Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH PRAMUGARI

Gambar Unik Pramugari Garuda Indonesia Berjaya Dirakam!

Imej
Mengembaralah ke mana sahaja, kita akan dapati pelbagai tingkah laku manusia. Ada yang baik, ada yang sebaliknya. Jika kebaikan jadikan teladan atau ikutan manakala yang jahat jadikanlah sempadan. Dalam pengalaman kita, kita bertemu dengan mereka yang berkhidmat untuk kita. Jumlahnya ramai mengikut bidang yang kita perlukan mereka.  Para pramugara dan pramugari merupakan pelayan kita semasa di dalam kapal terbang. Jika kita rajin memerhati dan mengkaji, banyak yang kita boleh pelajari dan mengambil iktibar untuk kebaikan diri kita. Tidak semua yang kita lihat sama seperti yang kita faham. Ada ramai manusia yang tetap taat dengan Allah walau di mana mereka berada. Inilah yang dimaksudkan dengan paparan berikut.. Jurufoto terkenal tanah air, Eddie Putera dalam Facebook beliau berkongsi tiga keping gambar yang menunjukkan tingkah laku seorang pramugari yang amat jarang dilihat di dalam sebuah pesawat yang dinaiki beliau. Eddie yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpu...

Kisah Benar - Kenapa Seorang Pramugari Koma Di Tanah Suci

Kisah benar ini telah diceritakan oleh seorang pengurus jemaah haji dan umrah. Ketika peristiwa itu pengurus tersebut baru berusia dalam lingkungan 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar. Kebetulan ketika itu beliau balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Beliau menetap di Mekah sejak 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarganya semua menetap di Mekah, kecuali beliau seorang saja yang mana sebelum ini tinggal dengan neneknya di Perak. Walaupun di usia yang muda ketika itu, beliau ditugaskan oleh bapanya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan beliau adalah anak sulung dalam keluarganya. Ketika menguruskan sekumpulan jemaah haji. seorang jemaah perempuan telah terjelepok ke tanah lalu koma berhari-hari. Mengikut cerita jemaah lainnya, beliau adalah seorang paramugari dan datang mengerjakan haji dengan menumpang keluarga kenalannya. Dia jatuh sebaik menjejakkan kaki di bumi Madinah...