Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AQIQAH

Hukum Menyembelih Aqiqah

Ada jemaah umrah yang bertanyakan hukum buat aqiqah anak atau cucu. Berikut dipaparkan maklumat berkenaan. Ada yang tidak pasti dua ekor atau seekor bagi anak perempuan. Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah: Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.