Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel USTAZ ABU BAKAR CHIK

Datuk Ustaz Haji Abu Bakar Chik Meninggal Dunia

Imej
KREDIT SUMBER; MALAYSIAKINI   23 Jun 2014 Kereta terbakar, Abu Bakar Chik meninggal dunia Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh Raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi. Beliau, 64, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya Hasmizi Hasan, 18, cedera, lapor portal berita PAS, Harakahdaily.   Portal itu melaporkan kereta yang dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van yang dinaiki enam penumpang. Laporan itu juga menyebut, sejurus selepas Abu Bakar yang juga pengerusi lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki mereka itu terbakar. Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan. Bekas exco kerajaan negeri Terengganu itu meninggal seorang isteri Toh Puan Zaitun Salleh dan lapan Orang - lima lelaki dan tiga perempua...