Belon Panas Di Putrajaya
Hari tu bila tahu mengenai pesta belon panas di Putrajaya, rasa hendak pergi bawa pelajar Rumah Amal Limpahan Kasih yang masih tinggal di asrama. Tetapi ada hal yang tidak dapat dielak, hasrat tu terpendam di dalam hati. Terbayang suasana meriah warna warni dengan belon-belon gergasi bergantungan di udara. Tak dapat tengok pun tak pa kerana banyak aktiviti yang perlu dibereskan. Sehari dua ini pun Pak Lang sedang di utara tanah air, bawa pelajar ekspedisi / rehlah disamping ziarah keluarga di kampung. Untuk kali ini sila layan gambar-gambar menarik mengenai belon panas yang meriah ini. Pak Lang ambil dari blog yang baru jumpa - mrs secretary 7th Putrajaya Hot Air Balloon Assalamualaikum...(^ ^) Alhamdulillah dapat jugak pergi tengok belon panas kat Putrajaya semalam.. memang selalu hari terakhir baru dapat pergi.. pada awalnya nak pergi sebelah pagi tapi disebabkan Airis tak berapa sihat terpaksalah postponed ke petang.. masa sa...