Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SEMBAHYANG ITU AGUNG

Apa Itu Rukun Sembahyang?

Rukun Qauli ? Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat. Rukun qauli tu apa?  Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi. Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori: 1. Qalbi (diingat dalam hati) 2. Qauli (diucap dengan lidah).  3. Fi'li (perbuatan) Rukun solat ada 13 perkara iaitu: 1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li] 2. Niat.[Qalbi] 3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli] Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di m...

Rasulullah SAW Melihat Malaikat Ketika Bersembahyang

Kisah berikut telah disebutkan di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rif'ah bin Rafi' al Zaraqiyyi radiyaLLahu 'anhu, katanya (yang bermaksud): Daripada Rif'ah bin Rafi' al Zaraqiyyi radiyaLlahu 'anhu, katanya: Suatu hari kami telah solat bersama-sama Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam. Ketika mengangkat kepala dari RUKU', Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam lantas menyebut : سمع الله لمن حمده .. Tiba-tiba seorang lelaki yang berada di belakang Baginda - ketika bangkit daripada ruku' - menyebut: ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مبارك فيه .    Setelah selesai solat, RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lalu berpaling ke belakang sambil bertanya: "Siapakah di antara kamu yang menyebutkan perkataan tadi ketika solat?" Jawab lelaki tersebut: "Saya" RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam lantas bersabda: "Aku telah melihat lebih daripada tiga puluh para malaikat berebut-rebut untu...