Ruh Rasulullah SAW Sentiasa Hadir
Ketahuilah, bahawa ruh Baginda Rasulullah SAW akan selalu hadir dan berada di sisi para pecinta dan para perindunya. Bila-bila dan dimanapun mereka berada. Jika Allah SWT mengizinkan ruh Saiyidina Jaafar bin Abi Thalib terbang dari Syurga menuju Madinah untuk mengirim salam kepada Baginda Rasulullah SAW. Lalu bagaimana dengan ruh suci Rasulullah SAW sendiri...? Allah SWT membebaskan ruh-ruh para Nabi untuk bertemu Baginda Rasulullah SAW pada malam Isra' Miraj, Maka ruh Sayyidil Wujud Muhammad SAW memiliki kebebasan dan kekuasaan yang lebih dari ruh-ruh lainnya. Hal ini adalah kerana ruh Nabi Muhammad SAW adalah ruh yang paling mulia di alam ini dan ruh paling agung di dunia ini. (Al-Habib Umar bin Hafidz) Kalam Al-Habib Umar bin Hafidz ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW akan selalu hadir di Majlis para pecintanya, Majlis para perindunya, Majlis Selawat, Kerana Baginda SAW sangat mencintai dan merindui umatnya jauh melebihi rasa cinta dan rindu merek...