Pakar Motivasi Terkenal Didakwa Mencabul Pelajar Minta Direhatkan
[HM] Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis mengesahkan pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sudah meminta pihak pengurusan institut pengajian tinggi itu untuk ‘merehatkannya’ buat sementara waktu. Tindakan itu dibuat oleh pensyarah berkenaan berikutan kontroversi yang tersebar meluas di media sosial mengaitkan dirinya dengan perbuatan salah laku dengan seorang pelajarnya. Rektornya Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pihaknya bertindak memanggil pensyarah berkenaan demi reputasi universiti itu. “Sebagai ketua, saya bertindak memanggil pensyarah berkenaan untuk berbincang sebelum beliau meminta untuk bercuti bagi menenangkan diri sehingga kes selesai. “Malah, pelajar yang membuat laporan polis berkenaan juga kini sedang bercuti semester di kampungnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Menurutnya, tindakan pelajar berkenaan membuat laporan polis mendakwa dirinya dicabul ke...