Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FARDHU AIN - MENGUBAT PENYAKIT WAS-WAS

Mengubat Dan Memulihkan Pesakit Was-Was

Imej
Penyakit Was-Was - Bagaimana Mengubatinya?  Pada Januari 2013, Pak Lang paparkan di dalam blog suaramuhajirin313 ini tulisan atas tajuk " Penyakit Was-Was - Bagaimana Mengubatinya?". ianya sekadar mahu memberi penjelasan kepada mereka yang ter'aniaya' dengan was-was.  Rupa-rupanya ramai yang membaca tajuk itu. Sememangnya bila kita google 'was-was' - blog suaramuhajirin313 dengan tajuk di atas - antara yang akan muncul di muka pertama. Barulah Pak Lang tahu ramai sangat insan malang di luar sana yang terperangkap dengan penyakit yang tidak mudah pulih ini.  Pak Lang menerima telefon dan whatsapp dari ramai pembaca bertanyakan kaedah merawat atau melawan was-was. Ada yang baru nak kena, ada yang sudah kronik. Ada yang bertanya bagi pihak adik atau saudara mara, ada yang bertanya hal diri sendiri.  Pak Lang sangat bersimpati dengan mereka. Pak Lang berjanji akan buatkan satu modul rawatan khas untuk pembaca blog Pak Lang yang mengadu dengan P...