Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BANJIR

Gambar Kemusnahan Banjir Di Kelantan

Imej
Kemusnahan akibat banjir di Kelantan adalah sangat teruk. Di bawah ialah beberapa gambar yang diambil sendiri oleh @AdrianNCF semasa beliau menjalankan proses menghantar bantuan kemanusiaan di Manek Urai danGua Musang. Mohon bantuan terus diberikana kerana keadaan disana sangat menyedihkan. Sumber @AdrianNCF

Bina Penempatan Sementara Bagi Mangsa Banjir K'tan. -Husam Musa

Imej
KL: Yayasan Darul Hijrah yang giat menjalankan misi bantuan kepada mangsa banjir kini mengambil langkah proaktif dan berperancangan untuk membina penempatan sementara bagi mangsa banjir di Kelantan. Pengerusinya Datuk Husam Musa berkata, melalui sumbangan awam pihaknya sedang merencanakan penempatan sementara secara bersepadu dan tersusun yang dilengkapi 40 buah khemah, tandas, surau tempat memasak dan klinik sementara. Tegasnya, mustahil untuk membina rumah kekal sekelip mata dengan jumlah kerosakan sebegitu besar. "Melalui ini, mangsa banjir sekurangnya dapat berlindung di bawah penempatan yang dilengkapi pelbagai kemudahan sementara rumah disiapkan. Perkongsian keprihatinan anda semua amat diperlukan bagi merawat kesedihan dan kehilangan ini," katanya di laman Facebooknya hari ini. Bagaimanapun, katanya Yayasan Darul Hijrah sedang di peringkat akhir mendapat persetujuan orang kampung dan meminta pandangan ramai tentang perancangan itu. (IH)

RM1 Bilion, Jumlah Kerosakan Akibat Banjir.

Imej
PETALING JAYA: Banjir dahsyat yang melanda telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian terhadap negara, infrastruktur dan rakyat. Apa yang menjadi keutamaan adalah perhatian terhadap beribu-ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga yang kehilangan nyawa akibat bencana itu. Tetapi ketika keadaan banjir di seluruh negara kembali pulih, sebenarnya kehilangan dan kerugian yang dialami adalah lebih daripada yang dijangkakan. Antaranya, 69,000 pekebun kecil getah dan sehingga 50,000 penanam kelapa sawit di mana ladang-ladang mereka telah ditenggelami banjir. Mereka mengalami kerugian dari segi sumber pendapatan memandangkan ladang yang ditenggelami air dalam tempoh yang panjang boleh merosakkan tanaman kelapa sawit. Di Kelantan sahaja, yang merupakan negeri pantai timur yang paling teruk dilanda banjir, terdapat kira-kira 150,000 petani dan penternak yang mana sawah padi dan kebun sayur-sayuran, ternakan dan kolam ikan mereka musnah akibat banjir....

Kenyataan Media YAB MB Kelantan

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN Firman Allah Taala: وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَراً فَسَاءَ مَطَرُ المُنذَرِينَ Maksudnya: Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang menggerunkan, maka amat teruk sekali hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. (Surah Al-Syuara' : 173) Pasca banjir yang terjadi pada kali ini merupakan ujian yang begitu berat kepada Kerajaan dan rakyat Kelantan tambahan pula ada sesetengah pihak yang menuding jari menyalahkan pihak Kerajaan Negeri sebagai penyebab kepada banjir besar yang melanda Negeri ini. Setelah Cameron Highlands dilanda banjir lumpur sedikit waktu dahulu dan dengan banjir besar yang berla...

Lagi Penjelasan Adakah Air Tasik Kenyir Punca Banjir Besar Oleh Penyelenggara Stesen Janakuasa Elektrik Jenagor

Imej
BENARKAH AIR TASIK KENYIR YANG MEMPUNYAI ISUPADU AIR 13 JUTA METER PADU PUNCA BANJIR DAN BENARKAH TAKUNGANNYA AKAN DILEPAS KELUAR? Penulis bersama Pembantu Penerangaan Ukom, Harun Hassan telah menemui sendiri PENGURUS SELENGGARAAN DAN KEJURUTERAAN, STESEN HIDRO ELEKTRIK SULTAN MAHMUD, DI JENAGOR, TASIK KENYIR, IR HAJI AHMAD KAMAL ARBIE. TEMUBUAL DIADAKAN BETUL-BETUL DI HADAPAN LALUAN AIR KELUAR IAITU PERMULAAN SUNGAI TERENGGANU.  Berikut adalah catatan wawancara:- PENULIS: Benarkah air dari Tasik Kenyir hendak dilepaskan bagi mengelak pecah? IR AHMAD KAMAL: Tidak benar. Tiada pintu pun untuk melepaskan air tersebut. Kita hanya lepaskan air selepas dijana melalui janakuasa dan jika air melebihi paras ia secara otomatik keluar melalui aliran khas limpahan dari atas Empangan ke permukaan permulaan Sungai Terengganu di Kampung Jenagor itu. PENULIS: Maksud Tuan, tiada pintu lain untuk melepas keluar air dari tasik itu? IR AHMAD KAMAL: Ya betul. Itu sahaja l...

Pastikan Semua Mangsa Berima Bantuan Banjir

Imej
Pihak bertanggungjawab menguruskan bencana banjir; mennyelamat dan menyalurkan bekalan makanan sama ada di pihak kerajaan negeri atau pun Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau pun parti-parti politik harus lebih prihatin untuk memastikan mangsa banjir dilayani sebaik mungkin dan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan apa lagi ada mangsa banjir dianak tiri atau tidak dipedulikan. Lori membawa bantuan daripada rakan Fb sudah bergerak. Sebaik keadaan banjir mulai surut dan jalan-jalan utama untuk berhubung ke kawasan dilanda banjir dibuka semula, kini berbondong-bodong barangan bekalan dan segala macam keperluan dibawa baik oleh agensi kerajaan maupun badan-badan sukarelawan, dan orang perseorangan. Malam tadi sepanjang jalan menuju ke Pantai Timur dari lebuh raya Karak baik memasuki ke jalan Gua Musang atau ke Kuatan - Terengganu kelihatan banyak lori berbagai saiz membawa barang dipercayai bekalan untuk mangsa banjir. Bukan itu sahaja, ratusan buah kenderaan pan...

Punca Banjir Di Kelantan - Ini Dia Penjelasan TNB

Imej
   KUALA LUMPUR: Pada 31 Disember lalu harakahdaily telah menyiarkan kenyataan Datuk Husam Musa yang menyentuh kemungkinan banjir yang melanda Kelantan diakibatkan empangan TNB.  Oleh itu, Unit Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad tampil memberi penjelasan melalui satu kenyataan medianya yang bertajuk “Empangan TNB Bantu Mengurangkan Musibah Banjir Lebih Besar”. Berikut kenyataan penuh pihak Unit Komunikasi Korporat, TNB; EMPANGAN TNB BANTU MENGURANGKAN MUSIBAH BANJIR LEBIH BESAR Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan. Antara tuduhannya termasuklah: 1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan 2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan 3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol ...

Catatan Musibah Dan Hikmah

Catatan dari Hadi Mahmood yg terperangkap bersama isteri dan 7 anak kecil di  pasir mas, kelantan Salam sahabah semua, saya jarang menaip dlm laman ini,saya hanya pembaca setia....izinkan saya menaip berkongsi cerita ini. BANJIR 2014 MUSIBAH DAN HIKMAH. MUSIBAH INI: pada tanggal 24.12.2014...apabila berita kuala krai di tengelami air..Allahuakhbar...siapa sangka bandar yg berbukit itu bisa tenggelam menjadi lautan..namun kuasa Allah memungkinkannya..benar dan nyata apa yang terkandung dlm al quran...kun faya kun...pada ptg tu bila saya meninjau situasi air sungai kelantan..ditepi tebing bandar pasirmas...Allahuahkbar..saya harus bersedia..Alhamdulilah dengan ilmu dan pengalaman menetap di rantau panjang..saya terus ke kedai membeli segala bekalan utk keluarga saya yg besar ini...menjelang mlm air sungai mula melimpah memasuki bandar pasir mas...saya dan anak lelaki terus ke premis perniagaan kami mengemas apa yg patut...jam 3 pagi perjalan kami untuk pulang kerumah menghadapi ke...

Banjir Sudah Menyusut Tetapi Apa Lagi Yang Tinggal?

Salam,  30.12.2014.  Hari ni hampir semua akses ke kwsn banjir Kuala Krai boleh dilalui jalan darat kecuali beberapa kampung spt Kampung Pemberian dan Kampung Mesik dll hanya boleh diakses dgn bot n perahu.  Wpun dikatakan banyak bantuan sampai ke Manek Urai tetapi setakat pemerhatian kami masih belum mencukupi memandangkan mangsa di Kuala Krai empat kali ganda mangsa di Tanah Merah.  Keadaan di Manek Urai memang seolah2 dilanda tsunami dan mangsa memang tidak dapat lagi pulang utk mencuci rumah kerana rumah sudahpun roboh dan musnah. Ketika di pusat penempatan SMK Manek Urai (yg menjadi fokus nasional kerana terlalu kritikal & tiada bekalan langsung selama 3 hari berturut2 ).  Penyelaras di situ yg juga mangsa banjir iaitu Cikgu Shukri memberitahu banyak bekalan tidak sampai ke sasaran kerana penyumbang meninggalkan bekalan di hujung jambatan baru dan akhirnya diambil oleh mereka yg sebahagiannya bukan mangsa banjir yg kritikal y...

Sukarelawan Banjir - Nak Tolong Tapi Tak Faham

Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik. i. mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone. ii. mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik iii. mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh. Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan. Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat hamba terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang ...

Berita Ini Pasti Akan Menyakitkan Hati Anda Semua

Imej
Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital. Dr Afiq Rahim   yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter. Dalam tulisannya di  Facebook  sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu. Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi. Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius. Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di  Kubang Kerian . Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah...

Luahan Hati Kepada Allah Yang Maha Berkuasa

2015... Kedatangan mu disambut penuh pengharapan.. Mengharap sinar, harapan dan senyuman... Namun siapa sangka... KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran... Mac 2014... Perginya MH370 tanpa berita... Perginya penuh tanda tanya... Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak... Feb - Apr 2014... Empangan kami kering... Alam tidak sudi memberi kami air... Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya... Mengajar kami untuk tidak membazir... Tidak cukup dengan itu... Alam seolah-olah memarahi kami... Jerebu menduga kami... Seksanya hidup menyedut udara kotor... Mungkin dari kesilapan kami sendiri... Julai 2014 Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa... Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa... Hati kami bagai direntap... Perginya MH17 tidak kembali... Kami terduduk... Menangisi dan meratapi perginya MH17... Seolah-olah orang tersayang berada di sana... Satu persatu KAU bongkarkan... Kerana hilangnya sifat ...

Maklumat Banjir Terkini

KEPADA SEMUA SUKARELAWAN & BADAN NGO Laporan Semasa Bencana Banjir Kuala Krai 30/22/14 Semua jalan utama ke kuala krai - gua musang & kuala krai - kota bharu boleh dilalui kepada semua kenderaan. Kesesakan lalulintas di jalan utama telah reda berbanding semalam kerana semua kenderaan awam & sukarelawan berebut2 untuk ke destinasi masing2. Bekalan elektrik & air masih lumpuh di semua tempat kecuali di kawasan perumahan drpd batu jong menghala ke machang belaka mula pulih berperingat2 Akses telefon & komunikasi masih lumpuh dan akses telekomunikasi hanya boleh didapati di kawasan sungai durian - kuala krai dan kg laloh. Sekiranya ingin membuat sebarang panggilan bg laluan gua musang dinasihatkan membuat panggilan terlebih dahulu di gua musang & kg laloh. Sebahagian besar lokasi banjir di tempat2 terpencil sudah dapat diakses oleh team sukarelawan tetapi dgn kuantiti bekalan yg sedikit dan disarankan bantuan tambahan dihantar dari semasa ke semasa. Setakat i...

Nilai Bencana Banjir Dengan Seluruh Pancaindra

Imej
Ambilan dari Blog MSO Kemusanahan di Kelantan kerana banjir. Kalau dua tiga hari lepas kita semua berdebar dan tertanya-tanya macam mana nasib mangsa banjir, hari ini hati kita jadi lebih tersayat dan tersendu apabila melihat kesan-kesan banjir yang sudah dapat disaksikan sendiri. Mungkin selepas air sudah mulai beransur surut, perasaan bimbang kita akan keselamatan mangsa banjir, baik yang ditempatkkan di pusat pemidahan, maupun yang terkepung atau kelaparan kerana kesukaran pasukan menyelamat masuki sudah tiada, tetapi perasaan lain pula kini menyerang kita, dan ia lebih menyayukan perasaan apa menyaksikan kesan pasca banjir. Kemusnahan di Aceh kerana tsunami 2004. Sayu, sedih, bahkan sejuta perasaan lain lagi menyerang kita apabila melihat kesan-kesan pasca banjir yang keadaanya amat dahsyat sekali yang belum pernah kita saksikan berlaku di negara ini. Bagi mereka yang sudah terbiasa menyaksikan keadaan demikian, (bencana alam) mungkin tidak begitu lu...