Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UJIAN DALAM PERJUANGAN

Kenapa Seseorang Itu Diuji Allah?

Lakaran hati seorang teman yang sedang menempuh ujian di dalam kehidupan. Apa yang diluahkannya sesuai untuk renungan kita bersama. Selamat membaca.  Pakej kehidupan dan hikmah ujian Bertemu kembali khusus buat ahli keluargaku samada yang jauh apa lagi yang dekat. Puji puja buat Allah Tuhan Yang Maha Mencipta dan Allah Maha Baik terhadap segala ciptaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi, kekasih Allah dan utusan Allah buat umat akhirzaman. Segala kemuliaan untuk ahli keluarga dan sahabat baginda yang Allah telah redha kepada mereka. Wahai isteri-isteri, anak-anak dan menantu-menantuku. Kalian telah ditakdirkan menjadi ahli keluargaku. Ini semua bukan percaturan kita, tetapi inilah peraturan dan ketentuan Allah sejak azali lagi. Siapa kita untuk tidak menerima ketentuan Allah? Marilah kita bersyukur, malu dan takut dengan Allah. Bersyukur kerana kita masih termasuk orang yang diberi hidayah Iman dan Islam. Selain itu terlalu banyak nikmat sehingga mus...

Kisah Menarik Yang Diceritakan Oleh Rasulullah SAW. Tentang Pejuang Kebenaran!

Berpegang dengan kebenaran merupakan satu ujian yang berat kerana itulah sifat kebenaran yang akan dihujani dengan pelbagai ujian. Tuhanlah yang melakukannya sesuai dengan apa yang dinyatakanNya di dalam Al-Quran seperti ayat-ayat berikut; 1)  "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (Al-Baqarah: 214) 2)   "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah meng...