Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - DAP

Lagi Gadis Melayu Cantik Taruhan DAP

Imej
      Selepas satu Malaysia dilanda demam 'Dyana' apabila DAP mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pilihan raya kecil Teluk Intan, kemasukan seorang lagi jelitawan menjadi taruhan untuk meningkatkan lagi minat anak muda terhadap parti itu. Dalam temuramah eksklusif siri pertamanya dengan organ Bahasa Melayunya, Roketkini, aktivis Syefura Othman, 25, ditonjolkan sebagai penarik minat golongan muda terutamanya Melayu.   Kemasukan Syefura (atas), gadis Melayu bertudung yang lebih dikenali sebagai “Rara”, bulan lalu sudah pun menjadi perbualan hangat, termasuk di kalangan penulis blog anti-DAP. Poster dan grafik di laman-laman sosial misalnya didakwa memfitnah Rara, ahli seumur hidup DAP, berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu. Tidak cukup dengan itu, menurut Roketkini, terdapat pihak memuat naik grafik memaparkan gadis bujang yang menetap di Negeri Sembilan itu sebagai pakar urut batin berserta dengan alamat dan nombor telefonnya sekal...