Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel WANITA UMNO

Peluang Wanita UMNO Memulihkan Imejnya

Kehadiran Maznah Mazlan sebagai pencabar Shahrizat Jalil di saat-saat akhir bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pada 12 Oktober depan, kembali menghangatkan perebutan bagi jawatan itu. Sebelum ini apabila bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said menarik diri daripada mencabar Shahrizat kerana dikhabarkan dinasihatkan berbuat demikian di samping dijanjikan kedudukan dalam sebuah GLC serta jawatan kanan dalam Wanita UMNO, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga itu dijangka akan menang mudah dalam pemilihan kali ini. Ini kerana, meskipun terdapat seorang lagi individu bakal mencabarnya iaitu Raihan Sulaiman Palestin tetapi beliau dilihat bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan dan profil meyakinkan untuk menggugat Shahrizat. Selain rekod dan pencapaiannya dalam Puteri UMNO suatu ketika dahulu tidak ada yang membanggakan, pergaulan dan percampurannya dalam Wanita UMNO juga begitu terhad. Orangramai mungkin hanya mengingati Raihan kerana beliau adalah anak kepada Sulaiman Palest...