Semua tempat GISB sedang di naik taraf. Semua tenaga yang
ada dimanfaatkan sebaik-baiknya demi memastikan kekemasan premis dan
pengendalian projek berjalan lancar. Operasi kebersihan dan keceriaan ini
berlangsung sepanjang masa. Semua ahli GISB mesti berupaya mengendalikan
semuanya sebagai tanda kesungguhan dan
bukti cintakan Islam.
Operasi kebersihan ini mesti dilakukan dengan niat
mewibawakan GISB sebagai Jemaah yang membawa cita-cita Islam. Islam yang
dipersembahkan GISB adalah Islam yang praktikal, tidak jumud dan kolot. Islam
yang Abuya perjuangkan selama ini sangat progresif, bertenaga dan penuh dengan
visi masa depan Islam yang gemilang.Tidak ramai umat Islam yang sedar betapa pentingnya operasi
kebersihan sebegini.
Sepanjang menziarahi keluarga dan kenalan di beberapa
negeri, Pak Lang kerap singgah di masjid-masjid dan surau untuk mengerjakan
solat. Walaupun Pak Lang sedar tahap kebersihan di semua tempat tersebut sangat
menyedihkan, Pak Lang tetap juga suka menjenguknya. Pak Lang sengaja hendak
menyaksikan sendiri keadaannya sekarang setelah lebih setahun tidak berada di
Malaysia.
Sememangnya masjid dan surau di tanah air kita berada dalam
keadaan yang sangat-sangat menyedihkan. Bahkan masjid-masjid utama di bandar-bandar
besar juga masih dalam keadaan tidak suci!! Kotoran dan najis di dalam randas
di bawa ke seluruh ruang solat di dalam masjid!! Bayangkan status sembahyang
para Jemaah yang mengerjakan solat di situ.
Pak Lang tak mahu menyebut nama-nama masjid atau surau
berkenaan tetapi cukuplah paparan ini mendorong mana-mana individu yang rasa
bertanggungjawab untuk menyampaikan hal ini kepada imam-imam masjid atau surau
masing-masing. Jika pegawai-pegawai Jabatan Agama Daerah dapat beri perhatian,
sangatlah ianya dapat diselesaikan. Sekarang seolah-olahnya rata-rata soal
kebersihan dan kesucian tempat-tempat ibadah ini tidak ada pemantauan secara
serius. Sedangkan ibadah solat terutamanya adalah ibadah utama di dalam agama
suci ini.
Sewajarnya setiap imam memastkan kesucian (thaharah) masjid
yang dia dipertanggungjawabkan. Imam wajib mengendalikan urusan ibadah bermula
dari thaharah. Tetapi inilah juga penyakit para imam di kebanyakan tempat.
Mereka ada penyakit kolot dan jumud. Mereka tidak progresif dan tidak pula
proaktif. Mereka hanya ditugaskan jadi imam maka dia hanya datang masjid untuk
jadi imam sahaja lah!! Itulah jumudnya mereka. Tandas busuk, najis di merata
lantai, selipar atau alas kaki tidak ada semuanya tidak dipedulikannya. Itulah
imam jumud yang merosakkan imej Islam.
Bayangkan hampir semua masjid dan surau yang Pak Lang kunjungi TIDAK SUCI.
Para imam dan jawatan kuasa masjid sedang menanggung dosa kerana semua Jemaah
yang solat di situ TIDAK SAH solat mereka…. Kenapa tidak ada pemantauan serius
dalam hal ini? Rupanya ramai imam masjid di Negara kita yang tidak lulus ilmu
Fardhu Ainnya! Lemah sangatlah Jabatan Agama dalam menilai kelayakan seseorang
imam. sepatutnya setiap imam yang hendak dilantik mestilah diuji periksa dengan
hal-hal yang praktikal. Jangan sekadar teori atau ilmu atau sekadar melihat
sijil semata-mata.
(Atau yang memeriksa kelayakan imam juga pun memang tak
lulus Fardhu Ain?)
0 ulasan:
Catat Ulasan