Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RAKYAT MENDERITA

Wahai Para Pemimpin Negara, Jenguklah Melihat Sengsaranya Rakyat Jelata!!

Kenaikan harga minyak kenderaan sudah melemaskan rakyat bawahan. Slogan ciptaan pembangkang terhadap BN sebagai 'Barang Naik' dilihat tepat kerana ianya berlaku selepas pilihanraya. Itulah nasib rakyat yang kehidupan seharian mereka semakin sulit dan mencekik.  Kenaikan harga minyak akan dituruti peningkatan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan keperluan harian. Bagi orang susah 20 sen itu sangat besar dan bermakna. Mereka menabung sepuluh sen sehari untuk biaya membayar bil letrik setiap bulan. Mereka berjimat sambil setiap hari membilang wang siling yang masih berbaki. Kehidupan mereka tidak ada siapa memperdulikan.  Mereka yang sesekali mendapat imbuhan BR1M sangatlah menghargai jasa PM menghadiahkan sumbangan sedemikian kepada mereka. Jasa dan bantuan sedemikian tidak dilupakan. Mereka bahkan menanti-nanti bilakah waktunya bantuan serupa akan berulang lagi. Tetapi itu semua bukankah tindakan untuk memujuk rakyat mengundi BN. Selepas pilihanraya, adakah raky...