia lain yang serba macam-macam!  Artikel berikut diambil dari blog shahbudin.com ( SILA KLIK DI SINI )   Ketua Pemuda UMNO: Proksi Anak Bekas PM Lawan Menantu Bekas PM Apabila Pemuda UMNO Johor membuat keputusan agar jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia terbuka untuk dipertandingkan, maksud tersiratnya tidaklah sukar difahami. Meskipun mereka memberi alasan untuk menyuburkan sistem demokrasi, alasan pokoknya ialah untuk memberi ruang kepada Naib Ketua Pemudanya, Razali Ibrahim bertanding j...

Mampukah Pemilihan Umno Sediakan Pemimpin Aspirasi Rakyat?

Bacalah dulu tajuk-tajuk berkaitan pemilihan UMNO yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Ada beberapa tulisan menarik berkaitan persoalan berkenaan yang Pak Lang pilih untuk dipaparkan di dalam blog ini. Ianya bertujuan membantu para penjenguk blog Pak Lang ini memahami situasi yang sedang terjadi. Bagi anak cucu dan para remaja, Pak Lang yakin mereka juga perlu memahami isu-isu politik semasa. Jadi, apa-apa pun Pak Lang akan ulas dalam paparan akan datang.   KLIK UNTUK SUMBER Mampukah Pemilihan Umno Sediakan Pemimpin Aspirasi Rakyat? FOKUS BERITA Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, perhatian dunia politik kini tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk Umno, parti terbesar orang Melayu. Pemilihan parti yang akan menggunakan sistem baharu berikutan pindaan perlembagaan pada Oktober 2009, dilihat bakal menentukan hala tuju Umno dan selanjutnya menghadapi pilihan raya umum akan datang. ...

Pemilihan UMNO Guna Kaedah Baru

Menarik untuk kita ikuti episod pemilihan UMNO tidak lama lagi. Bacalah! KLIK SUMBER Pemilihan UMNO guna kaedah baru 2013/06/16 - 06:06:29 AM Alor Setar: Kaedah baru pemilihan untuk pelbagai jawatan dalam UMNO akhir tahun ini, tidak bermakna sesiapa saja boleh menawarkan diri untuk bertanding. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh, berkata kaedah yang akan dilaksanakan hanya terbuka kepada mereka yang berkelayakan dan tidak terbuka secara am kepada semua ahli kerana ia dikhuatiri akan mengundang masalah lain yang lebih besar. “Ada syarat lain yang diperincikan, ia tidak terbuka secara am tetapi terbuka secara khas kepada mereka yang berkelayakan. Tidak semestinya semua orang boleh bertanding tanpa syarat dan kelayakan. Namun, ia tidak sampai ke peringkat menyusahkan mana- mana pihak untuk bertanding. Saya tidak boleh bagi contoh, cuma dapat beritahu ia dipermudahkan daripada biasa." Ahli parti yang berminat (bertanding) tidak perlu gusar,” katanya sele...